Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan. Papar semua catatan

Isnin, 5 Ogos 2013

Karpal Mahu Saman Mazlan, Utusan, NSTP Dan TV3.

Karpal berang. Dia akan menyaman pihak2 yang dinamakan sedang menfitnah dia melalui kenyataan Mazlan yang dia sifatkan tiada berasas dan satu tuduhan yang berniat jahat.
“We vehemently deny the allegations as they are ridiculous, frivolous and made recklessly.
“I challenge Mazlan to produce the bank accounts and cheque numbers, as well as to reveal the identity of the person who has made the allegations,” said Karpal after lodging a police report with Anwar at the Tropicana police station today.
Mazlan had alleged that he had received more than 6,000 letters sent to his house containing allegations involving Anwar and Karpal.
Saying that he did not know the identity of the sender(s), Mazlan said each letter was eight pages long and contained allegations as well as copies of savings account numbers of various banks and amounts belonging to Anwar.
“I believe the individual wants me to be the go-between to expose Anwar’s dealings with Karpal. The person wants to expose that Anwar had paid more than RM50 million via cheques to Karpal since 2008.
“The person had claimed that besides settling legal fees, the amount was also to allegedly bribe judges and prosecutors,” said Mazlan.
Karpal said Mazlan should have gone to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the police to lodge reports rather than make his allegations public.
Defamation suit
He added that after collecting sufficient evidence they will be filing a defamation suit as soon as possible against Mazlan, as well as TV3, Utusan Malaysia and the New Straits Times (NST).
“We will file a defamation suit against TV3, Utusan, NST and Mazlan himself as he was the author of that has transpired.
“The allegations made are so serious in nature that we will not sit back,” said Karpal.
Sebelum neh Mazlan beria2 cakap takmo masuk campur dalam media padahal dia yang beria2 dedahkan semua perkara tersebut kepada pihak media.

Sekarang tak pasal2 tv3, Utusan dan NSTP terheret sekali.

Aduhai. 

Taknak masuk campur?

Sapa yang buat kenyataan depan press?
Sapa yang keluar masuk tv?
Sapa yang cabar Anwar dan Karpal saman?
Sapa yang desak minta beri penjelasan?
Sapa yang suruh PDRM menyiasat?

Adakah setelah melakukan semua perkara di atas, kita di anggap tidak mahu masuk campur? Ini kelakar beb. Kelakar.

Rujuk sini dan sini.

Anwar dan Karpal dah jawab. Bahkan dah buat laporan polis serta penafian. Sekarang neh terserah kepada PDRM untuk siasat dengan telus. Kalau boleh jangan biarkan kes tergantung seperti kes sebelum2 neh.

Kes tergantung sebenarnya memberikan peluang untuk mencipta persepsi negatif ke atas DSAI dan Karpal. Apa yang susah sangat nak siasat sampai kes ditutup?

Ini siasat sikit, buat kenyataan. Then diam. Then hasil takde. Then orang2 sana jadikan modal nak kutuk. Bila kita kata eh polis kan tengah siasat. Lepas tue depa cakap memang la tengah siasat tapi disebabkan ada buktila kes tak tutup2 lagi. Tengah kumpul bukti.

Baik punya spin.

Jangan naya orang macam neh. Takde bukti buat cara takde bukti. Ada bukti, tunjuk dan dakwa sudah. Tak payah gunakan media untuk tarnish reputasi pihak tertentu disebabkan perbezaan dalam idelogi politik. Tindakan2 seperti inila yang sebenarnya memecahbelahkan keharmonian masyarakat disebabkan bukan semua pihak mampu menerima dan menanggani ia dengan matang dan bijaksana.

Baling cat la.
Lempar batu la.
Buang telur la.
Maki hamun la.
Buat sepanduk merepek la.
Sekat jalan la.
Halang berceramah la.

Ini semua tindakan2 yang tercetus apabila diri kita gagal menilai sesuatu perbezaan itu dengan matang dan berhemah sebaliknya memilih emosi untuk zahirkan perbezaan.

Inila yang mendorong kepada perpecahan dan suasana yang tidak kondusif kepada politik matang di negara ini.

Sudah2la tu.

Kita nak hidup bukan kat dunia je. Akhirat pun sama.

Bawa2 la fikir sama bulan2 ramadhan neh. Sudah2lah tu.

Ahad, 19 Mei 2013

Veteran UMNO Anjur Boikot Air Asia.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah kah

Kelakar nak mampos.

Aku tak halang sesiapa nak boikot sesiapa. Aku open minded. Duit lue hak lue. Aku takmo campur. Cuma aku nak ulas sikit. Ko boikot Air Asia neh ko tak fikir ke tindakan tue hanya mencetuskan fenomena yang ko bakal ditertawakan?

Air Asia dan PM kemain lagi jalin kerjasama dalam sektor korporat beb. Sejauh mana la sangat rancangan boikot ko akan berkesan? Tue tak masuk lagi bab ketahanan. Banyak ke duit ko nak layan MAS?

Hehe

Sekurang2nya statement CEO Air Asia rasional.

Saya anti perkauman. Saya menolak statement utusan. Utusan tak mewakili semua orang melayu. Pembaca utusan merosot. Utusan tak relevant untuk iklan Air Asia.

Tak betul ke kenyataan di atas neh?
Salah? Berdosa? Sesat atau syiah? Murtad? Yahudi? Atau.. errr GAY?

So pembaca utusan meningkat sebab tu paper tak habis tiap2 hari? Tue yang sampai bagi2 percuma tue?

Utusan mewakili semua melayu yang wujud di malaysia ka?

Anti perkauman merupakan satu perbuatan yang tak betul ka?

Kalau dah jumlah pembaca utusan merosot takan as peniaga tak boleh beralih ke media yang lebih diterima masyarakat untuk dapatkan millage promosi dan gain profit?

At least orang anjur boikot utusan sebab kaki fitnah. Juara menulis drama politik yang penuh dengan dusta. Kesedaran masyarakat menolak benda2 keji dalam kehidupan.

Yang ko anjur boikot Air Asia sebab sentap dan emosi. Tak boleh terima hakikat yang bukan seme melayu pro racist dan umno. Tak kurang melayu pun kalau kita tak bersikap racist.

So kat sini boleh nampak beza orang yang buat kenyataan selepas berfikir masak2 dengan beza orang buat kenyataan membuta tuli. Beza memang berbeza.

Lue fikirlah sendiri.

Kah kah kah

Isnin, 1 April 2013

Utusan Akan Disaman Oleh Pemimpin PAS.

Kena saman lagi.

Adoi.





 11h
Saya dikatakan hina Nabi SAW. Utusan telah salah tafsir tweet saya. Saya menafikan bahawa saya hina Nabi SAW. Saman akan difailkan.

Sumber : Twitter..  

Episode pertama kat sini.

Nak marah dia sebab dia dok heret2 nama Nabi saw tu marah le. Ini nak marah sambil selit2 fitnah pun tak betul juga. Lain yang dia sebut... lain yang korang tafsir ..

Patutnya sebar sebijik2 macam yang dia cuba gambarkan.

Tak sanggup nak perlekehkan parti sendiri? Dah tu rela memilih untuk memperlekehkan Nabi saw? Itula pasal. Tafsiran ke laut. Sekali baca pun aku dah boleh nampak UMNO yang dikeji kat situ.. bukan nya NABI SAW.. adoiiyaii.. nak tuduh tak agak2. Macam la orang tak boleh nak cari bukti.

Sekarang bakal disaman.. tunggu je la. Rasanya UTUSAN, MAHKAMAH dan SAMAN.. dah macam adik beradik dah.. makin lama makin rapat nampaknya..

KAH KAH KAH  

Selasa, 20 November 2012

Hishamudin: Tindak tanduk Pas cemar imej Islam [18SX]

Pftttttttt

Gila babi punya kelakar. Statement tak cermin diri yang aku tak boleh blah tue. Jap ek. Aku paste dulu apa dia cakap.

Isu Pas mendoakan kemusnahan dan memurtadkan Umno semasa muktamar tahunannya baru-baru ini akan menjadi satu daripada perkara yang dibincangkan dalam usul agama Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan.
   
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan parti itu mencemar imej Islam.
   
Tindakan seperti mendoakan kemusnahan atau memurtadkan Umno, merupakan kaedah politik kebencian yang sudah lama menular dalam parti pembangkang itu.  Beliau berharap anggota perwakilan yang akan berbahas pada Perhimpunan Agung Umno nanti tidak meletakkan diri mereka sama taraf dengan jurucakap Pas yang tidak tanduk mereka hanya menjejaskan kredibiliti parti. -SH-
  
Hishamuddin dan umno jangan nak temberang. Korang dok tuduh2 pas macam2 selama neh apa.. padahal perangai dan kelakuan korang lebih teruk dari parti yang korang kutukkan tue. Bagi aku dalam PAS memang ada je benda yang aku tak sehaluan bahkan aku rasa kadang2 ia terlalu keterlaluan tetapi dibanding dengan umno sorry to say la.. baik pas lagi dari umno.

Contoh tuduhan ialah pas parti sesat. Pas syiah dan khawarij. Lepas tue cakap tuan guru dalam pas terkeluar dari landasan islam.. kena bertaubat dan kufur nikmat. Setakat tuduhan sesat menyesatkan ahli2 pas dan pemimpin2 pas oleh umno sejak zaman mahathir dulu adalah perkara biasa2 jek bagi korang. 

Lepas tue tiba2 hari neh ko nak cakap pasal soal moral [tulisan merah]? Pasal mencemar imej islam? Tolong la. Mungkin ada orang dalam umno yang layak cakap pasal neh tapi yang pasti orang tue bukan ko. 

Bercakap pasal mencemar imej islam? Aku taknak main gambar2 peribadi keluarga ko. Tapi aku bagi ko satu gambar yang mana pihak ko, kementerian ko ada kuasa bahkan lebih dari itu untuk menghalang penyebaran majalah kat bawah neh. Owh lupa.. takan nak halang bila tangan kanan mencetak dan tangan kiri menerima duit ye tak? Umno, utusan dan mangga bukan orang lain. Adik beradik satu mak bapak jek pun.

Kita sama kita tahu siapa sebenarnya yang mencemar imej islam. PAS tak maksum. Aku percaya, kita seme boleh kritik PAS cuma mungkin ada segilintir yang hardcore jenis tak open minded je akan melatah tak tentu hala. Tetapi itupun kita kena la kritik dengan benda yang PAS benar2 buat terlebih dahulu. Bukan kritik orang atas isu fitnah dan rekaan semata2. Puiiiii

Isnin, 3 September 2012

PDRM tubuh pasukan khas untuk buru "punggung orang".


Sengal.

Dasar pemalas.

Macam neh pun nak tubuhkan pasukan khas? Dah sengkek sangat ke penyiasat2 dalam PDRM tue? Kot dah sengkek meh aku tolong. Bagi cepat selesaikan kes. Kalau tidak meleret2 larh keluar masuk berita untuk tanam persepsi.

Budak yang memberak kat muka najib tue seorang student. Dia dah terminated dah account facebook dia. Dia guna nama account alice sakai. Dia tak suka najib dan rosmah. Walaupun perbuatan memberak itu tidak manis dilakukan ditambah2kan lagi membuka seluar tetapi takpayah lah nak masukkan dia ke dalam penjara.

Habis2 kuat pun buat lah sesi kaunseling. Ajar dia elok2. Suruh dia melihat icon politik yang betul. Jangan ingat apa yang geng2 sebelah sana buat seperti ;

1. Tunjuk bontot

2. Kencing atas poster tuk guru

3. Koyak harakah ramai2

4. Pijak gambar pemimpin pembangkang

5. Menteri tunjuk fuck

6. Perdana menteri cakap orang haram jadah

Pihak sebelah sini pun boleh buat. Disebabkan dia tersalah pandang icon maka dia pun tersalah ketika bertindak. Takde hal. Takde yang maksum. Polis tak tangkap pun mereka2 yang melakukan perkara yang lebih dasat dari dia so takde sebab polis patut diizinkan tangkap budak neh.

Perbuatan ammar neh aku tak sokong tetapi tidak bererti polis berhak tangkap dia. Hehehe. Jelas tak pendirian aku. Oleh kerana polis tak tangkap mereka2 di atas maka bersikap la adil. Jangan juga tangkap budak ammar neh.

Bercakap pasal seorang peserta bersih lelaki dan perempuan yang pijak gambar najib tue. Alahai.. lemah gemalai jek aku tengok apa yang dorang buat. Tapak kaki aku neh hah dah nak tercabut. Ketawa tak henti2. Dah takde kerja sangat ke apa PDRM? Bersepah penjenayah kat malaysia neh patut ko tahan dan buru, budak dua ekor tue juga ko cari beria2? 

Pijak gambar piem depan2 memang nampak tak patut tapi ia bukan merupakan satu jenayah. Pijak gambar piem belakang2 apatah lagi. Ini perlu dikawal sebab sesama mereka ada penyokong. Jika hari neh aku pijak gambar pemimpin ko, ko sakit ahti, esok lusa ko pula pijak gambar pemimpin aku dan ia akan mengundang provokasi plus perbalahan sesama kita. So ia meleret ke satu pergaduhan tanpa tujuan sedangkan itu bukan matlamat kita.

Kita bukan nak bertanding siapa paling hebat dalam memijak gambar sesiapa sebaliknya kita cuma nak bertanding polisi siapa, fakta siapa, hujah siapa yang paling betul dan paling dekat dalam memajukan negara dan rakyat sekaligus, tue jek.

Jadi tak payah lah buru mereka juga. Lagipun sebelum2 neh bersepah gambar pemimpin pr kena pijak. Seingat aku tiada sesiapa di antara mereka pernah buru. Jadi apa yang membezakan itu dengan neh? Lim guan eng pemimpin juga. Nik aziz pun pemimpin. Dah kalau yang pijak pemimpin pr tak kena buru pasai pa yang pijak pemimpin bn kena buru? Tak cerdik tu.

Berkenaan isu bendera. Idea. Memberikan idea bukan merupakan satu kesalahan disini. Kenapa nak anggap seme idea = provokasi pula. Macam aku bagi idea elok sangat la lagu negaraku ditukarkan lirik. Buat lirik kemalaysian sebab aku tak nampak kemalaysian dalam lagu tersebut.

Tetapi dalam satu2 idea kita boleh setuju dan boleh tidak setuju. Kalau rasa2 tak setuju nyatakan pendirian dan hujah. Kalau rasa ada yang tak betul kat mana2, betulkan. Oleh kerana kedua2 pihak bertembung yang mana satu cakap A dan satu cakap B maka pihak C macam kita neh perlu diwujudkan. 

Task force untuk siasat kesahihan citer mengenai jalur gemilang dan kaitan nya dengan israel, yahudi dan amerika serta kaitan sang saka malaya dengan kegemilangan melayu dan nusantara perlu diwujudkan. Kita perlu siasat dan sebarkan apa yang kita dapati hasil dari penyiasatan tersebut. 

Betul ke gunakan jalur gemilang mengyahudikan, mengUSAkan dan mengISRAELkan kita dan betul ke tanpa sang saka malaya kita tak hargai pejuang2 tokoh kemerdekaan dan tak cukup nusantara lagi? Betul ke wajib merah putih dan blalabla membuktikan yang kita ada jati diri dan tanpanya kita mampos? Yang tue kita buat pasukan khas baru ada logiknya polis weh.

Isnin, 9 Julai 2012

Apa masalahnya DAP tanding di 90 kerusi parlimen?

Aku tahu ramai orang tatau. So sekarang aku nak bagitau satu rahsia. Sebenarnya aku bakal bertanding di 100 kerusi bakal dan akan memenangi kesemua kerusi2 tersebut. Tak caya korang tunggu dan lihat oke.

kah kah kah


Gini. Dalam akhbar utusan terbitan hari neh ada bagitau bahawa 90 akan bertanding dalam 90 kerusi. Siap letak tanda soal. Which mean dia tak pasti lah benda tue betul ke auta ke apa. Sebab tue dia letak tanda soal dan bukan tanda noktah. Lepas tue yang buat aku rasa sedikit kelakar mengenai artikel tersebut ialah utusan secara tidak langsung telah membayangkan bahawa ;

1. DAP confirm menang ke atas kesemua 90 kerusi parlimen yang dorang bakal tandingi.

2. PR memang confirm akan menang besar dalam pru - 13 seterusnya dap akan berkuasa.

Taktau lah samada utusan memang tak yakin bahawa bn boleh menang besar ataupun memang dia tak faham apa sendiri yang dia tulis tetapi satu benda yang aku pasti ikut cara mana pun dia menulis, bn juga yang kena sindir akhirnya. Itu satu bab. Sekarang kita cakap pasal pecahan parlimen pula. Logik ke dap tanding 90 kerusi?

Kalau tanya pada aku memang logik. Usah kata dap, bahkan pkr dan pas juga logik bertanding lebih dari 90 kerusi parlimen. Tetapi masalah sekarang bukan isu logik tetapi isu fakta. Jika dap bertanding di 90 kerusi parlimen maka ini bermaknanya berlakunya pertidihan calon di satu2 kawasan. Jika bukan pertidihan calon, korang fikir ada penambahan kerusi parlimen ka?

Ini kerana PAS telah menyatakan hasrat bertanding di 80 kerusi dan PKR juga menyatakan akan bertanding lebih kurang di 86 kerusi. Jika dap 90 maka ;

90 dap 
80 pas
86 pkr

= 256 kerusi. Kenapa ada lebihan sebanyak 34 kerusi parlimen? Untuk rekod, pkr telah meletakkan calon di 97 kerusi parlimen pada pru-12 yang lepas. Dap meletakkan 47 calon di kerusi parlimen. 

Dari 47 calon tersebut dap menang 28 kerusi. Dan dari 28 kerusi tersebut tiada satu pun kerusi yang dap menang bergaya melebihi 20% majoriti undi. Tetapi pas ada 6 kerusi menang bergaya melebihi 20% majoriti. 

Pada pru-12, dap bukan berada di kedudukan yang terbaik. Kedudukan terbaik ialah pkr. Dengan hanya 1 kerusi pada pru 2004, mereka dapat 31 kerusi pada pru 2008 sebelum beberapa ekor mangkok ayon melompat. Ini bermaksud PKR telah mengubah senario politik di malaysia, bukan dap dan bukan pula pas. Atau lebih tepat kita cakap Anwar Ibrahim.

Ini fakta yang utusan cuba mislead. Sebenarnya apa yang berlaku dari 2008 hingga ke prk 2011 ialah undi kaum melayu dan india berbelah bagi. Namun undi kaum cina konsisten. Sebab itu dap dilihat menonjol namun bukanlah berada di prestasi yang terbaik. Ia hanya nampak terbaik sebab itu yang umno nak korang nampak.

Apakah korang fikir 

Contoh ;

Kawasan A.

Wakil yang bertanding ; BN, DAP dan PAS.

Agak2 korang nak ke PR buat begini? Sedangkan dap dan pas sekarang dalam side yang sama? Buat apa dorang nak pecahkan undi ?  

Berapakah jumlah kerusi parlimen di malaysia? = 222 kerusi. Namun di dewan sekarang 221. Kerusi dr.lolo kosong selepas arwah meninggalkan kita tak berapa lama dulu. Dan semata2 di semenanjung jek, kita ada 97 kerusi parlimen.


Mengikut pecahan kerusi ikut parti pula ;

Umno paling selesa dengan 78 kerusi. MIC dan MCA berada di kedudukan terburuk mereka. Tetapi ini bukan kedudukan terburuk umno walaupun ini memang kedudukan yang teruk bagi bn. Namun kedudukan ini tidak akan bertahan lama. So memang patut pun korang bimbang wokey?

kah kah kah

Habis bab kedua. Kita cakap pasal bab ketiga. Utusan petik info dari blog suarapakatanrakyat.org . Lihat printscreen kat bawah neh ;


Sebenarnya tak salah dia nak petik info kat mana2 pun. Akhbar dia, dia punya pasal larh. Maklumat sahih ke tak sahih pun dia punya pasal larh juga. Kalau kena saman sendiri tanggung. 

Tapi yang salah ialah menganggap info tersebut direct dari sumber dalaman pr. Ini tak betul. Suarapakatanrakyat tue dah lama kita war2kan blog yang bukan mewakili pakatan pun. Tapi tak sangka ramai gak yang terkena dan percaya info2 dalam tue mewakili pr padahal takde kena mengena langsung. Siap p sebarkan dan kali neh siap masuk paper pula.

Orang2 yang baca utusan, mungkin ada di antara mereka yang memilih owhh takmo percaya arh utusan, utusan suka cakap tipu. Takan suarapakatanrakyat cakap begitu. Itukan blog pr. Then bila mereka check internet ehh sahih la ada blog suarapakatanrakyat. Betul ka pr yang sahkan info tersebut? Betul ke dap akan mendominasi dalam pr sekaligus memperdayakan pkr dan pas?

Cuba fikir apa kesan dan impaknya disitu? Kita yang selalu main internet takdak hal. Sebab dah tahu benda betul. Tapi mereka yang jarang main internet dan hanya check internet utk perkara2 yang perlu jek macam mana? Tidak kah mereka akan terpedaya dan akhirnya menyampaikan isu tersebut dari mulut ke mulut?

Bukan sekali dua aku cakap pergilah pemimpin pr buat satu kenyataan rasmi bagitau suarapakatanrakyat tue takde kaitan dengan pr. Buatlah satu statement rasmi. Orang mahu tahu. Setakat mana blog aku boleh cover? Setakat mana kbsb boleh cover? Kita ada ramai pengguna internet. Insya-Allah apa yang kami tak boleh cover, portal berita macam malaysiakini dan themalaysianinsider boleh cover. Dan akhirnya ramai orang akan alert bahawa suarapakatanrakyat tue bukan blog pr. 

Ini tidak, setiap kali pun ada orang inbox, meenoo betul ke ini pr yang cakap. Blalablana.. then kena explain. Taklah der.. bukan ada kaitan dengan pr pun. Itu buat yang sudi tanya. Sudi amek tahu. Sudi cari kebenaran. Buat yang tak sudi tanya? Yang tak sudi cari kebenaran dan tak sudi amek tahu? Macam mana dengan persepsi dorang?

Sekurang2nya bila aku datang kepada ko, aku terus terang di sini dimanakah garisan yang aku pijak. Berbanding dengan suarapakatanrakyat. Mereka tak terus terang dan mereka memanipulasi. Tak caya? Meh tengok bawah neh sendiri oke ;


Member siap bersumpah tue der. Tak boleh blah betul. Sebenarnya kita nak tulis or rasa apa pun kita punya pasal larh. Cam aku. Ini amenoworld punya pasal larh. Tapi apa yang tak betul kat blog suarapakatanrakyat neh ialah NAMA blog itu sendiri.

Dia pakai nama blog SUARA PAKATAN RAKYAT seolah2 dia adalah SUARA rasmi dari PAKATAN RAKYAT walhal dia bukan ada kaitan dengan media pakatan rakyat pun. Cuba terus terang jek cam amenoworld, cam tpu, cam aduka, cam lain2 blogger. Guna nama sendiri. Nak kutuk ka nak puji ka apa ka at least orang boleh faham oooowhh ini pemikiran blogger SENDIRI bukan ada kaitan dengan pemikiran pemimpin.

Ini ko guna nama suarapakatanrakyat lepas tue ko letak info palsu, siap bersumpah bagai macam ko ada kaitan dengan pr padahal takde langsung. Ini yang membuatkan orang jadi hangin. Papa gomo pun tak bebal cam ko. Dia pun terus terang jek pakai nama dia. Dia neh lebih teruk dari papa gomo. WTF!

Rabu, 27 Jun 2012

HARAKAH kantoi terfitnah.

Sorry.

Aku memang tak boleh blah dengan berita fitnah cam gini.

kah kah kah

Korang tengok bawah ;


Aku mula2 baca berita neh kat harakah. Aku klik sumber. Lepas tue sumber bagi sumber then aku klik sumber lagi. Lepas dah klik sumber aku dapati.. ekekek sumber tersebut ialah sumber yang dah beberapa kali aku suspect cara dia menyampaikan maklumat.

Bila dia dah masuk dalam list suspect aku, aku pun siasat lah benda tersebut. Kalau orang yang bagi info tue jenis aku percaya memang aku cenderung terima je info2 tersebut tapi kalau dia dah masuk dalam list suspect aku, aku mesti siasat dulu sebelum sebarkan maklumat tersebut.

Aku bukan apa, dalam facebook neh sesiapa boleh berlakon menjadi sesiapa saja. Dia boleh cakap dia pro pr, dia boleh cakap dia pro umno samada itu betul atau tidak, tiada sesiapa dapat pastikan melainkan kita dah jumpa dia. Dan kadang2 walaupun dah jumpa dia tetap boleh menipu dan berlakon. Yang neh pun aku pernah terkena.

Bagi aku lebih baiklah kita terus terang jek sikap kita bagaimana. Kalau kita tak suka kita direct jek cakap tak suka. Kenapa kita nak sorok2 dan sembunyikkan untuk jaga ahti dan pihak lain? Benda tue tak perlu. Menjadi hipokrit, berlakon, bodek itu baru bermasalah. Berterus terang bukan masalah. 

Tapi ramai orang maleh nak berterus terang sebab takut itu takut ini walhal kita hidup cuma sekali jek kat dunia neh. Hidup larh dengan all out. Kalau tak nanti sendiri yang menyesal beb. Betul tak?

kah kah kah

Sambung balik isu harakah. Aku memang tahu harakah siarkan berita tersebut dengan petik ia dari blog. Tapi ada baiknya jika harakah siasat dan analisis dulu info2 yang dorang letak di paper dorang sebelum publish. Bukan apa, kadang2 benda neh akan dicetak dalam harakah terbitan jadi tak pasal2 ia jadi fitnah ke atas orang lain.

Kalau harakah online anytime boleh delete post beb. Kalau harakah cetak? Ko nak delete camne? Berapa ramai orang dah terhadap dengan berita fitnah, baca dan mempercayai ia tak pasal2? Ini pasal orang boleh jadi gaduh. Katakan ada sahabat2 yang berasal dari temerloh baca berita tersebut, apa perasan dia ? Apa first impression dia pasal harakah, pas dan pr? Bukankah logik jika dia menganggap harakah = pemfitnah?

Nah, ini sebab dalam dunia kewartawanan kenapa korang kena berhati2 dalam menyampaikan maklumat. Sebab masyarakat kita masih lagi cenderung menganggap bahawa berita = fakta. Sedangkan berita = bukan bermaksud fakta. 

Berita = berita. Ia sekadar berita. Info yang wartawan dapat, wartawan sebarkan. Samada ia fakta atau sebaliknya terserah kepada diri kita sendiri untuk menilai dan memikirkan baik buruk satu2 kandungan bahan berita. 

Ada baiknya jika harakah padam balik posting tersebut. Supaya ramai orang tidak terpengaruh dengan berita tersebut. Aku bukan apa, kita boleh jek taknak sokong umno, bn dan utusan. Tapi jangan gunakan cara yang salah untuk lahirkan perasaan tersebut. Pastikan kita benar2 tidak sokong mereka kerana mereka benar2 terbukti zalim bukan kerana kita buat2 or menjadikan mereka zalim.

Kalau baca berita di utusan pun, terang2 penduduk tue tulis motor boleh lalu di jambatan tersebut. Agak2 korang boleh ke motor lalu di jambatan gantung macam dalam berita harakah tue? Utusan memang lah bukan akhbar yang 100% benar tetapi juga tidak adil nak mengatakan ia adalah akhbar yang 100% fitnah.

Kita kena cakap pasal fakta disini. Kalau cakap guna emosi memang takde apa yang bagusnya dengan utusan tapi bila bercakap pasal fakta, kita punya emosi kena campak ke tepi. Suka tak suka lain citer, apa yang penting kalau nak sampaikan berita, fakta dulu. Bukan emosi dulu. Oke bai. 

Berita harakah ==> klik sini

Berita utusan ==> klik sini

Ameno : Apa yang datang dari blog tak semestinya benar beb.. harakah kena pandai pilih2 isu gak..

Ahad, 20 Mei 2012

Anwar minta gambar bogel dari budak lelaki?

Dsai nak tengok gambar bogel. Gambar tue ialah gambar bogel seorang lelaki.  Korang tahu tak jalan citer dia neh macam mana? Mula2 korang kena baca sini dulu. Aku percaya apa yang disiarkan oleh utusan hari neh mengenai dakwaan terbaru TIBAI terhadap dsai memang berkaitan rapat dengan email tersebut.

Baca lah dakwaan mereka kat bawah neh jap ;



Benda neh mesti masuk tv punya. Samada malam semalam ataupun malam neh. Malam semalam aku tak tengok berita so tatau benda neh dah lepas ke belum. Sebelum ia disebarkan oleh TIBAI, blogger umno terlebih dahulu hebahkan isu neh. Tak pasti samada DSAI ada keluarkan kenyataan penafian ataupun tidak tapi kalau belum elok keluarkan kenyataan penafian bahawa email tersebut bukan email dia.

Dan lagi satu, mungkin korang anggap neh jawapan klise. Tapi percayalah zaman sekarang sesiapa pun boleh hack account kita dan berbuat macam2 ke atasnya. Kalau niat hack untuk kumpul bukti takde masalah tapi kalau niat hack untuk reka fitnah memang bermasalah der.

Secara logiknya aku fikir dsai tidak akan sebodoh itu untuk meminta gambar bogel seorang lelaki suka2 di kala dia sendiri teruk diasak dan diperhatikan 24jam kiri kanan atas bawah. Dan kalau dia teringin larh sangat nak tengok gambar bogel lelaki sekalipun baik dia google jek. 

Mesti ada larh punya. Aku percaya bersepah di google. Laki ada pompuan ada. Paling2 koman pun beli jek majalah mangga milik umno tue. Depa pun ada sediakan perkhidmatan tersebut apa. Betul kan?

kah kah kah

Ameno : Kes sba selesai buat kes baru pula..

Rabu, 16 Mei 2012

Najib, ini ke cara orang Malaysia?



Hai, najib.

Bertemu kita lagi dalam blog aku. Melalui utusan cetak hari neh najib kan ada bagitau yang penyokong2 bersih di UK yang melaung2kan perkataan BERSIH, BERSIH, BERSIH bukan cara orang malaysia. Adakah encik najib cakap begitu sebab orang tue laung BERSIH, BERSIH, BERSIH? Bagaimana pula jika dia laung UMNO, UMNO, UMNO ataupun HIDUP BN ataupun 1 MALAYSIA apakah najib ada pendapat yang lain?

Kita bagi dua contoh jek kat piem najib. Jawab dengan ikhlas taw. Yang kat bawah neh serang2 orang dalam ceramah tue cara orang malaysia ka? Yang serang umno, yang diserang dap. Cuba ulas sikit wahai piem yang konon nya berbudi pekerti neh. Jangan bias please.



Nampak tak betapa kasar dan gangsternya mereka2 neh kacau ceramah orang? At least member2 yang laung2 BERSIH tue takde gunakan bahasa kasar dan rosakkan apa2. Dia cuma laung bersih2 then diam selepas najib suruh dia diam dan berkata mahu berjumpa dia. Tapi akhirnya dia dipimpin keluar oleh bodyguard najib = dihalau cara terhormat. 

Ini ke yang ko cakap nak jumpa? Yang sebenarnya ko cakap nak jumpa tue cuma formaliti jek kan? Ko bukan nak jumpa pun. Depan2 gini pun main wayang. Belakang2 apa lagi. 

Dan video yang paling sensasi sekarang neh. Video 1punggung. Yang neh pun adat orang malaysia gak ke najib? Jangan nafikan kaitan dia dengan ko ek. Dia pakai baju yang ada cop logo 1malaysia lagi tue. 

So, kalau ada maruah jawab. Kalau takde maruah cari plastik sampah. Itu selayaknya untuk orang yang double standard dan penipu macam ko. Apa pun tak boleh larh korang neh. Hapa pun tak boleh!

 

Ameno : Najib, kalau nak meludah tolong jangan sambil mendongak.. boleh tak?

Ahad, 5 Februari 2012

Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh..

Dah tua. Dah uzur. Jangan gila untuk berkuasa. Pemikiran dan pendengaran pun dah tak setajam dulu. Pentadbiran TGNA di kelantan pula di anggap lemah. Kenyataan yang selalu di keluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz juga selalu nya bercelaru dan mengelirukan. Apa haizhh nak jadi dengan tuk guru neh? Sila larh pergi. 

Tolong, tolong, tolong larh wehh....


Dulu beria2 katok mahathir konon nya lama sangat jadi PM. Tapi sekarang tgna sendiri lama sangat dah jadi MB. Apa cerita pula? Teruk sangat ke pemimpin pelapis pas kelantan sehingga tuan guru rasa berat sangat nak berundur ? Dungu ke dorang tue?

Nak marah? Boleh. 

Sila marah awang selamat disini. Di atas tue antara point isi penulisan dia. Aku tak faham apa motif dia menulis artikel tersebut. Samada nak mengesa nik aziz berundur ataupun nak memerli nik aziz yang mempertahankan jawatannya di kelantan. Aku siyes taktau dan tak minat nak amek tahu.


Cuma aku berminat nak mengulas isu yang dia tulis neh. Bagi aku kalau ko nak suruh nik aziz berundur sekalipun sila bagi alasan2 yang boleh diterimapakai. Jangan main tulis sebab nak lepas marah. Kalau macam neh sapa nak respect artikel ko? Benda diterbitkan di paper beb. Bukan blog macam aku. Logiklah kalau tak ikut standard kewartawanan. Tapi korang tue wartawan patut ada etika bukan asal nak tulis boleh main tulis jek. Tah pape.

Saranan mengesa nik aziz berundur bagi aku ia bukan saranan yang teruk. Cuma ia mungkin dilihat teruk sebab tukang saran tue sendiri berotak senget. Kalau yang saran tue ialah orang yang berakhlak elok, insya-Allah seme pihak boleh mengambil pendekatan untuk berhujah secara positif dan matang disini. 

Bagi aku tahap kesihatan, tahap kecerdasan dan ketajaman akal untuk menganalisis adalah ciri2 yang penting untuk jadi pemimpin. Kalau betul seseorang pemimpin itu tidak sihat, lebih baik berundur dan bagi peluang pada orang lain untuk memimpin. Jangan pula kita paksa dia memimpin dan terus memimpin sehingga dia rasa ini satu kewajipan dia untuk tidak mengecewakan orang lain.

Lain orang lain cara pemerintahannya. Kita kena bagi peluang untuk orang lain membuktikan kemampuannya. Bagi aku satu2 pemimpin, apabila memimpin terlalu lama, mereka mungkin dah masuk ke tahap tepu idea. Sebab tue kita kena pilih pemimpin baru yang boleh bawa perubahan. Jika sebelum neh buruk kepada baik, kali neh kita mahukan baik kepada yang lebih baik lagi. 

Bagi aku lebih bagus kalau TGNA boleh tumpukan kepada usaha memperkukuhkan pas. Pengalaman TGNA dalam mentadbir kelantan pula digunakan untuk membimbing orang baru. Yelah, senang sket nak pantau cara orang baru buat kerja selepas berundur kan. Barulah boleh lihat sendiri boleh ke tak boleh ke dia mentadbir. Kalau ada silap salah boleh tegur dan nasihat.

Mungkin juga rakyat kelantan sendiri selesa bersama tuk guru, kita tak tahu disini. Mungkin bukan sebab tuk guru tidak mahu berundur tetapi tuk guru terpaksa untuk tidak berundur pun boleh jadi juga. Apa pun ini urusan rakyat kelantan sendiri untuk decide. Bukan aku dan bukan pula awang selamat neh.  Bai. 

Nota : Sudah terjadi beberapa kali orang salah faham tajuk artikel di blog. Bagi menclearkan sesuatu, aku nak inform bahawa tajuk artikel  ==> Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh.. [merujuk kepada penulisan awang selamat]. Walaupun aku melihat saranan agar Nik Aziz berundur ialah saranan yang positif, supaya dia boleh kukuhkan jentera pas, tetapi aku punya tajuk boleh di anggap begini ==> berundur bukan bererti mengalah tetapi mencipta strategi. 

Ameno : Mahathir di gesa berundur oleh umno sendiri.. bukan nya orang lain.. awang selamat neh meroyan jek.

Jumaat, 27 Januari 2012

Ini ke video seks terbaru yang babitkan dsai tue?

Sapa ada baca malaysiakini tadi? Kalau ada baca mesti ada baca statement terbaru yang dibuat oleh datuk t kan? 

Lihat sini dan rujuk keratan printscreen utusan di bawah neh juga ;


Baca baik2 apa yang dinyatakan oleh datuk t neh. Dia cakap tarikh video seks ialah 12 dan 13 januari 2011. Ini bermakna dia dah bagi hint kepada dsai dan seluruh geng2 pakatan rakyat bahawa aksi seks itu ialah bertarikh sekian2 di atas neh.

Sekarang neh pandangan aku bukan dsai tidak mahu menyaman geng2 datuk t neh. Sebaliknya dsai nak tunggu geng2 neh perbodoh2kan diri sendiri dengan menyebarkan video seks terbaru neh. 

So sekarang neh aku pun taknak dengar apa2 lagi dari geng2 datuk t neh. Cakap banyak jangan. Ada video seks? Tulen? Kasi dedah. Gabung sekali dengan lapanbelas video seks yang ada dalam gengaman ummi hafilda. Dedah jer seme. Jangan main tarik tali or guna kata2 politik. Kot ye pun korang bebal, jangan anggap seme orang pun bebal seperti korang. Please.

Kah kah kah

Boleh jadi ini gamaknya video seks yang ingin didedahkan depa ;

 

kah kah kah

Nota : Utusan siap letak news neh di frontpage paper dorang lagi. Di saat seme tengah kecoh skandal kegagalan projek agas di pekan [under najib] depa pergi hebahkan isu lapok pasal video seks pula. Tah pape. Skandal kegagalan projek tue boleh baca sini lanjut.

Ameno : Dedah je larh kalau sungguh ada.. ko nak tunggu apa lagi oitt?

Jumaat, 6 Januari 2012

Apa? Penyokong PR guna bom petrol untuk 901? - Utusan

Utusan, 

Kot yer pun nak menghentam, biarlah relevant sket. Agak2lah nak mensohai dan mensochai dalam isu neh pun. Guna skrip baru beb. Please. Apahal ulang tayang skrip bersih? Napa? Ko fikir rakyat malaysia tak reti bosan ka? Reti. Sangat reti. Sebab tue aku bersunggut bila korang tulis skrip sama. Kot ye pun biarlah kreatif sikit. Tah pape lah weh. Tah pape.

Kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Aku tak boleh blah baca skrip utusan neh. Siyes. Dia ingat apa? Dengan 100ribu orang boleh tawan malaysia meh? Bom petrol? Time demo? Lilit kain? Buat provokasi? Serang polis? Ingat pesan aku neh geng. Mungkin depa akan menyamar sebagai penyokong pr. Mungkin depa akan provoke sehingga korang terpedaya. Baik jaga2 skit beb. 

Bukan apa, benda berlakon2 neh memang dorang sangat expert. Sebab tue kj jadi model majalah beb. Heh. Lagi satu kan, aku dah semacam pelik bila polis tiba2 ubah fikiran. Dia siap masuk tv lagi then tiba2 hari neh tukar fikiran. Tak pelik ka weh? Ini seme maybe lakonan je beb. Lakonan yang memerangkap. 

Dorang bab2 neh paling expert what. Kalau tidak takde lah dua tiga kali masuk tv menyamar jadi pakcik yang pulangkan wang rm100. Kalau tidak takde lah isu penyokong bn yang nyamar jadi ngo bagi kek taik. Macam2 dowh. 

Bila baca laporan utusan neh, siyes aku cakap. Dorang neh bahaya. Orang dah biasa fitnah, kalau soh berlakon, apa lah sangat. Bahaya gak 901 neh. Aku dah mula was2 napa polis beria2 bagi permit mulut neh. Hermm.. tiba2 jek kan? 

Ameno : Fishy dowh.

Khamis, 8 Disember 2011

Utusan tanya apsal PAS kedekut bina satu masjid jek.


Bowwsaan.

Artikel di utusan dari atas sampai ke bawah citer pasal pas.

1. Ummi hafilda dapat ganti rugi rm50k dari harakah.

2. Pas hanya bina satu masjid.

3. Ustaz budak disiasat.

4. Kartun perli pas sebab bina satu masjid je selama 22 tahun pemerintahan pas di kelantan.

Utusan neh dah takde idea ke apa bila tulis pasal berita? Utamakanlah isu2 semasa. Cuba komplain pasal adegan bercium lisa dengan aaron ka [lihat sini]. Ada gak faedahnya. Sekurang2nya nak bagi jabatan agama aware pasal akidah umat islam. Neh pasal pembinaan masjid ko pongpang2kan buat hapa? Lainlah kalau ada unsur salahguna kuasa ka apa ka.

Untuk rekod memanglah pas hanya berjaya bina 1 sahaja masjid tanpa menggunakan wang peruntukkan dari kerajaan pusat. Tetapi dalam masa yang sama pas juga memelihara dan memulihara surau2 dan masjid2 di seluruh kelantan. Contohnya memperbesarkan surau dan masjid, memperbaiki, menambahkan kelengkapan,  mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti dan sebagainya.

Kalau ada masjid banyak2 tapi jemaah takde pun sakit ahti juga.  Kalau bina masjid untuk tujuan pelancongan sebagaimana yang umno selalu buat pun sia2 juga. Apa yang penting ialah pengisian. Apa guna masjid banyak2, berterabur tapi bilangan jemaah kalah dengan jumlah jari tangan dan kaki? Sebenarnya jumlah pembinaan masjid neh bukan isu sangat pun.

Tapi utusan tetap nak menjadikan kisah bodoh neh sebagai isu dan siap muncul di front page lagi. Orang yang tengok pun tahu dan sedar yang utusan neh bengap sebab di depan jadi alim2 paper pongpang2 pasal masjid manakala di belakang pula jadi nakal berjudi bila pongpang2 pasal iklan judi dan skim cepat kaya. 

Itu tak masuk lagi isu pemimpin umno yang bila bercakap pasal islam, dia lah orang yang paling alim tapi heran baik dari kasino sampailah ke judi sukan dan hub hiburan malam, seme diluluskan di bawah pentadbiran umno. Bukan kah itu realiti?

Jadi sekarang bina satu masjid + banteras maksiat lebih baik ka ataupun bina masjid2 banyak2 + bina maksiat banyak2 yang lebih baik?Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Ulangcetak isu sebab tiada isu baru. Kesian. PR hari2 ada isu baru beb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...