Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2020

VIP Terima Bantuan? Kelulusan BPN Secara Automatik Kata Menteri Undang-Undang.

POLITIK | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menjawab kekeliruan orang ramai berhubung beberapa VIP dan Ahli Parlimen yang menerima bantuan BPN apabila semakan dibuat oleh orang ramai.


Menurut Datuk Takiyuddin Hassan, kelulusan BPN adalah secara automatik ini kerana ia berdasarkan kepada data taksiran pendapatan individu tersebut pada 2018 yang berada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


Datuk Takiyudin turut menjelaskan beberapa Ahli Parlimen yang diluluskan telah bertindak memulangkan semula wang tersebut kepada LHDN.


Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Takiyuddin Hassan;

"Kenyataan media daripada Kementerian Kewangan Malaysia ini menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila banyak nama Anggota Parlimen dan orang kenamaan yang dikatakan turut menjadi antara penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ia timbul apabila kelulusan tersebut dibuat secara automatik. Kelulusan penerima BPN adalah berdasarkan kepada data taksiran pendapatan individu tersebut pada 2018 dalam rekod LHDNM.

Bagaimanapun beberapa Anggota Parlimen yang tersenarai telah memulangkan wang BPN yang diterima kepada LHDNM.

Dengan penjelasan ini, diharap kekeliruan yang menjadi buah mulut sejak beberapa hari lalu bertemu jalan penyelesaian.

Dalam suasana hari ini, Kerajaan serta semua pihak terlibat sedang mengambil langkah yang difikirkan paling sesuai untuk semua rakyat berbagai peringkat.

Ia sememangnya belum mencapai tahap kesempurnaan yang diingini, tetapi ia semestinya antara usaha yang terbaik,"
katanya dalam kenyataan itu.


Hal ini bagaimanapun mengundang sentimen di sosial media apabila beberapa pengguna mempersoalkan kenapa orang awam perlu membuat pendaftaran semasa memohon BPN jika ianya automatik apatah lagi tangga gaji Ahli Parlimen juga melebihi dari RM8,000. Ia melepasi kelayakan asas permohonan BPN. 


Terdahulu, LHDN dalam satu kenyataan menjelaskan, semakan awal mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

“Sekiranya mana-mana ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN tersebut, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut iaitu mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad dan lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan).

“Surat itu boleh dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 Putrajaya,”
kata kenyataan itu pada 8 April.


Sebagai rekod, pendapatan Ahli Parlimen paling rendah ialah RM16,000 sebulan dan untuk melayakkan seseorang lulus dalam permohonan BPN mestilah mempunyai pendapatan kurang dari RM8,000 ke bawah. - 9 April 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...