Selasa, 4 Julai 2017

Ini Caranya Lawan Kes Saman Trafik Tanpa Peguam Part 1.

BAGAIMANA HENDAK LAWAN KES SAMAN TRAFIK TANPA PEGUAM
BAHAGIAN I
Apabila seseorang menerima saman (Pol 257) daripada polis atau JPJ atau mana-mana penguatkuasa lalulintas, orang tersebut dipanggil Orang Kena Saman (OKS). Saman ialah notis memerintahkan seseorang yang disyaki melakukan kesalahan supaya hadir di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa membicarakan kes tersebut.
Di dalam saman akan ada ayat “Kamu dengan ini diperintahkan supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ............................ pada ................... jam ..................”. Jika di dalam kertas yang diserahkan oleh mana-mana pegawai penguatkuasa tidak mempunyai ayat tersebut, ianya bukan saman sebaliknya hanya notis biasa. Berdasarkan ayat tersebut, kita dapati bahawa OKS boleh hadir sendiri atau melalui peguam. Ini bermaksud melantik peguam bukan suatu kemestian tetapi boleh menggunakan khidmat peguam.
Bagi kesalahan tertentu, saman menawarkan kompaun. Kompaun ialah tawaran penyelesaian awal bagi mengelakkan OKS hadir Mahkamah. Di dalam saman akan dinyatakan “Kesalahan ini ialah kesalahan boleh kompaun dan kamu boleh membayar kompaun sebanyak RM......... pada atau sebelum ..........................”.
Mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) kompaun maksimum ialah RM300. Pihak Polis, JPJ atau mana-mana pihak berkuasa boleh menawarkan kompaun seminima mungkin tetapi tidak boleh melebihi RM300. Jika OKS membayar kompaun, maka OKS tidak perlu hadir Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan saman tersebut dianggap selesai. Jika OKS tidak membayar kompaun, OKS wajib hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan, kegagalan untuk hadir, waran tangkap boleh dikeluarkan untuk membawa OKS hadir ke Mahkamah. Waran tangkap bukan kerana OKS bersalah atas kesalahan yang dituduh tetapi kerana ingkar hadir Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.
--------------
Saman Ekor Ditukar Menjadi Saman
Sebelum ni ramai yang mengeluh tentang tindakan polis menahan kenderaan di tepi jalan dan mengeluarkan saman-saman di atas rekod saman ekor yang ada dalam pengkalan data polis.
Ramai mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan duit atau mencari duit untuk membayar kompaun yang ditawarkan untuk mengelak dari hadir ke mahkamah.
Dah banyak kali aku tulis bahawa polis boleh keluarkan saman atas rekod lama tetapi kita sebagai yang disaman tak perlu risau dan bersusah payah untuk bayar atas kesalahan yang tidak dibuktikan.
Hari ini aku hadir di Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk bicara kes saman ekor ditukar ke saman biasa. Pihak polis tidak membekalkan apa-apa dokumen untuk membuktikan kesalahan sebaliknya hanya membawa saksi pegawai trafik yang mengeluarkan saman.
Aku bersedia untuk bicara tapi pendakwa tidak muncul maka majistret membebaskan client aku. Selamat dari bayar kompaun atau denda.
Isunya ialah memang polis sengaja keluarkan balik atau tukar status dari rekod saman ekor ke saman biasa agar orang ramai bayar kompaun. Untung polis dan kerajaan dapat duit mudah sedangkan mereka tak ada bukti kesalahan dilakukan.
Masalah kita ialah merungut dengan tindakan polis tapi bila nak pertahan hak sendiri pun rasa susah dan berat. Dok fikir nak kena naik mahkamah dua tiga kali dan sebagainya. Akhirnya dalam duk merungut tu bayar juga kompaun.
Kena ingat lepas ni bayar kompaun bagi kesalahan tertentu akan dipotong mata dimerit. Dah la kita tak dibuktikan salah, kita kena bayar kompaun dan mata dimerit dipotong. Apa kita buat? Merungut.. merungut dan terus merungut.
Nasihat aku kepada yang disaman, jangan merungut saja. Pertahankan hak sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...