Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Jun 2012

HARAKAH kantoi terfitnah.

Sorry.

Aku memang tak boleh blah dengan berita fitnah cam gini.

kah kah kah

Korang tengok bawah ;


Aku mula2 baca berita neh kat harakah. Aku klik sumber. Lepas tue sumber bagi sumber then aku klik sumber lagi. Lepas dah klik sumber aku dapati.. ekekek sumber tersebut ialah sumber yang dah beberapa kali aku suspect cara dia menyampaikan maklumat.

Bila dia dah masuk dalam list suspect aku, aku pun siasat lah benda tersebut. Kalau orang yang bagi info tue jenis aku percaya memang aku cenderung terima je info2 tersebut tapi kalau dia dah masuk dalam list suspect aku, aku mesti siasat dulu sebelum sebarkan maklumat tersebut.

Aku bukan apa, dalam facebook neh sesiapa boleh berlakon menjadi sesiapa saja. Dia boleh cakap dia pro pr, dia boleh cakap dia pro umno samada itu betul atau tidak, tiada sesiapa dapat pastikan melainkan kita dah jumpa dia. Dan kadang2 walaupun dah jumpa dia tetap boleh menipu dan berlakon. Yang neh pun aku pernah terkena.

Bagi aku lebih baiklah kita terus terang jek sikap kita bagaimana. Kalau kita tak suka kita direct jek cakap tak suka. Kenapa kita nak sorok2 dan sembunyikkan untuk jaga ahti dan pihak lain? Benda tue tak perlu. Menjadi hipokrit, berlakon, bodek itu baru bermasalah. Berterus terang bukan masalah. 

Tapi ramai orang maleh nak berterus terang sebab takut itu takut ini walhal kita hidup cuma sekali jek kat dunia neh. Hidup larh dengan all out. Kalau tak nanti sendiri yang menyesal beb. Betul tak?

kah kah kah

Sambung balik isu harakah. Aku memang tahu harakah siarkan berita tersebut dengan petik ia dari blog. Tapi ada baiknya jika harakah siasat dan analisis dulu info2 yang dorang letak di paper dorang sebelum publish. Bukan apa, kadang2 benda neh akan dicetak dalam harakah terbitan jadi tak pasal2 ia jadi fitnah ke atas orang lain.

Kalau harakah online anytime boleh delete post beb. Kalau harakah cetak? Ko nak delete camne? Berapa ramai orang dah terhadap dengan berita fitnah, baca dan mempercayai ia tak pasal2? Ini pasal orang boleh jadi gaduh. Katakan ada sahabat2 yang berasal dari temerloh baca berita tersebut, apa perasan dia ? Apa first impression dia pasal harakah, pas dan pr? Bukankah logik jika dia menganggap harakah = pemfitnah?

Nah, ini sebab dalam dunia kewartawanan kenapa korang kena berhati2 dalam menyampaikan maklumat. Sebab masyarakat kita masih lagi cenderung menganggap bahawa berita = fakta. Sedangkan berita = bukan bermaksud fakta. 

Berita = berita. Ia sekadar berita. Info yang wartawan dapat, wartawan sebarkan. Samada ia fakta atau sebaliknya terserah kepada diri kita sendiri untuk menilai dan memikirkan baik buruk satu2 kandungan bahan berita. 

Ada baiknya jika harakah padam balik posting tersebut. Supaya ramai orang tidak terpengaruh dengan berita tersebut. Aku bukan apa, kita boleh jek taknak sokong umno, bn dan utusan. Tapi jangan gunakan cara yang salah untuk lahirkan perasaan tersebut. Pastikan kita benar2 tidak sokong mereka kerana mereka benar2 terbukti zalim bukan kerana kita buat2 or menjadikan mereka zalim.

Kalau baca berita di utusan pun, terang2 penduduk tue tulis motor boleh lalu di jambatan tersebut. Agak2 korang boleh ke motor lalu di jambatan gantung macam dalam berita harakah tue? Utusan memang lah bukan akhbar yang 100% benar tetapi juga tidak adil nak mengatakan ia adalah akhbar yang 100% fitnah.

Kita kena cakap pasal fakta disini. Kalau cakap guna emosi memang takde apa yang bagusnya dengan utusan tapi bila bercakap pasal fakta, kita punya emosi kena campak ke tepi. Suka tak suka lain citer, apa yang penting kalau nak sampaikan berita, fakta dulu. Bukan emosi dulu. Oke bai. 

Berita harakah ==> klik sini

Berita utusan ==> klik sini

Ameno : Apa yang datang dari blog tak semestinya benar beb.. harakah kena pandai pilih2 isu gak..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...