Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Jun 2014

Inilah Draf Sistem Subsidi Minyak - Baca Dan Faham.


Draf cadangan lebih kurang begitula. Faktor kelayakkan akan diukur melalui tangga gaji. Bagaimana perkiraan akan dibuat?

Sistem neh hanya mensasarkan kepada golongan yang berkelayakkan untuk terima subsidi minyak.

Apa istilah golongan yang berkelayakkan?

1. Rakyat Malaysia.

2. Berpendapatan rendah dan serdahana.

3. Ikut jenis kereta.

- Kereta yang berCC besar more likely takan dapat subsidi berbanding kereta yang berCC kecil.
- Namun kereta yang berCC besar dapat menikmati subsidi jika tangga gajinya rendah.

4. Tangga gaji.


- Gaji besar takan dapat menikmati subsidi.

- Gaji besar kereta besar juga takan dapat subsidi.

- Gaji besar kereta kecik mungkin dapat subsidi sebab ikut jenis kereta.

- Gaji kecik kereta besar dapat subsidi sebab ikut tangga gaji.

- Gaji kecik kereta kecik dapat subsidi sebab ikut tangga gaji.

- Gaji serdahana kereta kecik ataupun besar dapat menikmati subsidi namun dalam jumlah yang dihadkan. Senang cakap limited. Sebab ikut tangga gaji.

Bagaimana kerajaan akan pastikan sistem neh dapat dijayakan dengan effisen? Akan gunakan kad khas. Kad khas ini semua orang yang berkelayakkan untuk dapatkan subsidi boleh mohon. Ataupun jika tak gunakan kad khas, kerajaan akan gunakan MYKAD. Namun MYKAD ini ada masalah sikit. Cip dorang cepat rosak. Hancur. Karang sesak pula station minyak jika gunakan MYKAD untuk imbas data. Aku rasa kad khas yang berkualiti macam kad kredit sesuai digunakan. Memang mahal sikit tapi tak la teruk macam MYKAD kan. Cuma macam biasalah. Korang boleh expect akan ada pihak2 yang amek kesempatan markup harga kaw2 dan dapatkan projek hasil penjimatan 9.8billion bila sistem subsidi neh diperkenalkan. Itu tak masuk lagi pihak yang akan diamanahkan untuk cipta perisian perkomputeran bagi menyokong sistem neh kelak.

Hehe.

Plan cadangan ;

1. Gaji rm5,000 ke bawah dengan kenderaan berCC 2000 ke bawah layak terima subsidi penuh.

2. Gaji rm5,001 - rm10,000 dengan kenderaan berCC 2000 ke bawah layak menerima subsidi minyak sehingga 300 liter.

3. Gaji rm10,000 ke atas tak layak terima subsidi langsung.

4. Semua kenderaan berCC bawah dari 2,000 akan dapat subsidi.

5. Semua warga asing takan dapat menerima subsidi.

6. Semua kenderaan asing (yang didaftarkan dari luar negara) takan dapat menerima subsidi.

Aku rasa sistem neh bermasalah sebab ikut tangga gaji secara randomly. Satu lagi, ikut cc kenderaan. Kadang2 beli lama dah. Masa tue gaji boleh cover. Sekarang cukup makan. Masa tue bujang. Sekarang anak 5. Status dah berubah so macam2 pendekatan perlu diambilkira.

Aku rasa, yang bawah gaji RM10,000 patut terima subsidi penuh. Suka tak suka ada diantara mereka membayar cukai pendapatan selain dari cukai am. Mereka menyumbang juga jadi kenapa pula mereka tak patut dapat balik dalam bentuk subsidi. Gaji rm10,000 kalau anak 8 nak bayar rumah, kereta, keperluan anak2, kos sara hidup pun belum tentu cukup walaupun nampak aje pakai kenderaan besar disebabkan ahli keluarganya ramai tadinya tue. Yang tue dah jadi keperluan untuk beli kenderaan besar bukan untuk bermewah2an. Lagi satu, orang2 yang berbadan besar pun dah jadi satu keperluan untuk beli kenderaan besar memandangkan kenderaan kecik tak sesuai dengan size badan. Bagaimana pula dengan OKU. Yang neh pun perlu diberikan penekanan. Bagaimana pula dengan mereka2 yang memiliki anak2 OKU. Dan juga adakah tangga gaji dikira sebagai tangga gaji berkeluarga ataupun perseorangan? Kalau perseorangan okay juga la bila kerajaan sebut bawah 5k. Pasal memang ramai orang Malaysia gaji bawah RM5K. Tapi kalau keluarga tak boleh. Ada juga pasangan suami isteri gaji campur dekat rm7k sebulan tapi anak2 ramai wo. RM7K hidup di KL mana boleh. Rumah, kereta, kos sara hidup, bayar pinjaman lagi. Belanja sekolah lain. Nak simpan untuk masa depan lagi. Pecah kepala fikir wo. So harap2 kerajaan boleh buka cadangan kepada orang ramai dan dari situ try fikirkan cara terbaik untuk laksanakan sistem subsidi bersasaran. Secara jujurnya aku setuju namun perlu fikirkan kaedah yang terbaik untuk pastikan semua rakyat Malaysia dilayan secara adilnya tanpa ada sesiapapun rasa teraniaya okay.

Bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...