Minggu ini media sosial kecoh dengan isu anjing. Isu anjing dan perbahasan mengenainya sering menjadi polemik di negara ini apabila ada penglibatan orang Islam dalam topik berkenaan. Isu terbaru mengenai anjing ialah apabila seorang wanita melayu yang beragama Islam dan bertudung memuatnaik satu video mengenai anjing belaannya dan menyebarkan ia di laman sosial.
Video itu dengan pantas menjadi tular dan wanita itu dikecam netizens terutamanya dikalangan penganut Islam. Wanita itu yang dikenali dengan nama Nurhanizah Abdul Rahman, juga diminta bertaubat oleh JAKIM.
Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Bin Mustapha berkata Nurhanizah perlu bertaubat dan JAKIM amat menyesali tindakan beliau memegang anjing secara sengaja.
Berikut adalah kenyataan penuh dari Ketua Pengarah JAKIM itu.
Ustaz Wanji / EXCO AMK
Tiada satu Nas dari Quran dan hadis menyatakan haram pegang anjing. Tiada satu pandangan ulama muktabar pun yang mengatakan haram pegang anjing.
Yang ada adalah, mazhab Syafie menyatakan perlu basuh apabila menyentuh atau tersentuh anjing dengan tujuh kali basuh, salah satunya dengan air tanah.
Saya kira, mendesak agar bertaubat itu tidak tepat, kerana ia tidak melibatkan kepada dosa langsung. Dosa ditentukan oleh wahyu, bukan JAKIM.
Peguam hak asasi Syahredzan Johan
Jakim tidak ada bidangkuasa untuk menentukan hukum (kecuali dari segi pengeluaran pensijilan Halal) mahupun mengelurkan fatwa. Jakim tidak ada bidang kuasa untuk “menegur” atau “menasihati” sesiapa tentang hukum hakam membela anjing.
Oleh itu, Jakim tidak wajar campur tangan dalam apa yang sepatutnya dalam bidang kuasa majlis agama dan mufti-mufti.
Peguam dan aktivis Siti Kasim Jakim menghina Islam
[Selepas memetik ayat 4 surah al-Maaidah], bertaubatlah Jakim. Anda melanggar kata-kata Tuhan.
Penulis dan penggiat masyarakat Anas Zubedy
Selepas tonton video Nurhanizah, saya teringat kisah Nabi di mana beliau sarankan seorang wanita dijanji syurga kerana buat baik pada anjing. Salam.

Bagaimanapun pandangan oleh JAKIM itu tidak dipersetujui oleh beberapa aktivis di kalangan pembangkang dan pro rakyat. Berikut adalah pandangan-pandangan dari mereka;ISU ANJING PELIHARAAN
DALAM FACEBOOK
NURHANIZAH ABDUL RAHMANJakim telah mengenalpasti seorang individu bernama Nurhanizah Abdul Rahman yang telah memuatnaik dalam Facebook beliau pada 1 Julai 2017 jam 2.11 petang pengkisahan berkaitan anjing peliharaan beliau yang bernama Bubu.Jakim amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam. Ini menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.Justeru, Jakim berharap individu tersebut perlu segera memberhentikan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah. Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah beliau cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar dapat merujuk kepada pihak Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.Sekian.TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN
BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah Jakim
5 Julai 2017