Oleh kerana si jambu neh guna nama samaran dan tidak menggunakan facebook, twitter atau apa2 yang membolehkan aku hubungi dia secara direct maka aku terpaksa gunakan medium blog untuk berinteraksi dengan dia. Asalnya aku nak balas terus kat komen dia tapi aku fikir ada kemungkinan dia takan alert dengan komen tersebut maka adalah lebih baik aku buka satu entry khas untuk dia.
Ko yang bernama JAMBU tue. Ko menulis begini ;
yup....kt kl ni dri zman pnulis blog ni kencg berak dlm lampin lg da de
parti2 cmni....so,klu pnls blog ni handl sgt,AKU CABAR KAU PG PANJT
ATAS,FOLLOW THE RULES AND CLOSE ALL THE NONSENSE SHOP...INI NEGARA
DEMOKRASI...GO GET THEM LA...XPYH LA JD PENGECUT MCM BABI..BRANI CKP
JE...WHERES YOUR ACTION???ONLY THIS U CAN DO????SUCK...SO COWARD
Aku mengalami detik2 yang sukar. Aku tidak tahu berapa ramai orang MELAYU di malaysia tidak faham bahasa melayu. Kadang2 aku nak je cari jalan untuk letak warning kepada sesiapa yang ingin masuk ke blog neh. Aku nak cakap JIKA ANDA TIDAK MEMAHAMI BAHASA YANG DIGUNAKAN SILA JANGAN BACA BLOG INI.
Sungguh. Seriyus. Aku benar2 ingin lakukan hal tersebut. Oleh kerana ramai yang tidak faham bahasa melayu ataupun gagal memahami bahasa melayu maka aku seringkali dimaki hamun. Aku dimaki dan dihamun apabila mereka gagal memahami bahasa melayu walaupun aku percaya aku dah tulis menggunakan ayat yang betul bagi menyampaikan satu2 maksud.
Begini wahai ko yang bernama jambu tue. Mengenai posting bogel2 di melaka, aku tidak menyalahkan kerajaan negeri. Aku percaya aku dah tulis dengan jelas dalam dua entry. Pertama bila ia babitkan penang. Kedua bila ia babitkan melaka. Pendirian aku masih kekal serupa. Event2 neh event swasta. Ia bukan sesuatu yang kerajaan negeri boleh kawal jika tiada aduan atau laporan dibuat.
Ayat yang boleh membuktikan aku mengeluarkan pendapat sedemikian boleh ditemui di dalam perenggan neh ;
Aku tak berganjak dari keputusan asal
aku. Ia bukan salah kerajaan negeri kalau event2 macam neh di anjurkan
pihak swasta. Sesuatu macam neh sebenarnya sukar dikawal kalau info dan
maklumat tak sampai kepada penguatkuasa. Itu, bagi aku.