Nampaknya bloggers umno sedang troll penyokong2 pr. Mula2 aku rasa papa gomo saja nak burukkan2 dsai dengan sebarkan satu posting konon nya ada laporan polis dibuat oleh mahasiswa bahawanya dia diliwat oleh dsai. Tujuan nya mungkin nak paksa rakyat percaya bahawa dsai seorang peliwat. So dia sesaja reka fitnah.
Tapi dia tak sangka plak aku boleh up isu tersebut di blog sebab ada orang yang email mohon kepastian benar ataupun tidak posting tersebut. Then bila dia tengok tetiba2 cam pakatan rakyat bengkek jek dengan dia pasal tuduhan terbaru maka sesama bloggers umno buat troll. Maybe nak balas dendam isu rosmah mansur kot?
kah kah kah
Pi jahanam dengan korang punya troll !!!
Sapa pun tak makan der. Tapi aku risau juga kalau2 kot ada yang percaya dengan fitnah2 + troll2 dari korang. Apa pun polis dah sahkan bahawa tiada laporan polis dibuat oleh mana2 mahasiswa kekonon nya dsai meliwat dia.
Baca bawah neh ;
Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang
mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri
Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan
tersebut.
"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.
Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.
Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya.
Sumber papa gomo.
Aku dapat email. Ada yang tanya kesahihan berita yang papa gomo sebarkan. Jawapan aku ialah
PUIIIIIIIIIIIIII..
Betul atau tak betul tetap
PUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..
Memandai lah ko papa gomo. Aku belum dapat info pun yang ada mana2 mahasiswa jumpa najib. So mana mungkin ada yang diliwat dsai. Sebelum diliwat kena jumpa najib dulu. Ko tatau syarat dia ke papa gomo oiiiiiiiii?
kah kah kah
Oke.. oke. Jawapan seriyus aku ialah kita tunggu dan lihat. Tapi aku rasa korang seme dah kena tipu dengan papa gomo. Kalau sungguh pun ada laporan polis nampak sangat pembohong nya. Setahu aku dsai tiap2 hari pun bizi nak mampos. Bila masa nak curi2 masa untuk meliwat seorang mahasiswa pula? Dah macam takde citer lain pula. Keji siottttt
Dsai nak tengok gambar bogel. Gambar tue ialah gambar bogel seorang lelaki. Korang tahu tak jalan citer dia neh macam mana? Mula2 korang kena baca sini dulu. Aku percaya apa yang disiarkan oleh utusan hari neh mengenai dakwaan terbaru TIBAI terhadap dsai memang berkaitan rapat dengan email tersebut.
Baca lah dakwaan mereka kat bawah neh jap ;
Benda neh mesti masuk tv punya. Samada malam semalam ataupun malam neh. Malam semalam aku tak tengok berita so tatau benda neh dah lepas ke belum. Sebelum ia disebarkan oleh TIBAI, blogger umno terlebih dahulu hebahkan isu neh. Tak pasti samada DSAI ada keluarkan kenyataan penafian ataupun tidak tapi kalau belum elok keluarkan kenyataan penafian bahawa email tersebut bukan email dia.
Dan lagi satu, mungkin korang anggap neh jawapan klise. Tapi percayalah zaman sekarang sesiapa pun boleh hack account kita dan berbuat macam2 ke atasnya. Kalau niat hack untuk kumpul bukti takde masalah tapi kalau niat hack untuk reka fitnah memang bermasalah der.
Secara logiknya aku fikir dsai tidak akan sebodoh itu untuk meminta gambar bogel seorang lelaki suka2 di kala dia sendiri teruk diasak dan diperhatikan 24jam kiri kanan atas bawah. Dan kalau dia teringin larh sangat nak tengok gambar bogel lelaki sekalipun baik dia google jek.
Mesti ada larh punya. Aku percaya bersepah di google. Laki ada pompuan ada. Paling2 koman pun beli jek majalah mangga milik umno tue. Depa pun ada sediakan perkhidmatan tersebut apa. Betul kan?
Keputusan mahkamah dsai yang diperolehi menerusi twitter menyatakan bahawa ;
1. Anwar ibrahim dilepaskan daripada tuduhan fitnah liwat II
2. Anwar dilepaskan sebab dia didapati tidak bersabit kesalahan dalam kes liwat sba.
3. Secara automatik DSAI dibebaskan daripada sebarang hukuman.
4. Punca Anwar Ibrahim dibebaskan daripada kes adalah disebabkan bukti dna dan pengakuan lisan yang menuduh [sba] tidak cukup kuat untuk menyabitkan dsai dengan kesalahan liwat.
5. Hakim tidak memberikan penghakiman lengkap dalam kes neh. Sebaliknya dia hanya bacakan keputusan pendek yang kurang dari 10 minit berserta dengan keputusan dan kesimpulan kes.
6. Untuk rekod, SBA boleh merayu semula dalam kes neh.
Dari awal lagi benda neh bukan boleh dijadikan kes mahkamah pun. So tak payah lah nak mencanang bagai konon nya mahkamah adil dan sebagainya. Walhal kalau mahkamah adil dan telus, kes neh tak sepatutnya dibicarakan langsung. BN sendiri pun tersepit buat keputusan neh. Mengikut pandangan pakar politik, jika dsai dibebaskan dari pertuduhan, BN akan perolehi sedikit kelebihan berbanding jika DSAI berada di dalam penjara.
Ini bermaksud, BN takan buat satu2 hal jika kelebihan tidak berpihak kepada mereka. Sudah tentu mereka ada plan yang lain. Tapi yang pasti penyokong2 bn tidak lagi boleh suka2 gelar dsai dengan macam2 gelaran yang jijik sebab dsai dah dibebaskan daripada pertuduhan kes liwat II.
Antara gambar2 yang di ambil oleh rakan2 fb ketika berlangsungnya demo 901 ;
Aku paling suka gambar akhir neh. Dapat dari wall sepupu aku. Hheheh. Ramai siot. Sehingga jam 9.15 pagi tadi, polis menjangkakan kehadiran penyokong dsai ialah 5,135 orang. Jumlah neh semakin meningkat ketika keputusan sedang dibacakan oleh hakim ketika itu.
Lihat pula video2 bawah neh ;
Ini ialah video ucapan yang dirakam oleh polis. Ia disebarkan di youtube oleh PDRM sebagai bukti 901 melanggar arahan polis. Hahaha..
Lihat bawah neh lagi ;
Neh ialah video rakaman dari pihak polis. Ia akan dijadikan bukti bahawa pendemo 901 melanggar arahan polis. Adoii. Nak tergelak aku dengan PDRM neh. Benda kecil2 macam neh toksah lah heboh bagai. Lainlah kalau depa jahanamkan harta awam. Ini hal kecik jek incik polis. Takan polis nak gunakan video neh sebagai bukti penyokong 901 lakukan provokasi? Ko tak mungkin sebingai neh kan polis? Please.
kah kah kah
Lihat bawah neh pula ;
Peserta demo dari kumpulan sebelah sana. Gambar neh polis yang amek dan upload. Menurut polis, gambar neh di ambil berhadapan masjid wilayah. Menurut apa yang aku fahamkan ialah pekida + permas + perkasa = ada program dakwah sampai 11 pagi.
So, adakah berdiri dengan memegang banner neh sebahagian dari program dakwah korang? Tolong jangan bikin malu weh. Buat lawak siot korang neh. Dan yang paling tak boleh blah sekali bila si ibrahim ali cakap ;
1. 300 ahli perkasa akan bantu polis mengawal 901. Walhal yang hadir 100 orang pun tak lepas selepas digabungkan ketiga2 pertubuhan pekida + permas + perkasa.
2. Solat sunat selepas asar. Boleh meh? Ada yang cakap haram. Ada pendapat yang mengatakan "Sangat tidak boleh".. tapi ibrahim ali ajak reramai solat sunat selepas asar. Siapa imam dia beb?
kah kah kah
3. Yang paling sadis, dari malam tadi sehinggalah waktu subuh, usah kata qiamullai, batang hidung orang yang bagi warning dalam video pun takdak. [Rujuk sini]. Apa citer neh? Program dakwah dah dibatalkan ke apa?
kah kah kah
4. Dan orang2 yang bagi warning jangan jejak masjid wilayah sendiri tak nampak jejak. Sebaliknya dorang sendiri siap menjejak ke mahkamah dengan membawa bendera2 dan banner2 bengap terpacak macam orang bangang. Sesia je gambar dorang ditangkap dan disebarkan di internet. Tak malu meh? Adoiii. Jadi orang biar ada maruah sket bhai. Lue patut lari dan menyorok pada saat bilangan lue orang sedikit. Ini membuktikan bahawa perjuangan lue tidak disokong. Watpe lue malukan diri lue sampai sebegitu. Kot ye pun tak kesiankan diri lue, fikir sikit perasaan ahli keluarga lue. Kenapa malukan dorang sekali?
kah kah kah
Lihat bawah neh pula ;
Polis juga tangkap dan sebarkan gambar neh di internet sebagai bukti 901 membawa kanak2 berdemo. Menurut polis, perkara neh salah. Aku no komen dalam isu neh. Aku fikir ada pro dan contra dalam isu neh. Aku tatau nak cakap apa. Tapi kepada mak dan bapa budak terbabit, bersiap sedia lah bila gambar neh dimainkan di blogs2 kerajaan kelak. Sabar banyak2 ye.
Apa pun sejujurnya keputusan mahkamah hari neh adalah sesuatu yang mengembirakan. Ini disebabkan sepanjang 2 tahun lebih kita dah berhujah dengan pihak lawan bahawa kes neh ialah konspirasi fitnah semata2 dan akhirnya ia telah terbukti pada hari neh. Sungguhpun hakim tidak menyatakan bahawa ia adalah konspirasi fitnah tetapi bila hakim sendiri meragui bukti dna dan kenyataan saksi [sba] ini automatik dah membuktikan bahawa kes neh sememangnya kes fitnah.
Entry neh telah di update.
Ameno : Bagus.. kbsb memang patut membenci saiful si kaki fitnah.. akhirnya kini terbukti sudah.
Lihat gambar di atas neh. Malaysiakini tunjuk gambar tandas neh dalam isu berkaitan perbicaraan kes fitnah liwat II dsai-sba. Malaysiakini belum lagi update sampai isu sperma dari mangkok tandas tapi portal lain macam keadilandaily dan tmi dah update pasal isu neh. Dari apa yang aku faham menerusi hujah mcdonald = pakar ahli kimia setelah membaca news ialah ;
1. Tiada bukti bahawa dna milik dsai yang berada di sba punya tutt.. datang dari sperma. Kat situ je dah membuktikan blogger umno memang berperangai keji sebab menonong tuduh sperma dsai melekat kat bontot si lembik tue.
2. doktor yang periksa sample pun takley bagi hujah dari segi perubatan bahawa dna yang dikatakan milik dsai itu datang dari sperma melalui analisis mcdonald.
3. Ini disebabkan doktor yang memeriksa saiful tidak menghadirkan bukti dari segi sainstifik bagi menyokong hujah dia bahawa dna = datang dari sperma = milik dsai. Setakat cakap je dna di bontot sba sepadan dengan dna dengan tuala good morning yang digunakan dsai then heboh secara besar2an bahawa dna = sperma dsai. Aku pun boleh macam tue.. cakap je larh.. bukti belakang citer. Bodoh siot. Benda neh tak sampai kat dalam paper arus perdana. Sampai ke mampos kena tipu dengan bn siot. Geram nya aku bila memikirkan hal tersebut.
4. Doktor yang memeriksa sba ada menemui dna daripada lelaki lain. Tapi dia tak siasat dna tersebut milik siapa. Bila ditanya doktor seah [doktor yang periksa sba] memberitahu bahawa dia menyimpulkan dna lelaki lain yang terdapat di bontot sba datang dari mangkok tandas. Lepas tue mcdonald bidas seah, dia cakap sba tak pergi tandas [berak] selama 2 hari sebab nak simpan bukti.
kah kah kah
Kalau pun sba berak + sebagainya sekalipun.. ada ke polis sanggup nak check bilik air rumah sba tue macam mana? Confirm ke tandas dia jenis tandas duduk ataupun cangkung? Dah masuk bab yang jijik2 plak. Aku pun geli nak menulis. Bangsat gile kes neh. Dan kalau sungguh transfer dna dari mangkok tandas ke bontot sba semasa sba tengah tetttt.. bukan kah logik ia datang dari adik beradik + ahli keluarga + sedara mara terdekat dia? Dah tue napa seah taknak jalankan siasatan ? Ataupun dia sebenarnya mengabaikan sample tersebut dengan sengaja disebabkan ada hal yang lain?
Terdapat jelas unsur2 pengabaian yang nyata dalam kes liwat neh. Belum pape dah cakap dna = sperma dsai walhal tiada bukti pun dna dsai datang dari airmani. Dan ada dna = yang dipercayai air main = sperma yang tidak dapat dibuktikan ia milik dsai tetapi secara rambang dikatakan ia adalah milik dsai.
Seme neh hanya berlaku di mahkamah malaysia je. Dan seme kes neh berlaku hanya bersandarkan kepada bontot sba. Tiada bontot lain yang lebih powerful daripada bontot orang neh. Macam2 ada. Astro pun kalah. Heh.
Kelmarin doktor novandri dan geng2 mereka dok pongpang2 pasal sijil dari jabatan kimia. Lihat bawah neh ;
Dan ini
Dorang hebohkan sijil neh sebab peguambela anwar mempertikaikan kredibliti penganalisis kimia yang mewakili kerajaan dalam kes liwat II neh. Baca bawah ;
Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.
Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD). – Malaysia Insider“.
Then selepas itu mereka pun galak dok hebohkan bahawa jabatan kimia kerajaan memang dah dapat sijil segala bagai dan memenuhi standard. Masalahnya sekarang neh sijil yang dihebahkan itu di katakan palsu beb...
PALSU?
Betul ka palsu? Korang baca sini dan sini <--[ wajib baca yang no 2 neh ] untuk info lanjut. Blog2 neh bongkarkan penipuan dia. Tapi still tak cukup kukuh. Aku siyes tak reti check macam mana nak tahu ia palsu tapi aku pohon pada sesiapa yang terer teknik2 macam neh please larh bongkarkan penipuan neh, kalau takde blog takpe, aku leh siarkan bagi pihak korang no hal.
Daripada apa yang aku fahamkan ialah mula2 depa dah salah tarikh then depa republish balik tarikh sijil the latest. So please pada sesiapa yang pakar, tunjukkan kepakaran dan skill korang leh?
Dan andai benar lah sijil neh terbukti palsu, memang keji gila arh perbuatan umno neh dalam nak memenangkan saiful dalam kes neh. Cuba fikir ye kenapa saiful di wakili team kerajaan dalam isu neh? Apa yang special sangat si saiful neh? Punya lah berlambak2 jenayah dan mangsa jenayah, takde sekalipun kerajaan beria2 bela mangsa melainkan mangsa ialah geng2 VVIP. Itupun andai boleh larh geng2 VVIP neh dilabelkan as mangsa. Lue fikirlah sendiri.
Berikut di bawah ialah siri penerangan perbicaraan liwat II yang berlaku di dalam mahkamah.
Di bawah pula adalah beberapa screenshot dari video di atas.
Point penting yang kita semua mesti tahu ialah ;
1. Saiful jumpa najib dua hari sebelum kes liwat dilaporkan berlaku.
2. Doktor perubatan swasta mengesahkan saiful tidak diliwat.
3. Doktor kerajaan tiada bukti klinikal dan saintifik bagi membuktikan saiful diliwat. Tiada laporan klinikal/makmal terdapat kehadiran airmani di dubur saiful [rujuk gambar ke empat]. Apa yang mereka ada ialah MUNGKIN dna yang ada di dubur saiful berasal dari airmani. Dalam erti kata lain, mungkin juga tidak.
4. Rakaman saiful yang keluar dari cctv selepas perbuatan liwat tidak menunjukkan tanda2 seperti telah diliwat.
5. Rakaman cctv anwar ibrahim bersama rakan2 nya yang keluar dari kondo tersebut tidak disiarkan di dalam mana2 akhbar. Anwar pada ketika itu bersama 9 individu lain di dalam kondo tersebut.
Dan kesemua dari mereka tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Sebenarnya 9 individu lain ini boleh membuktikan samada saiful berada atau tidak dalam kondo tersebut. Kenapa tidak dipanggil untuk memberikan keterangan? Pelik.
Semalam aku telah di tanda oleh rakan facebook ke atas satu poster yang hebat. Aku baru perasan tadi sebab baru login facebook guna account pertama aku. Kat bawah neh adalah poster yang calon aspirasi buat ketika prk kampus berlangsung baru-baru ini ;
Hebat tak poster neh? Hebat kan..
Cukup tak sangka pro aspirasi dah mula mengikuti jejak langkah taktik penyokong umno dalam memperhebatkan diri dalam seni super impose.
Semoga mereka [pro aspirasi] cemerlang, terbilang dan gemilang membuat poster lucah.
Ingat aspirasi! Ingat lucah!
Ha Ha Ha..
Ameno : Isu yg patut pro aspirasi + mahasiswa pakai ketika prk kampus ialah isu2 setempat yang melibatkan fasilitis kampus itu sendiri. Isu2 nasional macam neh apa guna pun korang jaja? Haizhh.. pelik!
KUALA LUMPUR 11 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib.
WOW.. ini benar-benar WOW.. dan memang sangat WOW..
Berita di atas neh dipetik dari sumber tvselangor. Tetapi apa yang memusykilkan aku ialah kenapa utusan tak siar perkara di atas dalam berita mereka? Pelik tak? Tengok bawah neh ;
Pegawai tue beri keterangan dalam mahkamah. Samada dia sebut nama rosmah ke najib ke ataupun sesiapa sahaja, tak salahkan kalau pemberita dari utusan memasukkan perkara tersebut dalam laporan kes perjalanan liwat neh. Barulah orang boleh buat perbandingan kan?
Bukan aku tuduh [sangka ada] rosmah dan najib ada kaitan dalam kes neh pula. Jangan salah faham. Cuma kalau rosmah dan najib tak bersalah, maka tak perlulah utusan sembunyikan perkara tersebut. Lagipun apa yang pegawai tue cakap dah jadi perbicaraan dalam mahkamah. Bukan dia tuduh bahawa rosmah dan najib adalah master di balik kes liwat II terhadap anwar pun. Dia cuma mengesahkan bahawa rosmah pernah jumpa saiful terlebih dahulu sebelum najib jumpa saiful.
So apa kes pula utusan nak cuak sampai sembunyikan 'cebisan kecil' kes neh dari pengetahuan awam pula? Berita neh kena telus. Barulah senang nak buat penilaian baik buruk. Ini tidak, asal ada nama najib dan rosmah terkait je mula lah dipadamkan dari lipatan kes tersebut. Ble mereka sendiri buat macam neh, lama kelamaan orang yang tidak tahu apa-apa ble dapat tahu automatik akan memikirkan adakah rosmah dan najib terliba dalam kes liwat ini? Kalau tidak terlibat maka usah takutlah. Apa nama? Berani kerana benar?Bak kata cybertroopers umno DSAI lari ke kedutaan turki sebab salah.. kalau nama najib dan rosmah terpadam dalam catatan kes liwat II neh pula sebab apa pula? Heh.
Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahlipolitikberprofil tinggi.
Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.
Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.
Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.
Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya. Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.
Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.
Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.
Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.
Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai. Oleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.
Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.
Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.
"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau. Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.
Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.
"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.
Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.
1. Doktor tue telah dihubungi ketika berada di rumah. Pelik juga kenapa nak memberikan kes seperti ini kepada doktor tertentu? Tak boleh ke bagi je kat doktor yang dah standby ada kot hospital tersebut?
2. Selalu gak aku tengok drama macam HOUSE. Selalunya kes macam neh.. doktor periksa dulu then berdasarkan hasil laporan doktor ia dikepilkan untuk membuat laporan polis atas kes liwat, rogol, dera, dipukul, ditembak dan bla bla bla.
3. Apa yang saksi iaitu doktor terbabit bagitau kat mahkamah tadi ialah berdasarkan kepada hearsay = dengar orang [saiful] cakap. Tanpa ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapat perbuatan liwat.
4. Saiful memang hebat. Boleh bercerita 2,3 kali dan berkali-kali kes liwat neh seolah-olah tiada trauma. Aku pernah tengok CSI dan lihat satu dokumentari kat channel dokumentari kes lelaki kena liwat. Bukan sahaja lelaki tersebut tidak mahu tunjukkan muka dia, malahan dia tak mampu nak ulangi detik-detik dia di liwat. Bagi seseorang lelaki, perbuatan di liwat ini sangat berat. Ianya lebih berat dari dibunuh. Tak percaya? Korang tanya lah lelaki2 yang korang kenal. Ada ke mereka nak mengaku mereka diliwat dan buat muka slumber? Atau siap boleh upload video solat jumaat dengan penuh bangga? Ataupun boleh berjalan-jalan beli kamera dengan muka bangga? Bukan kata saiful patut kenang kehidupan silam dia [diliwat andai benar] tapi at least mesti ada nampak babak-babak dia sedih dan trauma kan? Dia tak perlukan rawatan kaunseling pun untuk pulihkan diri dia. Andai benar dia diliwat dan masih cool.. [macam sekarang] aku terpaksa tabik dia. Siyes.
5. Akhir sekali perkara yang aku nak korang faham kat sini dah di nyatakan oleh doktor terbabit. Doktor sendiri pun menyatakan dia tidak pasti jika terdapat perbuatan liwat kerana sebab-sebab di atas. Jika doktor pun tak nak beri penjelasan ya atau tidak sebaliknya memilih jawapan tidak pasti. Memang ada sesuatu yang tidak kena.
Lue fikirlah sendiri. Tahun meliwat malaysia 2011 kini kembali.
Kalau korang rajin buka lah belog member aku milosuam kat situ terdapat beberapa bukti printscreen yang papagomo dan saiful berpakat utk kenakan dsai dan saiful juga meminta papagomo memaparkan gambar2 saiful yang lebih sedih agar dapat menarik simpati orang ramai.