Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Julai 2012

Isu sebenar SYABAS yang anda dan TPM perlu tahu.


Tipiem kita beria2 benar bekap si SYABAS neh ek. Aku tengok suara dia terlebih2 lantang dari suara CEO syabas sendiri. Pasai apa? Geng ka tipiem? Jangan fikir geng2 jek, kepentingan rakyat perlu didahulukan, bukan kepentingan kroni2 hangpa.

Dan aku juga pelik. Ada juga orang yang terpengaruh dengan helah BN dan SYABAS. Kemon, dorang bagi alasan neh bukan isu air di empangan neh isu air bersih. Hak eley. Kemon, korang yang tatau citer sebenar. Bukan aku yang tak faham isu tapi korang. 

Isu sebenar

1. Air di empangan banyak = bekalan air mentah mencukupi. [Sehingga artikel neh ditulis].

2. Loji rawatan juga mampu memproses bekalan air mentah yang ada = kapasiti loji rawatan air memenuhi jumlah keperluan yang diperlukan oleh pengguna di selangor. [Sehingga artikel neh ditulis].

3. Maksudnya kat sini ;

- Air bersih tak cukup untuk rakyat selangor? ==> FITNAH!

- Air bersih akan habis? ==> FITNAH!

- Air bersih terpaksa dicatu sebab bekalan tak cukup? ==> FITNAH!

4. Kisah sebenar yang sedang diselindungkan ialah SYABAS dan BN sedang berpakat untuk menfitnah PR agar jangan mengambilalih SYABAS. 

5. SYABAS dah bengang. Bengang dengan polisi air percuma untuk RAKYAT. Kemon, air percuma nampak kecik, tapi ada negeri lain merasa? Aku tak merasa bhai. Menumpang kat negeri neh.

6. Gaji pengerusi eksekutif SYABAS setahun berapa?

RM5.1JUTA = setahun.

Sebulan berapa beb? 

RM5.1JUTA / 12 bulan = lue kira lah sendiri.

7. Dan bila PR = kerajaan negeri amek alih SYABAS, benda neh dorang akan ubah. Kalau ko jadi ceo SYABAS, tak tergolek ko orang nak turunkan gaji ko? Or bakal berhadapan dengan risiko di pecat?

8. Dan kalau ko jadi BN, tak tergolek ko bila PR = pembangkang nak amekalih SYABAS seterusnya bakal membongkarkan beberapa misteri dan penyelewengan projek yang wujud semasa BN memerintah selama neh?

9. Mesti ko tergolek punya. Mesti ko suspen bagai nak mampus punya. Tue pasal BN dan SYABAS melompat dalam isu neh bhai.

10. Bila melompat depa mula lah buat fitnah sana sini, cakap projek langat tue penting bagai, catu sana sini. Bila depa catu, depa fikir rakyat selangor akan memberontak. Mereka fikir rakyat selangor akan marahkan PR. Seterusnya takan undi PR lagi pada PRU - 13 akan datang.

11. Tapi bila PR terbalikan fitnah dorang, dedahkan apa yang berlaku, mula lah mereka mengelabah cakap air tak perlu dicatu buat masa sekarang. Tak caya? Lue rujuk lah sini sendiri.

12. Lepas tue mengelabah cakap akan halang kerajaan negeri dari amekalih SYABAS. Lihat sini.

13. Dan dalam masa yang sama, mereka juga yang pongpang cakap kerajaan negeri = PR tak berjaya selesaikan masalah air. Rujuk sini.

14. Macam mana nak settle down kalau dah BN MENYEMAK kacau agenda PR nak selesaikan masalah air di selangor? Kemon. Orang nak solve problem tapi BN jadi pengacau tengah jalan dah kenapa? [Merujuk kepada masalah bekalan air di selangor akan menghadapi masalah berikutan peningkatan penduduk di selangor kelak].

15. Yang aku heran ada juga rakyat2 selangor yang boleh terbabas percayakan SYABAS dan BN? Korang tak serik2 ka kena tipu dengan khir toyo? Tak serik2 ka kena tipu dengan BN selama 50 tahun? Orang nak bagi korang kesenangan. Kalau pun PR tak boleh bagi korang kekayaan, at least PR boleh bagi korang air free. Bab WIFI tue boleh dipertingkatkan lagi. Benda free line tak cantik. 

Harap2 selangor boleh murahkan kadar bayaran internet itu lebih relevant bagi aku. Tapi apa yang BN boleh bagi korang? Takde apa. Ingatlah. Jadi rakyat neh otak korang kena bijak. Kita tak payah bersusah payah nak mempertahankan sesiapa pun melainkan mempertahankan hak kita jek. Biarkan sahaja mana2 pemimpin yang nak buat drama tetapi kalau benda tue dah korang boleh dapat free, pastikan korang dapat free untuk selama-lama nya.

Sama dalam isu air + SYABAS. Oleh kerana PR boleh bagi korang air free dan BN hanya mampu janji bagi air free, so pastikan korang kekal dengan orang yang dah bagi korang air free. Jangan pilih yang lain beb. 

Undi PR, segala penyelewengan dalam BN hanya akan terbongkar bila BN jatuh. Ini syarat utama. Bukan aku suruh korang menuhankan PR beb. Ikut jek stail aku. Tak payah beria2 sokong PR tapi pastikan jangan sokong BN. Simple as that. 

Artikel neh dikemaskini untuk penjelasan sebab ada orang tak berapa faham point. Edit pada 12:33 24/7

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...