Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Julai 2012

Isu sebenar SYABAS yang anda dan TPM perlu tahu PART II.

Part 1 disini.

Dalam part 2 kita akan pergi lebih dalam untuk menerangkan kepada rakyat selangor khususnya permainan SYABAS dalam isu air di selangor. 

1. SYABAS bantah ambilalih SYABAS semalam. Apa tue? Maksudnya pekerja2 SYABAS bantah kerajaan negeri ambilalih SYABAS = Syarikat tempat mereka berkerja. Klik sini.

2. Lepas tue yang tak boleh blah tue sepanduk yang depa bawa. Siyes kelakar bhai. Lue tengok kat bawah neh jap ;


3. Kami nak air terawat, bukan air empangan. Itu kata mereka. Macam mana pekerja2 SYABAS sendiri failed dengan masalah yang dihadapi oleh SYABAS berkaitan air neh hah? 

4. Dalam isu catuan air, pekerja2 SYABAS patut lebih faham sumber air terawat datangnya dari air empangan. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah SYABAS sekat air kepada penduduk dan buat2 berlakon bahawa sumber air terawat tidak mencukupi akibat kilang memproses air bersih yang sedia ada sudah tidak mampu menampung kapasiti keperluan pengguna pada masa sekarang.

5. Dalam erti kata lain, masalah yang akan dihadapi pada masa akan datang, SYABAS bertindak mencatu air bermula sekarang. Which is kalau kita seme fikir secara logik pun akan cakap apa ada kaitan dengan seme kejadah yang SYABAS buat neh hah?

6. Instead of menaiktarafkan loji air bersih = membesarkan kilang pemprosesan air bersih = menaiktarafkan jentera untuk meningkatkan pengeluaran, mereka memilih untuk membina satu lagi loji baru = projek langat 2 yang dijangka akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh penduduk selangor pada masa akan datang.

7. Oleh kerana air empangan di seluruh selangor melimpah ruah maka apa sebab selangor perlu membeli air dari pahang? Itu satu persoalan yang tidak dihebahkan kepada rakyat selangor sebaliknya bien dan SYABAS menutup fakta dengan mengelirukan rakyat selangor dengan info2 kurang tepat.  

8. Yang turut menjadi pertikaian ialah kenapa sekali lagi george kent melibatkan diri dalam tender projek langat 2? Rujuk sini.

9. Apa antara info2 kurang tepat yang dihebahkan oleh SYABAS? SYABAS cakap bahawa mereka menghadapi masalah untuk membekalkan air bersih kepada pengguna kerana mereka telah memenuhi had kapasiti pengeluaran air = jumlah air yang mampu dikeluarkan oleh SYABAS telah dipenuhi. Yeke SYABAS oii?

10. Menurut data terbaru yang dikeluarkan oleh khalid ibrahim ialah ;

- Rizab kapasiti pengeluaran sebenar ialah 11% bukan 2% seperti yang dihebahkan oleh SYABAS.

-  Bahkan ia akan meningkat sebanyak pada 18% selepas mac 2013. Ini berlaku kerana projek mitigasi dijangka siap pada tahun tersebut.

- SYABAS pada masa kini mampu mengeluarkan 4,807 liter air sehari tetapi apa yang mereka keluarkan ialah 4,371 liter air sehari.

- Ini juga membuktikan bahawa SYABAS mengarut bila mencatu air tak pasal2.

Rujuk sini dan sini.

11. Sebenarnya sejak mengambilalih selangor, PR telah menetapkan masalah air di selangor antara menjadi agenda mereka. Sebab tue mereka merangka pelbagai strategi bahkan telah memperkenalkan skim penyusunan semula operasi air di selangor. Rujuk sini.

12. Jika projek penyusunan air itu diteruskan, SYABAS antara syarikat yang akan mendapat pampasan kerana akan diambilalih oleh kerajaan negeri.

13. Namun, SYABAS enggan dan BN juga enggan kerana bagi mereka meniagakan air = sumber keperluan rakyat adalah lebih utama daripada mementingkan kebajikan rakyat. Inilah apa yang berlaku sehingga menyebabkan SYABAS dan BN berpakat dalam menyebarkan info palsu mengenai masalah air di selangor.

14. Projek penyusunan semula itu juga akan membantu menyelesaikan masalah air di selangor pada masa akan datang ketika pertambahan bilangan penduduk di selangor.

15. Apakah anda lupa pemimpin2 PR juga tinggal di selangor? Pemimpin2 BN juga tinggal di selangor? Jika benar lah masalah air begitu meruncing sekali sehingga bekalan air terpaksa di catu, mahukan pemimpin2 bn dan pr membiarkan rumah masing2 tiada air?

16. Sebab tue orang yang percaya masalah air di selangor berada di tahap seriyus merupakan orang yang tak berfikir. Main percaya jek dengan apa yang disampaikan tanpa selidik dulu butiran penuh.

17. Dalam erti kata lain projek langat 2 itu bukanlah projek yang penting untuk difikirkan. Apa yang penting ialah kenapa SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar sedangkan mereka mampu proses lebih dari itu lagi.

18. Jika jawapan SYABAS ialah tidak perlu beroperasi di bawah keupayaan sebenar kerana keperluan rakyat pun sekitar itu jek, ditambahkan dengan simpanan rizab yang banyak maka apa logiknya projek langat 2?

19. Jika jawapan SYABAS ialah pada masa akan datang baru masalah air timbul jadi projek langat ialah sebagai persediaan awal untuk menghadapi masalah peningkatan penduduk di selangor, mengapa SYABAS bertindak menolak skim penyusunan semula = yakni menyelesaikan masalah air pada masa akan datang?

20. Jika jawapan SYABAS ialah enggan dipinggirkan dan berharap SYABAS boleh dikekalkan untuk memberikan khidmat yang baik kepada penduduk selangor, maka apa sebab enggan membiarkan kerajaan negeri mengambilalih SYABAS dan membuang 2 pengurusan tertinggi SYABAS yang dibayar berjuta2 setahun untuk mengikut telunjuk bien? Bahkan mensasarkan objektif SYABAS adalah mencari untung semata2 untuk bukan menjaga kepentingan rakyat? 

Inilah yang dihadapi oleh kerajaan negeri selangor bagi memastikan kualiti dan bekalan air untuk rakyat selangor terjamin. Bahkan untuk mengekalkan air percuma. Maka adalah sangat relevant untuk kerajaan negeri masuk ke dalam SYABAS dan menguruskan direct dari sana.

Tetapi pihak atasan SYABAS dan BN akan memastikan menggunakan apa juga cara untuk menghalang kerajaan negeri selangor menembusi SYABAS. Once, bila PR berjaya memasuki SYABAS pelbagai dokumen bahkan pelbagai rahsia akan tersingkap geng.

Ini sebabnya seboleh2nya SYABAS dan BN tidak mahu kerajaan negeri mengambilalih SYABAS. Projek langat itu hanyalah sekadar sandaran = patung untuk menutup isu wajah sebenar dalam isu neh. Untuk memastikan segala2nya berjalan lancar, VOTE PR sebagai kerajaan pusat, dan outkan BN. 

Kita mahu lihat satu lagi adegan kunci bilik, bawa lari dokumen dan menyorokkan beberapa maklumat penting, once kerajaan bien jatuh. Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...