Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 6 Jun 2014

GST Ke Atas Petrol - Kerajaan Tengah Fikir Kata Ahmad Maslan.

Episode pertama kat sini.

Nampaknya sah la yang PETROL dan DIESEL mungkin dikenakan GST. 

Baca jawapan menteri dulu ;

Masih belum lagi ada keputusan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, kerajaan mungkin akan memutuskan perkara itu bersama
dengan skim baru subsidi bahan bakar, yang dijangka mula berkuatkuasa pada 1 September.

Namun tegasnya, secara prinsipnya keperluan subsidi akan disasarkan kepada mereka yang memerlukannya.

Perkara itu katanya akan diperhaluskan menerusi satu jawatankuasa bersama di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurutnya, sebarang ketetapan perlu mendapat kelulusan kabinet sebelum ia diumumkan. -MKINI-

Maksudnya apa?

1. Maksudnya kerajaan ada niat la tue. Nak kenakan GST ke atas setiap pembelian (penggunaan petrol dan diesel)

2. Kalau takde niat takde la depa nak fikir2la lagi. Terus je la masukkan PETROL dan DIESEL ke dalam senarai barangan yang tidak dikenakan GST.

3. Mekanisme dia mungkin ada 2. Satu samada GST dikira sekali setiap kali kita membeli petrol. Ataupun dikira selepas kita beli petrol. 

4. Kalau dikira sekali masa kita beli petrol maka yang susut adalah liter isian minyak.

5. Jika dikira selepas kita beli petrol maka pertambahan wang la yang berlaku. 

6. Tak kira apa pun mekanisme yang digunakan rakyat tetap kena punya.

7. Yang lebih teruk macam mana pula dengan pengangkutan awam apa semua? Tak pasal2 teksi caj GST ke atas penumpang disebabkan GST ke atas petrol tadinya tue.

8. Kerajaan korang neh dah gila kot terdesak nak cari duit apa semua. Rakyat pula pening kepala nak fikir masalah duit. Kalau duit ada banyak takpe juga nak cekik kita. Ini rakyat pun kering kontang, lagi mao sapu. Haiyaaaa.. 

Apa2 pun kita kena desak agar petrol dan diesel dikecualikan GST. Tak payah fikir2 lagi dah. Kalau boleh agreementnya 50 tahun, petrol dan diesel tidak akan dikenakan GST selepas 50 tahun kita akan semak semula. Bukan boleh percaya BN neh. Kang masa mula2 kita bantah2 dia cakap ye la ye la takyah GST apa semua. Satgi lepas 6 bulan ke setahun ke tetiba dia cakap masanya dah tiba untuk mengGSTkan petrol dan diesel..

Bukan sekali dua kot rakyat kena kelentong. Banyak kali. Sampai dah tak terbilang daaaa..
 
KAH KAH KAH

Kbai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...