Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Jun 2014

Motor, Pulanglah Ke Pangkuan Ku..


1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang motor Honda ku yang kini entah terlingkup di mana. Sedang aku tidak mampu untuk pergi mencarinya. Hanya sekadar mampu membuat laporan polis dan berdoa. Entah kan polis mahu mencari motor ku itu entahkan tidak (buruk sangka kat polis dengan sengaja).  Aku tidak tahu dan ia membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.

2. Motor Hondaku bagai bestfriendku sendiri biarpun ia tak boleh bercakap dan bergelak tawa ketika aku mengumpat UMNO. Aku menunggang motor Hondaku untuk kemana2 dan ia adalah satu2nya kenderaan yang paling aku sayang sejak aku memilikinya, kenderaan yang memudahkan aku bergerak sebab infrasktuktur yang disediakan oleh kerajaan kat sini macam HARAM. Aku juga sempat jatuh tergolek accident, langgar longkang, langgar pak haji yang pernah potpet2 marahkan aku sebab bawa motor macam pelesit, bahkan pernah juga aku ditegur berkali2 oleh orang ramai hoi ko neh gila ke bawa laju2 satgi langgar orang macam mana dah la rabun tak sedar diri dan sebagainya sewaktu aku belum lagi kehilangan motor Honda kesayanganku. Pengorbanan dan kasih sayang aku terhadap motor itu pernah menyebabkan aku meninggalkan motor itu kat mana2 beberapa kali tanpa berkunci kerana menyangka takanla ada orang nak curi motor yang aku malas nak basuh neh? Agak2 la kan.

3. Kini motor Honda kesayangan ku telah hilang dicuri di depan rumah pada waktu sebelum subuh. Terkejut, marah, sedih, sakit ahti, sambil syak beberapa orang dengan slumbernya walaupun takde bukti. Kehilangan itu membuatkan aku menangis untuk beberapa hari tapi nagis dalam ahti sambil terfikir2 gila ah nak bergerak macam mana.. tension2.. dan sempat juga la makan dengan kenyang, tidur lena dan mandi confirm basah lencun punya.. bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran kehilangan motor aku ronda2 ke kedai motor. Aku selidik harga motor dan sekurang-kurangnya aku perlukan  RM4500 untuk beli motor secara cash. Alamak aii.. tak cukup duit nak beli cash la pula. Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada kawan2 yang tak pernah bertungkus lumus memungut dana dari sesiapa bagi membelikan aku motor baru. Tapi jauh disudut hati ini, kalau dapat pun bagus juga. Boleh la aku amek kesempatan di atas kesusahan orang lain. Hehe.

4. Aku terus mendoakan agar motor Hondaku sihat2 sahaja dan segera pulang (jangan putus harapan). Sungguh aku merinduimu motor Honda ku. Entah mengapa? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga orang di rumah neh kehairanan, untuk apa ko menangis di depan laptop neh? Ko dah gila ke? Buang tabiat nak mampos? Ya Allah agak2 nak mati pergi la bertaubat Ameno oi. Asyik kutuk UMNO je. Pahala tak dapat, kumpul dosa aje. Ingat2 la mati sama.. alamak aii kena bebel la pula.. Ya Allah... sambung nagis balik lepas kena bebel.. Bilakah motor Honda ku akan pulang? Cepatlah balik... Jangan lama-lama di sana, aku merinduimu.

5. Secara zahirnya, aku tidaklah jaga motor Honda ku dengan cermat dan betul sebagaimana orang lain menjaganya. Bukan aku tidak mahu menjaganya dengan cermat cuma aku malas. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku memang pemalas nak mampos. Dah hilang baru nak menyesal apa semua. Memang tak berguna juga perangai aku neh kan. Dan aku juga sangat cemburu bila melihat orang lain dapat merempit dengan motor2 dorang sedangkan aku tak punya motor lagi. Aku tidak mahu hidup kosong tanpa memiliki motor. Aku tak banyak berfikir tentang permasalahan motor ku yang hilang itu. Aku cuma berharap agar dimurahkan rezeki untuk membeli motor semula.. agar dapat aku merempit macam dulu2 lagi cuma kali neh aku janji aku akan menjaganya dengan cermat. Belajar dari kesilapan lampau..


Ya Allah ! Kalau boleh, aku berharap motor kesayangan ku dijumpai semula. Aku sedang menanti penuh kerinduan! Tapi kalau tak dapat.. maka


Selamat tinggal motor kesayangan ku..

Dapat yang baru pasti ku lupakan yang lama.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...