Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 Julai 2012

Betul ke penyokong2 PR benci Mufti kerajaan seperti Harussani?

Aku nak betulkan tanggapan serong terhadap penyokong2 pr berkenaan isu di atas. Aku ikhlas nak betulkan persepsi yang dilemparkan terhadap penyokong2 pr berhubung isu tersebut. Aku tengok ramai juga yang tak faham kenapa dan menyangka penyokong2 pr juga membenci golongan agamawan. 

Sebenarnya persepsi itu ditanam oleh penyokong2 umno dan rakan2 dari atas pagar tidak perlu beranggapan bahawa penyokong2 pr = penyokong2 bn = hanya taat kepada ulama2 pro parti tertentu. Sebenarnya tiada masalah bagi penyokong2 pr untuk taat kepada ulama dan agamawan yang adil walaupun berlainan idelogi politik.

Apa yang menjadi punca kepada REBEL tersebut ialah ;

1. Kebanyakkan Ulama2 kerajaan cenderung keluarkan fatwa membuta tuli. 

Aku bagi contoh ter-recent sekali. Berkenaan isu harussani. Sebenarnya memang jelas lagi terang haram berpolitik di masjid di bulan ramadhan adalah fatwa yang tidak sepatutnya wujud. Politik sebenarnya tak salah. Yang bermasalah tue perangai umat islam. Dan bila bercakap pasal politik di masjid, kenapa mesti kita fikir bahawa kita sedang melakukan aktiviti mengeji + mengumpat + menfitnah?

Pemain2 politik ada banyak. Dan setiap satu dari mereka berbeza sikap beb. Hanya kerana korang lihat sesetengah pemain politik mengamalkan perkara2 yang salah apakah adil menarifkan semua pemain2 politik bersikap begitu juga?

Sudah tentu lah tidak. Jadi fatwa ini tak sepatutnya wujud. Lagipun, kenapa hanya di bulan ramadhan jek? Di bulan ramadhan bila berpolitik di masjid haram ka? Yang aku tahu kalau menfitnah + mengeji + mencerca = bulan apa2 pun berdosa juga. Itu kalau sungguh pemain2 politik berpolitik seperti itu lah kan. Ini dah sama macam konsep pakai baju kurung hari jumaat sebab nak hormat hari jumaat tapi hari lain pakai seksi takpa. 

Terlalu hormatkan hari sehingga lupa hormatkan diri sendiri or mendalami hukum islam, begitu kah?

Dan lagi satu, kenapa nak sekat peranan masjid dan kecilkan skop perbincangan umat islam melalui tazkirah geng? Dalam islam juga ada subject politik dan tak boleh kah kita bertazkirah bab politik islam? Haram sangat kah perbuatan tersebut? 

Dan apa citer bila bawa masuk agenda umno dalam masjid? AJK2 masjid pun geng2 umno der. Tue bukan politik ka dah sampai gantung gambar najib? So patutkah kita mengharamkan seme ajk2 pro umno yang dah tentu2 akan terus berpolitik di masjid tanpa kira bulan? Ataupun mereka akan keluarkan gambar dan banner2 pro bn di masjid sempena bulan ramadhan?

2. Kebanyakkan Ulama2 kerajaan cenderung berpihak kepada kemungkaran. 

Kemon dude. Ini bukan masalah baru or benda2 yang aku rekacipta. Toksah pergi jauh. Tengok aje isu majalah mangga playboy dan vcd lucah yang disebarkan oleh bloggers umno dan geng2 umno. 

Apa pandangan ulama2 kerajaan? Tunggu lembu boleh terbang lah kalau ko nak tengok dorang menegur cara kerajaan berpolitik beb. Yang peliknya benda yang kerajaan sah2 salah, tiada satu pun ulama akan tampil menegur secara terbuka tetapi bila benda yang sah2 salah dari pembangkang, berbondong2 ulama bidas. Alasan mereka mencegah kemungkaran.

Bila kita tegur ulama kerajaan, penyokong2 kerajaan akan cakap bahawa kita kena bersangka baik pada ulama2 neh. Maybe depa dah tegur tanpa pengetahuan kita. Tapi apsal tetap tiada perubahan pun dari kerajaan? Adakah kerana ulama tue tak cukup bagus dalam mentarbiah kerajaan kita?

3. Kebanyakkan Ulama2 kerajaan pemalas nak berdakwah kepada kerajan dan rakyat. 

Korang tak percaya? Ada korang nampak ulama2 neh update facebook mereka dan mengambil tahu masalah umat islam? Ada korang nampak ulama neh turun padang dan mendekati umat islam tanpa protokol dan cuba selidik apa sebenarnya yang dihadapi oleh umat islam hari neh? Mimpi lah kaw. Baca khutbah pun ikut teks yang disediakan beb.

Itu baru satu bab. Tak tengok perangai pemimpin2 kerajaan sekarang camne? Itu ke hasil didikan dan tarbiah ulama2 kerajaan ke atas mereka? Itu dah habis bagus ka beb?

4. Kebanyakkan Ulama2 kerajaan cenderung berpihak kepada kerajaan dan mengabaikan kepentingan rakyat. 

Ini memang terang lagi jelas. Aku rasa seme dah tahu apa hukum merokok. Tapi korang fikir siapa yang bawa masuk rokok? Lepas tue beria2 buat kempen anti rokok? Then komplain cakap kerajaan terpaksa keluarkan peruntukkan untuk menyedarkan rakyat bahaya merokok. 

Huk alohhh.. yang lue bawa masuk rokok tue napa dude? Ada juga yang siap cakap ala kalau kerajaan sekat, penyeludupan rokok tetap akan berlaku juga. So sekarang neh takdak ka rokok seludup? Ada juga kan? Apa yang perlu dibuat ialah larang kemasukkan rokok + tingkatkan prestasi penguatkuasa. Bukan bila dah tak mampu seme nak main pakat halalkan jek. 

Bila bercakap pasal rokok dan penyakit, bukan muslim dan muslim tetap terkesan beb. Kita bercakap pasal kesihatan disini. Perlunya kerajaan dihentikan daripada mengambil cukai dan keuntungan di atas penyakit dan kematian orang awam angkara rokok beb.

5. Kebanyakkan Ulama kerajaan banyak yang berlagak dan malas nak bercampur gaul dengan ulama bukan pro kerajaan. 

Tak percaya cakap aku. Cuba korang tengok berapa banyak ulama kerajaan yang sanggup buka forum untuk berdiskusi dengan kita? Ridhuan tee aku respect sebab dia berani turun padang. Ada juga beberapa yang lain cam geng2 ILMU. Yang lain? Lue fikirlah sendiri. Gua sendiri teringin lama nak tengok ustazah mashitah mai berdiskusi di forum bebas. Takut kena serang ka ustazah mashitah oiiiii?

6. Kebanyakkan Ulama kerajaan hanya pandai keluar hukum bukan tegakkan hukum. 

Ahli majlis fatwa keluarkan hukum itu haram, ini haram tapi soal pelaksanaan? You don't know me kata mereka. Hampeh.

7. Ulama kerajaan tak amek port idea2 bernas dari PAS.

Yup. Dari dulu lagi aku dah nampak dan aku tak faham. Aku tak kata PAS maksum oke tapi ada beberapa perkara yang PAS memang bagus. Contohnya tadika PASTI. Walaupun kadang2 aku bengkek gak gaji guru2 PASTI neh murah tetapi program PASTI neh adalah satu program yang bagus dan aku heran pasai pa ulama2 kerajaan langsung tak desak kerajaan agar tiru apa yang PASTI buat bagi membentuk akhlak anak2 muslim dari akal umbi. Sebab PAS punya idea ka? Sama macam undang2 aurat di kelantan ka?

8. Mostly ulama kerajaan suka cipta provokasi dan kontroversi.

Siyes. Asal ada jek satu2 isu yang berlaku, tanpa cuba memahami kedua2 belah pihak, mendengar hujah dari kesemua pihak yang terlibat, mereka dangggggg!!! keluarkan hukum dan menilai orang yang menentang kerajaan sebagai = jahat, kafir, pemberontak, berdosa, langgar hukum Allah swt, pro kristian, pro yahudi, tak suka perpaduan sesama ummah, komunis dan blablabla.. kemon. Aku perlukan label baru disini wahai ulama2 kerajaan.

9. Kebanyakan Ulama2 kerajaan sayangkan gaji, pangkat dan kuasa bukan islam.

Ada yang nak marah? Dipersilakan geng. Aku cakap apa yang aku nampak, lihat, rasa dan alami. Aku dah perhatikan banyak benda. Aku dah lihat banyak perkara salah yang kerajaan buat. Aku rasa ulama2 neh pun tahu sebenarnya. 

Tapi sampai sekarang aku tak nampak mereka sanggup turun padang dan berkeras agar kerajaan tarik lesen penerbitan majalah playboy mangga. Tak pernah nampak mereka bertegas bab pelaksanaan hudud. Tak pernah tahu pun mereka turun padang untuk mengkaji kenapa umat islam hari neh lalai dan jauh dari islam. Ini seme sebab apa geng? 3 benda di atas neh. 

Mereka labelkan diri mereka ulama. Bahkan mereka mahu paksa rakyat percaya bahawa mereka benar2 seorang ulama. Tetapi adakah mereka benar2 ulama? Tepuk dada masing2, jangan tanya selera sebaliknya tanya diri sendiri, apakah aku benar2 seorang ulama yang ditakrifkan ulama menurut ciri2 yang diperakui oleh Allah swt ataupun hanya mengikut syarat2 yang ditetapkan oleh kerajaan semasa dilantik menjadi mufti?

Lue fikirlah sendiri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...