Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 Jun 2012

Watikah istimewa dan gambar Mahathir yang bersolat.


Ini lah yang sedang disebarkan oleh orang2 umno. Aku pun pelik. Ada ke mereka benar2 berfikir sebelum menyebarkan satu2 hal? Bukan apa, kalau nak meraih sokongan atau apa pun tengok lah dulu caranya. Kena ke tak kena ke, neh adoii korang layankan sendiri apa benda yang depa dok kempenkan sekarang.

Muslimin & muslimat,

Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA, tapi dialah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ini digelar Maha Firaun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia, dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA 


Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.

Oke, oke aku faham. 

Dia nak kempen umno menggunakan pengaruh mahathir. Oke, aku takmo komen bab mahathir sebab aku rasa mahathir pun taktau hal neh. Bagi aku kalau mahathir tahu dia pun akan rasa runsing. Agak2 lah woii nak gunakan gambar dia sedang bersolat lepas tue cakap seperti kat atas neh. Aku rasa dia pun reti segan gak nak tayang2 amalan dia seperti tue.

Tapi aku agak sedikit heran dengan orang yang buat karangan di atas. Ko nya ayat sebenarnya agak tak berapa betul larh. Mungkin penggunaan bahasa ataupun keterangan ko yang tidak cukup jelas menyebabkan orang yang membacanya cenderung untuk salah faham. Toksah pergi jauh, aku letak diri aku jek sebagai pembaca cukup.

Bab ko cakap begini ==>  Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Beb, solat tue bukan kira untuk ulama ke apa ke beb. Solat = umat islam yang akil bahlil, cukup syarat = wajib tunaikan ia. So ayat ko kat sini dah tak betul. Tak perlu ko nak angkat darjat mahathir lebih2 cam gini sebab tak kena gaya beb. Ubah balik ayat2 lue. Kang lue gak yang kena kritik. Gua nasihatkan jek.

Then bab ko cakap begini ==>  Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

Aku faham jek maksud ko tapi aku rasa ko dah menyampaikan sesuatu yang salah. Ko bercakap seolah2 mahathir neh terlalu agung. Macam mahathir sorang jek pernah jejak kaabah. Menggunakan perkataan dijemput oleh Allah swt sebenarnya aku faham bahasa sastera tapi penggunaan nya tak berapa kena disitu beb. 

Lebih2 lagi ko dahului dengan ayat seolah2 orang islam berpartikan selain dari umno, mendoakan kecelakaan untuk mahathir. Sapa? Bagi lah tahu orang nya.. cakap biar jelas dan direct beb. 

Supaya kami boleh pastikan ko tak fitnah. Ayat terlalu general tah betul tah tidak ada orang pernah mendoakan kecelakaan untuk mahathir tah2 rekaan ko sendiri. Mana nak tahu kan? Part last yang aku tak boleh blah tue.. tak habis2 nak kempen bab video seks. 

Kalau watikah special neh dibuat semata2 nak herdik dsai, ko jadi jujur je larh beb. Ko herdik je lah dsai dari a sampai z. Supaya orang2 yang baca boleh balas herdikan ko. Tak payah guna ayat bunga2 apa seme untuk meraih simpati bagi tujuan kempen beb. 

Sebab, tak kira lah sebunga mana pun ayat2 ko akhirnya ko tetap terkantoi sebab tak pandai karang ayat. Nah, kan aku dah komplain cara ko tulis karangan. Inilah buktinya beb.

kah kah kah
Ameno : Seram siot baca ayat depa puja mahathir.. ekekeke..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...