Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2020

Menteri Tiktok - Apa Yang Kita Tahu Setakat.

SOSMED | Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad telah dikecam kerana mengajak orang ramai bermain tiktok apabila menganjurkan pertandingan menari dengan lagu rap yang dipetik dari kenyataan Perdana Menteri.


Ini adalah kronologi kejadian insiden tersebut;

1. Pada 8 April, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini telah menyebarkan poster pertandingan Tiktok yang dianjurkan pada 8 hingga 14 April 2020.

2. Kemudiannya, Datuk Dr. Noraini turut menyebarkan video kempen mengenai pertandingan tersebut.

3. Warganet kemudiannya mengecam Menteri KPT di Twitter kerana tidak sensitif.

4. Pada awalnya, mereka mempertikaikan tindakan Menteri. Kenapa nak ajak buat benda sia-sia sedangkan pada hari itu umat Islam sedang meraikan malam Nifsu Syaaban.

5. Keesokkan harinya, Datuk Noraini dikecam lebih hebat lagi.

6. Warganet mempertikaikan kenapa seorang menteri mengajak orang ramai berjoget dan tergedik-gedik menggunakan aplikasi Tiktok sedangkan ia jelas mendatangkan kemudaratan yang besar.

Hukum bermain Tiktok pernah dibincangkan di Malaysia suatu ketika dahulu. 

Rujuk sini : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4380-irsyad-al-fatwa-siri-ke-472-hukum-bermain-tiktok

7. Warganet kemudiannya mempersoalkan pula, aksi lelaki dan wanita yang tidak bertudung, berjoget dan tergedik-gedik, duduk rapat-rapat, adakah ini video yang sepatutnya umat Islam seperti Datuk Noraini tonjolkan? Kebanyakan penyokong UMNO amat marah kerana beranggapan ini telah melanggari batas agama dan mencemarkan perjuangan mereka. Mereka juga persoalkan video kempen pertandingan dari menteri yang dilihat terang-terangan melanggar penjarakan sosial. Selain itu, ada dakwaan dari netizens yang mengatakan influencer yang terlibat dalam rakaman video itu pernah mengelar ibu sendiri sebagai toksik. (dakwaan ini perlu disahkan).

8. Situasi sedikit berbeza bagi sesetengah penyokong PAS yang dilihat agak membela tindakan Datuk Noraini di sosial media.

9. Netizens kemudiannya mendapati poster pertandingan dan video tersebut telah hilang dari radar akaun media sosial Datuk Noraini tanpa sebarang penjelasan.


 

10. Ini membuatkan ramai diantaranya tertanya-tanya, adakah pertandingan masih diteruskan, atau dibatalkan atau Datuk Noraini ingin menukar format pertandingan.

11. Sementara itu, salah seorang influencer yang terlibat dalam video kempen pertandingan Tiktok telah bertindak uturn dengan membuat kritikan di Twitternya.


12. Bagi anak muda yang menyokong PH pula, mereka telah bertindak membandingkan tindakan Maszlee Malik dengan Datuk Noraini. Bagi mereka tindakan menulis certot (cerpen pendek) dan menghebahkan pautan belajar online adalah sejuta kali lebih bermanfaat daripada mendorong bermain Tiktok.

13. Bagi kumpulan mahasiswa, rata-rata dari mereka mengkritik tindakan Datuk Noraini kerana tidak sensitif dengan kesan buruk Tiktok. Mereka juga mengkritik Datuk Noraini kerana menganjurkan pertandingan yang tidak setara dengan jawatan yang dipegangnya. Datuk Noraini sepatutnya menganjurkan pertandingan ilmiah dan lebih bermanfaat dan bukannya mengajak anak muda berjoget kata mereka. 

14. Ia mungkin dibuat untuk membodek Perdana Menteri, kata sesetengah netizens.

15. Berdasarkan semakan, terdapat kajian yang mengatakan aplikasi Tiktok selalu digunakan oleh kanak-kanak dan remaja, dan sesetengah orang menyalahgunakan ia untuk tujuan pornografi. Pedofil juga menggunakan Tiktok untuk mencari mangsa, 'bahan dan modal' bagi kegiatan mereka.

Baca : 
https://says.com/my/news/pedophiles-are-using-tiktok-to-hunt-for-victims-here-s-how

https://konfirmasitimes.com/2020/02/03/pakar-australia-tik-tok-dibanjiri-pedofil/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...