Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 Julai 2017

Beratur Dibawah Panas Terik, Tak Cukup Tempat Makan, Keluhan Rakyat Di Rumah Terbuka Selangor.

Saya datang dari jauh, terpaksa mengharungi sesak jalan, parking jauh dan kena beratur panjang untuk dapat makan.
“Itu tak mengapalah, ada yang dukung anak kecil, beratur panjang bawah panas, warga emas lagi,” itulah keluhan rakyat yang dipetik dari portal Malaysia Gazette pada semalam.
Laporan itu menyebut pengunjung meluahkan perasaan berikutan ketidaklancaran perjalanan majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Selangor akibat tidak cukup tempat duduk sehingga terpaksa makan di atas jalan yang sepatutnya menjadi tempat lalu lalang orang ramai.
Bagaimanapun laporan itu tidak menamakan sumber.
Gambar - Malaysia Gazette

Gambar - Malaysia Gazette
Laporan itu juga menyebut, tinjauan mendapati hanya orang kenamaan seperti ahli-ahli politik, jemputan khas yang disediakan meja mencukupi berbanding orang ramai dibiarkan ‘berterabur’ dan terpaksa beratur bawah panas terik untuk mendapatkan beberapa cucuk sate”.
Dalam pada itu, semakan di ruangan komen Facebook, rata-rata netizens menyokong laporan portal tersebut.
Respon netizens terhadap laporan Malaysia Gazette
Diharapkan agar kerajaan negeri Selangor boleh menerima kritikan ini dengan sepositifnya dan mengubahnya menjadi lebih baik untuk tahun-tahun yang mendatang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...