Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Julai 2017

Isu 1MDB, Campurtangan Asing Celah Mana Sheikh Soal PPBM.

Oleh : Faiz Na'aman

1MDB : CAMPURTANGAN ASING CELAH MANA SHEIKH?

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, yang menganggotai PBB serta Komanwel, sudah tentu mempunyai hubungan dengan agensi-agensi antarabangsa dalam pelbagai bidang. Kita bukan negara tertutup seper
ti Korea Utara yang menolak segala bentuk kerjasama atau perkongsian maklumat dalam bidang-bidang tertentu dengan pihak luar terutama dengan dunia Barat. Jika bab jenayah memang dari dahulu lagi negara kita pernah berkolaborasi dengan FBI, Scotland Yard & INTERPOL.

Skandal 1MDB yang terjadi melibatkan beberapa negara termasuk USA, Switzerland, Hong Kong, Singapura dan Kepulauan Cayman. Ia merupakan jenayah penggubahan wang haram serta kecurian wang korporat melibatkan dana kerajaan Malaysia berjumlah berbilion-bilion Ringgit Malaysia. Kes 1MDB merupakan antara jenayah kolar putih (jenayah komersil) yang terbesar dalam peradaban moden manusia.

Gambar - Faiz Na'aman
Oleh kerana watak-watak yang terlibat dalam skandal 1MDB tersebut bermastautin dan banyak berurusan di USA, maka kes ini disiasat oleh agensi anti jenayah negara tersebut seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DOJ). Skandal ini juga sedang dalam siasatan pihak berkuasa Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Ia merupakan suatu kelaziman untuk agensi-agensi kerajaan luar menyiasat jenayah yang dilakukan di negara mereka oleh warga asing (seperti warga Malaysia).

Untuk memahami skala kes 1MDB tersebut, kita tidak semestinya perlu menjadi pakar dalam bidang ekonomi, urus-niaga atau jenayah kolar putih. Tetapi adalah cukup memadai jika kita memahami asas ilmu ekonomi, prihatin perkembangan berita-berita dari luar negara serta teliti dalam mencerna maklumat-maklumat perundangan yang biasanya diterbitkan dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum ianya diterjemah ke Bahasa Melayu oleh media-media tempatan. Itu pun jika skandal 1MDB ini dibicarakan dengan adil oleh media-media arus perdana tempatan, yang mana kita sedia maklum ia tidak berlaku dalam negara ini akibat cengkaman Kerajaan Malaysia terhadap media-media tersebut.

Oleh itu, sumber maklumat mengenai skandal besar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (Kerajaan Najib) ini biasanya diperolehi dari sumber-sumber media alternatif termasuk dari luar negara. Maka di sini kemahiran memahami Bahasa Inggeris menjadi penting untuk kita lebih memahami apa yang sebenarnya terjadi.

Maka timbul satu persoalan, sejauh mana para agamawan kita termasuk beberapa pemimpin parti politik yang mengaku Islamik, cukup memahami hakikat skandal 1MDB ini dengan adil? Ini kerana ada di kalangan mereka mahu memberi pendapat berkenaan isu ini kepada khalayak umum. Adakah mereka baca dan faham dengan teliti perkembangan kes 1MDB ini di luar negara? Adakah mereka sedar kesan kehilangan wang negara dalam jumlah besar tersebut terhadap status kewangan dan ekonomi negara? Tidakkah mereka tahu apa maksudnya INTEGRITI dalam ajaran Islam?

Golongan asatizah (agamawan) yang mahu mengulas isu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung perlulah FAHAM asal muasal bisnes 1MDB ini dan kenapa ia melencong hingga menjadi kes jenayah peringkat antarabangsa yang cukup terkenal hingga melibatkan artis Hollywood serta model terkenal dari Australia.

Mereka perlu tahu kegiatan anak Rosmah di USA dalam bidang perfileman, hubungannya dengan kapitalis bernama Jho Low serta beberapa watak Pak Arab korup yang semuanya ada kaitan dengan WANG dari 1MDB yang bocor/ dicuri untuk digunakan dalam pembiayaan filem Hollywood yang ada adegan lucah, pembelian hartanah mewah serta pembayaran untuk aset-aset mahal milik individu seperti berlian warna merah jambu oleh isteri M01 (Pegawai Kerajaan Nombor 1 Malaysia).

Tidakkah para agamawan kita terfikir bahawa skandal 1MDB ini boleh memberi imej buruk terhadap Islam itu secara tidak langsung kerana watak-watak utama yang terpalit dengan skandal tersebut merupakan mereka yang mengaku Muslim malah pernah mengaku pula Pahlawan Melayu/ Bugis di pentas politik?

Orang bukan Islam terutamanya warganegara Malaysia sedang mengikuti perkembangan skandal ini, dan rata-rata mereka tahu bahawa pemimpin negara ini yang berlabel Melayu-Islam tersebut cukup korup walaupun seringkali berbicara mengenai Islam secara terbuka tanpa segan silu. Ia memberi gambaran bahawa mereka yang mengaku Islam tetapi korup tersebut selesa hidup dalam hipokrasi, tanpa ada perasaan malu dan takut kepada Tuhan atas perbuatan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk keuntungan peribadi dan anak beranak mereka.

Atas dasar ingin mengembalikan keadilan, maruah serta usaha untuk memperbetulkan segala salahlaku dalam sistem pentadbiran negara yang menjurus kepada berlakunya skandal 1MDB tersebut, maka mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir bersama rakan-rakan seperjuangannya melalui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengambil risiko menongkah arus dalam politik nasional bagi mengelakkan Malaysia dari terus menghala ke arah kebangkrapan dan bencana sosio-ekonomi. Ingat, kesejahteraan negara majmuk ini banyak bergantung kepada tahap "kesihatan" ekonominya.

Dr. Muhammad Faiz Bin Na'aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
EXCO ARMADA Nasional
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...