Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label manifesto pakatan rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manifesto pakatan rakyat. Papar semua catatan

Khamis, 26 Julai 2012

Cukai kancil RM16,500 sebijik!

Peh.


Jika harga kancil RM40,000 = maka jumlah yang dicukaikan ialah RM16,500 sebijik!

Cukai yang dimaksudkan ialah ;

- cukai jualan 10%
- duit eksais 60%

Ini tak termasuk kadar bunga bank oke [atas pinjaman]. Menurut data yang dikeluarkan oleh CUEPACS pada tahun 2009, dari 1,086 jumlah penjawat awam, 50% darinya di isytiharkan muflis. Nak tahu kenapa? Sebab = gagal bayar hutang kereta. [rujuk sini]

Dan macam yang aku sebut, kereta di malaysia sebenarnya bukan merupakan kehendak tetapi keperluan kerana sistem pengangkutan kita yang teruk. Yang mana memerlukan masa yang sangat panjang dan lama untuk memperbaiki ia selepas PR mengambilalih putrajaya. Jika kita kekal bersama bn, pls jangan bermimpi itu akan berubah. Redha saja dengan keterukkan itu bhai.

Sambung balik isu kereta. Ini bermaksud setiap pembeli kereta = pembayar cukai. Bahkan bukan sekali bayar, kita bayar secara berterusan.

1. Bayar ketika membeli kereta.

2. Bayar melalui roadtax.

3. Bayar lagi menerusi insurans.

4. Bayar lagi ketika guna tol.

Ini juga membuktikan kita sudah terlalu banyak bayar dan bayar dan bayar sehinggakan kita boleh terfikir hey apa yang aku dapat setelah membayar itu dan neh? Ko nak bina jalan pun guna wang rakyat. Lagi ko letak tol dan itu pun ko minta dari rakyat. 2 kali minta duit = ketika bina satu lebuhraya.

Selepas itu time beli kereta ko letak cukai tinggi2 atas alasan melindungi proton = dan ko buatbodohjek dengan sistem pengangkutan awam = agar seme orang terpaksa membeli kenderaan untuk bergerak =  ko untung melalui cukai = rakyat terseksa sekali lagi dan hey selepas bayar cukai kereta, faedah dari bank kerana meminjam, kena bayar cukai jalan + insurans dan tol ketika guna jalanraya = rakyat patut bersyukur hidup di bawah bn kerana janji ditepati dan majoriti tak perlu bayar banyak cukai?

Mungkin kah bien hidup di alam mimpi?

Nak makan kepsi pun ko kenakan aku cukai.

Dan jika ko berkuasa pada pru-13, ko akan kenakan aku cukai setiap kali aku shopping di pasaraya atas nama GST dan topup henpon.

Dan itu semestinya sudah lebey.

Beginilah. 

Isu bayaran itu neh bukanlah isu pokok. Isu nya ialah sejauh mana kita mendapat kembali kebaikan setelah bersusah payah membayar itu neh. Setakat kedai satu malaysia sana sini kemon lah weh. Korang tak fikir aku neh anak kucing yang setakat hadap frikies percuma jek kan.

Katakanlah kita terpaksa ;

- bayar mahal untuk kenderaan = takde tol = harga minyak rendah or sebaliknya.

- bayar mahal untuk rumah tetapi seme rakyat di utamakan mesti memiliki sekurang2nya sebuah rumah dan bukan hanya orang2 kaya jek mampu memiliki rumah = memonopoli hartanah di malaysia = bagi tujuan spekulasi dan menjana kekayaan.

- Bayar pelbagai cukai dan blabblablabla = pendidikan dunia + akhirat percuma tanpa perlu bersusah payah menyimpan duit untuk belajar. Nak belajar dalam bidang agama pun kena pinjam bhai. 

Senang cakap kita bertolak ansur. Orang finland bayar cukai tinggi = pendidikan percuma. Ini nama nya tolak ansur. Kita? Bayar cukai tetap tinggi = tetapi bien jaja cakap rakyat malaysia takde lah ramai mana bayar cukai [puiiiiii] = segala2nya tetap mahal sehingga menekan kita ke jalan yang langsung takde pilihan = mana ada tolak ansur dari bien?

Dia menekan dan menekan kita, tetapi sedikit tolenrasi dan tolak ansur pun dia taknak bagi kat kita. Nak bangunkan negara neh, bukan orang kaya jek ko kena sayang, golongan macam kami neh pun perlu ko pentingkan. Sebab? Tanpa kami, orang2 kaya takley kaya bahkan tanpa kami negara juga takan boleh menjadi maju beb.

Menurut rafizi kan ;

1. 71.9 % rakyat di malaysia gunakan kereta beb.

2. Ini bermaksud 71.9% rakyat bayar cukai kereta kepada kerajaan.

3. Ini kerajaan bien cakap majoriti dari kita tak bayar cukai?

4. 71.9% = bukan kah majoriti daripada 100% bhai?

Sudah cukup-cukuplah. Korang nak bayar rm16,500 kat kerajaan bila beli kereta kancil bila korang sehingga ke hari neh cuma dapat rm500 jek balik? Itupun guna duit diri sendiri or ubah senario neh?

Well, rm16,500 tue cuma cukai untuk sebuah kereta kancil yang berharga rm40k. Bukan kereta2 lain yang lebih mahal harga nya. Semakin mahal = semakin tinggi cukai beb. Tapi seme neh hanya akan berubah sekiranya mandat pusat diberikan kepada PR beb.

Ingat, PR tak mampu ubah nasib kita. So sapa yang mampu? Tengok tangan dan jari diri sendiri. Amek cermin. Nampak muka tue? Nampak tangan tue? Nampak? Yang itu dia mampu. Bai.

Rabu, 25 Julai 2012

Kenapa anda perlu sokong manisfesto pakatan rakyat merendahkan harga kereta? - Baca ini.

Sistem pengangkutan jalanraya teruk bhai. Lue nak turunkan harga kereta? Baik lue suruh pr tingkatkan kualiti sistem pengangkutan awam larh beb.

Jalanraya jammed! Idea semak. Aku penyokong PR tapi buat apa ko nak turunkan harga kereta? Harga kereta mahal pun ramai jek mampu pakai kereta ini kan pula harga kereta murah. Lagi lah bersepah2 atas jalanraya !!!

Aku penyokong PR. Tapi aku langsung tak sokong idea neh. Harga kereta sekarang dah oke. Tingkatkan kualiti sistem pengangkutan jek sudah.

Jalanraya berlopak, sempit dan teruk. PR patut focus kat situ. Bukan isu kereta.

Antara komen2 yang aku baca. Sebenarnya pendapat korang tue separa tepat. Separa tepat kenapa? Sebab korang tak faham bagaimana ini berlaku. Senang cakap korang tak reti buat kek, korang reti makan jek, tapi bila orang cakap nak murahkan harga kek, korang komplain bagai hey yooo.. kek murah low quality yooo.. tapi satuhapa cara nak buat kek korang tak reti tapi komplain macam good2 pula.

Lainkali, faham dulu cara nak buat kek. Baru ko boleh komplain. Sama juga dalam isu manisfesto PR mengenai harga kereta. Fahamkan dulu apa yang ingin PR sampaikan. Baru komplain. Taktahu hujung pangkal jangan main serbu der. 

Jangan lupa, setiap idea2 yang PR salurkan datangnya dari rakyat. Bukan dorang main sembrono jek bercakap. Macam isu ptptn. Mereka mendengar keluhan mahasiswa. Sama juga macam harga kereta. Mereka mendengar rintihan rakyat. So no point la untuk korang kritik idea PR. Tak puas ahti, kritik jek masyarakat yang bawa idea neh. Salah seorang nya aku. Aku antara orang yang banyak kali meluahkan yang PR kena buat sesuatu mengenai harga kereta di malaysia dan good, ini inisiatif yang bagus dari PR. 

Meh sini aku nak bagitau korang apa yang perlu korang tahu dan apa peranan yang korang kena buat.

Kenapa harga kereta perlu murah?

1. Kerana rakyat perlu diberikan hak untuk membeli kereta yang setimpal dengan harga nya.

2. Ko tak expect modal sesebuah kereta berjumlah rm40k jual sampai rm400k kan? Nak untungkan golongan kapitalis hanya semata2 ko taknak jalan jem? Kemon, ko tak sebodoh tue bhai.

3. Ko rela bayar pelbagai cukai = jalanraya tetap teruk seperti biasa? Atau, bayar cukai rendah = jalan tetap teruk seperti biasa? [buat masa sekarang] Kemon, ko juga tak sebodoh neh bhai. 

4. Untuk memantapkan sistem pengangkutan awam, ko tak expect ia adalah kerja sehari dua kan? Hari neh PR tadbir, esok seme sistem pengangkutan awam jadi efisyen? Dan sebulan selepas tue seme tempat ada bas? Dan setahun selepas tue, bas pergi ke mana2 sahaja? Dan bas ada pada setiap jam, minit, saat dan waktu? Ataupun sana sini ada monorel? 

Kemon. 

Fikir dalam2. Nak bina monorel jek berapa tahun? Nak rangka pelan jek berapa tahun? Nak kumpul modal jek berapa tahun? Nak bina jek di beberapa banyak kawasan? Nak bina jalanraya jek berapa tahun? Nak cari syarikat usaha bas jek berapa tahun? Sehingga saat itu tiba, ko expect seme orang haii jom jalankaki, biarkan harga kereta mahal sebab? Taknak jalan jem bhaiii

Ringkasan nya begini geng. PR akan turunkan harga kereta yakni = nilai cukai dan duti yang membebankan rakyat marhaen supaya kita semua lebih mampu memiliki kereta yang berkualiti lebih baik pada harga yang munasabah.

Tujuan?

Supaya kita senang nak travel ke mana2.

Risiko?

Jalan jem mesti ada punya. Di bandar. Di luar bandar tak teruk macam neh. 

Kesan?

Lebih ramai rakyat dapat beli kereta. Dan sudah tentu kereta2 lama akan automatik terhapus sebab dah mampu tukar yang lebih baik dari sedia ada. Mengalakkan perniagaan jual beli kereta dan of course, kurang bankrupsi akibat tak mampu tanggung beban hutang kereta yang mahal beb.

Kebaikan?

Rakyat dapat memiliki kereta yang lebih baik pada harga patut. Rakyat juga dapat travel ke sana sini dengan mudah di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk terutamanya di luar bandar. BAS 2 jam sekali. Korang mesti suruh orang2 kampung jalankaki jek kan? Sebab? Takmo jalan jam ma. Pfttt.

Bukan seme tempat bas boleh masuk or mampu masuk. Bukan seme tempat teksi mahu pergi dan akan pergi. Lagipun jika sejumlah wang boleh dijimatkan dengan menggunakan kenderaan sendiri, apa masalahnya disitu? 

Penting ke?

Penting. Sekurang2nya pada masa kini ia penting di saat sistem pengangkutan kita sangat teruk. Dan setelah ia diperbaiki, lama kelamaan, masyarakat juga akan menghentikan penggunaan kereta geng. Kalau ko jalan kaki lima minit boleh dapat tren, then keluar dari tren, jalan kaki lagi 5 minit then boleh sampai tempat kerja, sapa taknak? Semua orang nak. Jimat duit minyak, jimat tenaga, bahkan jimat masa. Tapi seme orang ada tren kah di depan rumah?

Jadi sehingga saat itu tiba, maka harga kereta yang rendah boleh membantu kita sedikit bersabar dengan masalah sistem pengangkutan di malaysia neh geng. Ramai rakyat malaysia terpaksa spent duit untuk beli kereta bukan sebab mereka mampu tetapi sebab mereka terpaksa beli disebabkan sistem pengangkutan yang sangat teruk di malaysia.

Jika mereka bear dengan sistem pengangkutan tersebut maka alamatnya you getlost. Jangan datang kerja lagi. Hari2 lewat. Buang masa i bayar gaji you. Ini akibat yang mereka dapat.

Bahkan kita lagi suka jika menggunakan kenderaan sendiri ketika bercuti jek. Ataupun ketika bershopping. Sebab nak bawa barang. Tetapi sayangnya kita tak boleh nak melakukan itu seme sebab majoriti kawasan di malaysia, sistem pengangkutan nya sangat teruk. 

Di sesetengah tempat yang ada tren mungkin mereka rasa syok sebab boleh cutikan kenderaan sendiri dan gunakan kenderaan awam. Tetapi bagaimana pula dengan aku? Bagaimana pula dengan orang lain? Kami seme tak bertuah seperti korang oke. Oleh itu fahami dulu masalah kami.

Nak wujudkan jaringan sistem pengangkutan yang efisyen bukan semudah ABC. 55 tahun memang mencukupi tetapi bn terbukti gagal sebab taknak buat bukan tak boleh buat. Jika mereka mahu buat, sudah pasti sekarang neh kita tak menghadapi dilemma neh.

Jadi jika PR amekalih putrajaya, mereka dapat merendahkan harga kereta dan dalam masa yang sama akan menambahbaikkan sistem pengangkutan awam yang juga sebenarnya adalah sebahagian daripada manifesto mereka. Dan jika ini seiringan, maka lama kelamaan selepas negara kita mempunyai sistem pengangkutan yang efisyen, kita juga akan tinggalkan kenderaan sendiri di rumah dan menggunakan pengangkutan awam.

Siapa kata orang korea dan jepun tidak suka berkereta? Mereka juga suka. Siapa kata di korea dan jepun tiada jalan jem? Ada, musim cuti beb. Tetapi mereka juga ada sistem pengangkutan yang efisyen. Pemikiran mereka mudah sahaja. Kerajaan merendahkan harga kereta, menambahbaik sistem pengangkutan awam dan buat jalanraya yang betul, hasilnya? Rakyat ada dwi pilihan. 

Nak jalan kaki? Oke, seme tempat ada lampu. Kadang2 lampu rosak. Tapi still, ada lampu ada cctv dan still rasa oke lagi di sini. Nak naik kereta? Oke, harga kereta pun tak mahal mana. Nak naik tren or bas? Dipersilakan lah.

Dwi pilihan inilah yang penting bagi rakyat macam kita. BN tak bagi kita pilihan neh. BN paksa kita menghadapi seme masalah. PR akan bagi kita dwi pilihan. Ya, memang ya akan makan masa. Terutamanya bab sistem pengangkutan awam yang efisyen dan bab jalanraya yang baik. 

Tetapi itu tetap lebih baik sebab lama kelamaan dwi pilihan yang wujud di negara sana juga akan berlaku disini. Dan sehingga saat itu tiba, maka idea rendahkan harga kereta sudah semestinya relevant.

Nota : Nyatakan pandangan anda mengenai manisfesto terbaru PR. Nyatakan dengan ilmiah supaya pemimpin PR boleh memahami apa yang ingin anda sampaikan. Jangan mencarut dan expect pemimpin PR nak senyum2 sambil menerima pakai idea dan kritikan ko pula. Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...