Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Julai 2017

Ini Caranya Lawan Saman Trafik Tanpa Peguam - Bahagian Akhir.

Oleh : Zulhazmi Shariff
BAGAIMANA HENDAK LAWAN KES SAMAN TRAFIK TANPA PEGUAM
BAHAGIAN V
Setelah selesai semua saksi pendakwaan memberikan keterangan dan disoalbalas oleh OKS, Mahkamah akan tetapkan tarikh hujahan samada hujahan secara lisan atau bertulis. Pada peringkat ini dipanggil hujahan di akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan akan berhujah bahawa berdasarkan semua keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan serta kes-kes yang telah diputuskan, suatu kes prima faice telah dibuktikan terhadap OKS, dan OKS hendaklah dipanggil membela diri.
Pihak OKS perlu berhujah bahawa berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tiada kesalahan dibuktikan dan pihak pendakwaan gagal mebuktikan suatu kes prima facie dibuktikan terhadap OKS, justeru OKS hendaklah dilepaskan dan dibebaskan.
Mahkamah kemudian akan tetapkan tarikh keputusan. Pada hari keputusan, Mahkamah akan umumkan keputusan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau sebaliknya. Jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, maka OKS akan dipanggil membela diri.
Pada peringkat ini baru OKS perlu mengemukakan saksi-saksi yang perlu malah OKS boleh memanggil saksi polis atau saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan jika ada. OKS boleh memberikan keterangan sendiri dari kandang saksi dan boleh disoalbalas oleh pendakwaan atau memilih untuk berdiam diri. Selepas selesai memberikan keterangan, OKS boleh memanggil saksi lain untuk disoal bagi membuktikan beliau tidak melakukan kesalahan. Selesai semua saksi memberikan keterangan, kes ditutup dan Mahkamah akan tetapkan hujahan di peringkat pembelaan.
OKS akan berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes dan OKS telah membuktikan keraguan yang munasabah atas pertuduhan. Pendakwaan berhujah sebaliknya. Akhirnya baru Mahkamah tetapkan tarikh keputusan di akhir kes.
Jika OKS memilih untuk tidak memberikan keterangan, maka kes ditutup untuk peringkat pembelaan.
Apabila keputusan dibuat, Mahkamah akan putuskan berdasarkan semua keterangan samada kesalahan dibuktikan tanpa keraguan munasabah atau kesalahan gagal dibuktikan. Keputusan samada OKS disabitkan atau dilepaskan dan dibebaskan.
Jika OKS disabitkan, maka hukuman akan dijatuhkan mengikut peruntukkan seksyen yang terlibat. Bagi kesalahan memandu melebihi hadlaju di bawah Seksyen 79 (2) sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2000. Mahkamah boleh jatuhkan hukuman di antara jumlah tersebut.
Itu saja. Ada soalan boleh tanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...