Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Julai 2012

Cikgu jangan marah2, Nizar Jamaluddin datang melawat je.


Cikgu sabar cikgu.  Sabar banyak2. Kalau cikgu nak tahu ;

1. Nizar jamaluddin tue kan wakil rakyat cikgu.

2. Tak aneh wakil rakyat melawat kawasan2 dia wahai cikgu.

3. Selain melawat untuk mendengar keluhan rakyat, wakil rakyat juga boleh melihat sendiri secara dekat apa yang dialami oleh satu2 keluarga. 

4. Dalam kes neh, bapa kepada anak murid cikgu tue kan, sakit. Dan amat wajar diberikan sumbangan cikgu oii. So nizar mai nak bagi sumbangan cikgu. Nak bagi sumbangan. Itu di anggap gula2 beracun ka cikgu weh? Berdosa ka mp pr bagi sumbangan? Haram ka mp pr bagi sumbangan?

5. So tolong menolong dan ziarah menziarahi orang sakit neh cikgu. Bukan isu politik pun. Tak kira lah cikgu umno ke dia pas ke, kalau dah sesama muslim berpecah dan tak boleh saling menziarah dan tolong menolong disebabkan fahaman politik itu kan dah nama nya taksub wahai cikgu yang kacak handsome bergaya.

6. So adalah amat tidak wajar cikgu menegur anak murid cikgu yang tatau apa2 pasal politik. 

7. Sebelum cikgu tuduh mp nizar yang bukan2 apa kata cikgu jelaskan dulu peranan cikgu sebagai seorang cikgu pada para pelajar.

8. Apa pun yang berlaku pada keluarga anak murid cikgu rasanya bukan menjadi urusan cikgu untuk menentukan yang mana patut dan tak mana patut melainkan anak murid cikgu melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah.

9. Beban yang menimpa anak murid cikgu bertahun2, kalau cikgu terer sangat kenapa tidak cikgu sendiri jek yang bantu?

10. Oleh kerana cikgu tidak berbuat apa2, maka janganlah sesekali cikgu halang orang lain dari berbuat apa2.

Taknak tolong takpe cikgu. Taknak faham pun takpe. Cuma janganlah cikgu mementingkan diri sendiri. Cikgu ada pandangan cikgu, sebenci2 cikgu pada nizar, pada pas dan pada pr, seboleh2nya simpan lah demi menjaga ahti anak murid cikgu, boleh kan? Tak pasal2 orang dah kecik ahti dengan cikgu. Aiii apa pun tak boleh. 

Nota : Caption di gambar tidak ditulis oleh aku dan aku tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan kepada cikgu tersebut. Harap maklum. 

Artikel neh telah dikemaskini : 26/7 9:24am

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...