Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Mei 2012

Konspirasi penipuan UMNO dalam VIDEO NIZAR terbongkar.

Terima kasih mata. Tapi sebelum tue aku terpaksa cakap aku memang terpedaya habis dengan video neh. Ini kerana ;

1. Tengok sekali imbas.

2. Tengok nak cepat2 sampai forward2

3. Boring ketika tengok, cuma spot babak2 penting yang melibatkan nizar.

4. Rasa mengantuk ketika tengok membuatkan aku tak berapa tengok video neh GUNA MATA AKU sampai habis. Apa yang aku buat ialah aku tengok kejap2 then aku buka windows lain walaupun TELINGA aku dengar ISI video tersebut sampai habis.

Aku terpaksa cakap kali neh. Lainkali kalau nak tengok video yang dijaja oleh UMNO, korang kena tengok GUNA MATA dan TELINGA supaya kita boleh SPOT tang mana MEREKA MENIPU. Jangan ikut perangai aku. Jelas itu satu kebodohan diri sendiri. Demm. 

Aku tak sepatutnya rasa mengantuk mendengar ceramah2 umno. Kesilapan diri sendiri insya-Allah akan diperbaiki. Tapi tue lah setiap kali aku dengar ceramah2 umno memang automatic aku rasa boring nak mampos der. Tapi takpe, aku akan ubah lain kali. Nizar, sorry der. I tak tersengaja menyalahkan U. Ekekek.. mampos den.

Sekarang mari kita beralih semula ke atas tajuk entry di atas. Kita citer dari mula. Mula2 korang tengok video kat bawah neh terlebih dahulu. Video yang buat aku mengantuk neh. 


Sekarang tengok sampai habis. Jangan nak mengantuk2 sangat larh der macam aku semalam. Ekekeke... Dah ke? Okey benda penting yang perlu kita fahami dalam video di atas neh ;

1. Video neh sebenarnya telah dimanipulasi. Bukanlah tidak wujud seme adegan2 di atas. Wujud cuma mereka telah masukkan sesuatu dalam video di atas dan membuang sesuatu. Maksudnya ia telah diedit dengan urutan yang tidak betul.

2. Video neh sebenarnya telah ditukar suara nya. Ketika nizar nak balik, penceramah tue sebenarnya tengah sembang isu lain. Bukan isu nizar jamaluddin pun. Dan ini juga keypoint kita. Bukan kita nak kata penceramah umno berhenti berceramah terus pun. Cuma kita diberitahu bahawa depa tukar topic.  So lain2 bab takde kaitan pun. Kalau ikut twitter nizar dia cuma sembang bab tukar topic so stick to the point sudah.

3. Video asal penceramah tengah sembang bab lain. Lihat bawah neh ;

 

Tang mana UMNO edit?

1. Tang isi ceramah. Time tue penceramah umno sembang pasal lain. Tapi depa tukar / tambahkan suara latar yang lain.

2. Rakaman. Bermula dari minit ke 4 dan ke atas. Rakaman tue sebenarnya di awal ketika nizar mula2 mai. Bukan semasa nizar nak balik. Tapi depa edit sikit2 lepas tue depa masukkan suara latar ==> saya berani kata depan2. Memang betul dia ada cakap macam tue tapi dia cakap macam tue pasal isu debat. Bukan ada kaitan dengan ancak ataupun topic yang dia sedang kutuk2 nizar tue.

Yang sebenarnya nizar disuruh balik oleh pemimpin umno sendiri sebab nak mengelakkan kejadian yang tidak diingini. So nizar pun akur. Bukan dihalau juga sebagaimana yang disangka oleh penyokong2 umno.

Memang betul penceramah umno ada kutuk pas depan2 nizar tapi tue bukan isu langsung sebab yang menjadi isu ialah bab depa tukar topic kepada topic dsai dan lina joy. Itu jek pun yang nizar persoalkan dan sebarkan dalam twitter pun. Bab lain dia tak usik dan sentuh pun. Sepatutnya depa sembang pasal nizar kan? Kenapa tukar topic ? Sebab tuan punya badan ada kat depan2 kan ?

Lagipun nizar datang situ bukan nak berdebat. Kang kalau dia berdebat korang meroyan lak tuduh2 dia kacau ceramah orang lain. Bab video neh pula aku nak nasihat sket la kat penyokong2 umno. Korang tengoklah kejahatan bloggers umno macam mana? Dorang sanggup ubahsuai video demi nak menang. 

Dulu aku tak pernah faham kenapa orang2 pr neh suka sangat cakap neh video edit. Confirm edit. Mesti edit punyalah. Tengok pun belum, dan2 cakap edit. Tapi rasanya aku dah tahu sebabnya. Ini seme salah bloggers umno sendiri. Korang memang pakar edit2 video apa seme. Salah satu bukti ialah video di atas neh.

Korang edit suara dalam video tersebut. Korang memasukkan suara yang salah walaupun rakaman tue betul. Sudahnya korang yang akan rugi sebab mencemarkan kredibliti diri sendiri. 

Lepas tue nak ejek2 penyokong2 pr takley terima kebenaran larh, taksub apa seme tapi lue sendiri yang edit apa seme sehingga menghakis kepercayaan orang lain lue tak fikir pula? Masa tue lue tak kaji pula diri lue yang suka menyebarkan penipuan sehingga orang dah serik nak percayakan lue?

Jangan salahkan orang lain kenapa orang tolak perjuangan umno salahkan jek diri sendiri yang suka sangat berbohong. Orang kalau dah kena bohong berkali2 pun reti gak nak serik der. Kaki kencing betul larh depa neh. Merata pula tue. Sie. 

Ameno : Umno kakiedit.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...