Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahasiswa. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Disember 2012

Mahasiswa bebas berpolitik dan jadi calon parti - Khaled.

Kalau macam tue buat apa hukum Adam Adli ? Tak faham aku. Kalau ini benar, maka adakah ini juga bermaksud mahasiswa bebas menyertai apa2 demo samada melibatkan partisan ataupun NGO?

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik di luar kampus termasuk menjadi calon pilihan raya umum, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Jumaat.

Beliau berkata ini berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan penglibatan mahasiswa secara langsung dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus tanpa sebarang sekatan.

“Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 dan pelancaran Program Pensijilan 1Citizen di sini. -MNH-

Memandangkan menteri sendiri yang bagi kata2 seperti di atas so lepas neh tak payah la nak ugut2 dan herdik mana2 mahasiswa yang tak sokong bien oke. Penyokong2 bien pun tak payah nak lebih2 sebab yang bercakap di atas menteri bien. Bukan pembangkang yang cakap. Kalau dah gitu boleh la aku seru mahasiswa join mass himpunan di kl yang dijadualkan pada 12/1/2013.

Ini antara poster untuk sebaran umum ;



Sebelum2 neh aku risau nak seru mahasiswa ikut serta. Bukan apa, aku risau dorang kena buang, kena hukum dan sebagainya. Aku taknak dorang kena naya. Almaklumla kerajaan bien neh bukan faham bahasa. 

Orang kata perhimpunan untuk menuntut hak rakyat depa dok balon cakap ini demo pakatan rakyat. Walhal pakatan rakyat turut bersekutu dalam himpunan ini. Bukan la bermaksud ini demo pakatan rakyat.

Kalau ada pun orang2 bien dan umno nak join perhimpunan neh lagi bagus. Bahkan kita sangat2 mengalakkan perbuatan itu. Bagi aku, untuk mendapatkan kerajaan yang adil ia perlukan kerjasama dari seme pihak. 

Tak kisah la apa ideologi ko sekalipun. Tak semestinya kalau ko sokong bn ko kena sokong AES. Tak semestinya kalau ko tegar bien ko tak boleh sokong kempen kurangkan cukai kereta, ye tak?

Sokong bn sokong bn. Sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat ialah sokong cause2 memanfaatkan rakyat. Itu kan dua perkara yang berbeza. Ko boleh sokong bn dan dalam masa yang sama sokong cause2 yang memanfaatkan rakyat. 

Caranya melibatkan diri dengan demo2 atau perhimpunan2 rakyat dan tonjolkan ada orang bien yang menerima perkara tersebut. Siapa tahu suatu hari nanti pemimpin bien nampak macam yang ko nampak? 

Tak berbangga ka menjadi pencetus perubahan kepada bn? So jangan sempitkan minda. Apa je yang penyokong pr sokong, penyokong bn tak semestinya kena bantah oke. Tengok isu, tengok topic, jangan tengok kulit.

So pada 12 / 1 nanti harap2 ada mahasiswa2 tak kira partisan turun untuk nyatakan sokongan kepada mana2 cause yang korang sokong ataupun up cause2 yang korang sendiri rasa ia perlu di up kan untuk mendapat perhatian dari kerajaan pusat. 

Kalau ada orang2 bn yang sokong cause2 tertentu pun di alu2kan untuk turun. Jangan layan cakap2 penyokong2 pr konon nya demo neh demo pr. Dorang cuma tak faham. Yang sebenarnya ini perhimpunan besar-besaran dari seme jenis cause yang wujud di malaysia dan kita berhimpun disini pada hari tersebut tanpa mengira parti dan NGO oke. Bai.

Sabtu, 21 April 2012

Penjelasan sebenar apa itu pendidikan percuma dan mahsuhkan hutang PTPTN.



Mana satu yang betul?

Cuba cakap biar jelas dan terang. Samada mahsuhkan hutang ptptpn ataupun perjuangan untuk mendapatkan pendidikan percuma?

Apa itu mahsuhkan hutang ptptn?

Hutang2 pelajar untuk pembiayaian pendidikan sebanyak rm28billion dihapuskan terus. 

Pendidikan percuma pula?

Pendidikan tinggi untuk rakyat malaysia adalah percuma.

Jadi sekarang apa sebenarnya yang mahasiswa perjuangkan? Salah satu atau kedua2nya sekali?

Mari kita lihat isu neh dari awal.

Kronologi 1 : Mahsuhkan hutang PTPTN.

1. Dsai cakap jika pr tawan putrajaya maka hutang ptptn lupus.

2. Hutang ptptn lupus = pelajar yang dah habis belajar tak perlu bayar hutang lagi.

3. Ini bermaksud pr yang bercakap pasal pelupusan hutang bukan mahasiswa. Jadi ini boleh memperjelaskan bahawa perjuangan untuk memahsuhkan hutang ptptn ialah perjuangan yang dibawa oleh pakatan rakyat. Jangan kaitkan ia dengan mahasiswa. Mahasiswa boleh setuju dan boleh tidak bersetuju tetapi jangan pandai2 nak salahkan mahasiswa dalam isu neh sebab yang bawa isu neh pkr dan dsai. 

Bukan aku suruh salahkan dsai ataupun pkr cuma nak bagitau bahawa ada orang yang marahkan orang yang salah. Jika ko nak marah atau apa, pastikan sasaran ko betul. Jangan marahkan mahasiswa dalam isu neh. PR berhak menawarkan apa2 manifesto yang bagi mereka ia boleh menambat ahti rakyat. Ko boleh suka dan boleh tak suka tapi itu adalah cara mereka berpolitik. BN juga lakukan perkara yang sama meskipun menawarkan manifesto yang berbeza.

Jadi sebagai rakyat, tanggungjawab kita ialah menilai, mengkaji, membaca, memahami sejauh mana manifesto2 neh memberikan kesan kepada kehidupan kita. Jika kita rasa manifesto pr itu baik buat kita, maka undi pr, jika rasa sebaliknya maka undi lah parti lawan. Terpulang. Undi adalah hak masing2. Takde siapa berhak paksa ko undi sesiapa.

Logik ke tak mahsuhkan hutang pinjaman ptptn neh?

Logik, jika dana negara diurustadbir dengan baik dan cekap.

Bagaimana pr boleh merealisasikan janji tersebut?

Undi mereka. Jika mereka menang, hutang ptptn lupus. 

Berdosa tak bayar pinjaman der, mufti cakap haram.

Memang haram pun. Memang berdosa. Tapi situasi ko sekarang macam neh ;

Ali : Hey abu aku nak pinjam rm50.

Abu : Nah amek neh.. bila nak bayar?

Ali : Tunggu lagi 2 tahun..

Selepas dua tahun berlalu

Ali : Hey abu.. aku nak bayar duit ko rm50 ari tue..

Abu : Tak yah arh.. aku mahsuhkan hutang ko..

Ali : Berdosa wehh.. haram tak bayar hutang.. mufti cakap berdosa..

Abu : Memang larh.. dah aku bagi pinjam dan aku bagi lupus.. nak haram apa menda? Bodoh ke apa ko neh? Orang dah halalkan lagi cakap banyak.. 

So dalam isu ptptn situasi adalah sama seperti di atas. Ia haram kalau korang tak bayar hutang sekarang neh sebab bn masih perintah malaysia. Selagi bn perintah malaysia maka hutang ptptn wajib kena bayar. 

Ko tak boleh bagi alasan alahh pr nak lupuskan.. atau apa sebab pr belum amek alih negara neh lagi. Sehingga saat tue tiba maka hutang ptptn adalah wajib dibayar. Jadi jangan pandai2 taknak bayar pula. Sendiri berani tak bayar sendiri tanggung kalau riba naik mencanak2. 

Ada ke duit, yang PR nak lupuskan hutang? Dari mana nak korek duit ? 

PR takde duit. Yang ada duit kerajaan persekutuan. Cara mana dorang nak korek duit itu kena tunggu proses perubahan kuasa berlaku. Masa tue baru boleh bagi detail. Sekarang sembang kencang pun tak guna, data bukan dalam tangan.

Aku tak setuju mahsuhkan hutang ptptn.. pandai2 nak belajar pandai2 larh bayar.. buat apa belajar pun nak susahkan kerajaan?

Takde hal. Kalau ko taknak hutang ko dimahsuhkan sebaik pr memerintah malaysia pun takpe. Ko cakap je ko nak bayar sendiri, jangan risau tentang itu oke.

Eley.. dsai yang perkenalkan ptptn lepas tue dsai sendiri yang nak batalkan. Kelakar gile korang neh kan?

Yang memperkenalkan ptptn najib selaku menteri pendidikan. Yang luluskan parlimen sebab usul neh dibawa masuk ke parlimen. Samada ia dah dibincangkan ke peringkat kabinet atau tidak aku taktau tapi kalau ada maka ia persetujuan bersama, paling2 koman saham najib lagi tinggi dari saham dsai.

Negara lain bagi pendidikan percuma tapi cukai tinggi, kalau bn naikkan cukai korang bising tapi belajar nak free jek.. 

Negara lain cukai tinggi gaji tinggi der..  ini jawapan yang aku nak jawab tapi klise sangat. Sebab bukan seme negara berpendapatan tinggi tawarkan pendidikan percuma.. yang tak tinggi pendapatan pun ada tawarkan pendidikan percuma. Sekarang neh kita jangan cakap pasal negara orang tapi cakap pasal negara sendiri sudey. Kita lihat beberapa persoalan pokok ;

- mampu kah kerajaan memberikan pendidikan percuma = mampu.

- kenapa kerajaan taknak bagi kalau mampu = sebab nak joli duit.

Jadi, bukan pasal takde kemampuan, ada kemampuan tetapi tiada keinginan sebab matlamat dah lari. Dulu perjuangkan rakyat sekarang perjuangkan poket sendiri. Hasil negara banyak, negara ada pelbagai sumber, tak payah sembang pasal petronas pun, negara tetap mampu tawar pendidikan percuma asal mao dengan takmo jek pun.

Dalam erti kata lain, ia takde kaitan dengan cukai atau apa sebab kerajaan sebenarnya memang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat jika mereka benar2 ada keinginan untuk buat kerja. Bila takde keinginan itu yang keluar macam2 alasan.

Jadi anjing dsai je larh korang neh.. nak hapuskan ptptn konon.. kat mana bebudak miskin nak korek duit untuk belajar lagi hah?

Yang jadi anjing dsai tue ko. Ce fikir, ko cakap dsai perkenalkan ptptn lepas tue sekarang sapa pertahankan dasar tersebut aku atau ko? Jadi boleh nampak tak sapa sebenarnya anjing? Sorry gua tak suka anjing2kan orang.. tapi sebab lue sendiri yang pepandai main2 sebut anjing gua perincikan larh balik der. Tolong faham.

Bab mana bebudak miskin nak belajar bila hutang ptptn lupus? Simple. Hutang ptptn lupus = yang dah tamat belajar. Bukan utk yang sedang or belum belajar. Itu masuk bab lain.

Bab lain? Bab apa tue? 

Meh sini aku explain.



Mahasiswa selama neh dok perjuangkan hapuskan riba dalam ptptn. Maksudnya kalau pinjam rm50 bayar rm50 balik. Tak payah sembang kencang pasal kos pentadbiran apa seme sebab itu under kerajaan persekutuan. 

Contohnya macam neh ;

Kerajaan dah mewujudkan klinik 1malaysia. So kerajaan akan salurkan dana utk bayar gaji kakitangan klinik 1malaysia. Sama dalam kes ptptn. Kerajaan sendiri patut salurkan dana bagaimana mahu membayar gaji2 kakitangan mereka jangan babitkan ia dengan student sebab ia takde kaitan dengan student. Kalau tak suka, buat je macam biasa. Macam dulu2 dimana pendidikan adalah percuma untuk semua. Simple. 

Dan kronologi kes pendidikan percuma pula begini ;

Kronologi 2 : Pendidikan percuma.
1. Bila bab mahsuh ptptn menjadi kecoh.. maka ramai larh yang marah2 cakap bebudak miskin takde duit nak belajar kalau mahsuh ptptn..

2. Orang cakap bab mahsuh hutang depa dok sembang pasal mahsuh ptptn.

3. Ptptn tak dimahsuhkan.. sebaliknya diubahsuai = penambahbaikkan je

4. Ini bermakna ptptn tue kekal wujud. Kekal ada cuma mungkin dengan konsep dan sistem yang berbeza dari yang sedia ada sekarang neh.

5. Maka inilah juga yang diperjuangkan oleh mahasiswa2 yang berdemo di dataran tue. Hak untuk mendapatkan pinjaman percuma. Tuntutan mereka. Bukan datang dari PR. Tapi suara ahti mahasiswa2 yang ada akal cerdik dan bijak.

6. Bila hutang pinjaman = dimahsuhkan = automatik mereka2 yang pernah pinjam takde hutang pinjaman lagi. Tapi bagaimana pula dengan yang bakal melanjutkan pelajaran? Kat mana nak cekau duit untuk belajar?

FAHAMI soalan no enam neh betul2.

- Hutang ptptn mahsuh? Maksudnya apa? Keadaan neh hanya akan berlaku JIKA PR menguasai malaysia. Betul?

- Selagi pr tak menguasai malaysia maka hutang ptptn wujud, jadi soalan macam mana budak2 miskin nak belajar jika ptptn mahsuh tidak sepatutnya wujud sebagaimana yang ditimbulkan oleh umno.

- Dan jika pr menguasai malaysia, bila hutang ptptn mahsuh, maka dasar pendidikan percuma akan diperkenalkan, yakni budak2 miskin tak perlu fikir pecah kepala hotak kat mana nak cekau duit untuk belajar sebab pendidikan percuma. Ko ada duit ka takde duit ka, education is free so nak fikir apa lagi?

- Dalam erti kata lain, neh bukan benda yang begitu rumit untuk ko pongpang2. Ko pongpang2 sebab ko tak faham fakta. Dah berapa banyak kali aku ajar faham fakta baru ko berhujah. Jangan bercakap tanpa faham fakta, sudahnya buta2 ko kena heret dengan bien ke sana ke mari macam orang tolol.

7. Sekarang mana nak laksanakan dasar pendidikan percuma?

- Pendidikan percuma terpakai untuk sesiapa yang berkelayakkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

- Pendidikan percuma terpakai untuk mereka2 yang tidak mampu bukan untuk orang2 kaya.

- Pendidikan percuma terpakai untuk mereka2 yang benar2 mahu berusaha bukan untuk mereka yang malas, berjoli ataupun mendapat kredit yang teruk. Maksudnya kat sini ialah semua orang layak mendapat pendidikan percuma tapi bila dalam tempoh dia belajar didapati keputusan pembelajaran dia sangat gilababi maka segala kos pendidikan yang ditanggung oleh kerajaan dia kena bayar balik satu demi satu tanpa kompromi dan kroni.

- Ingatlah, jika kerajaan dapat melahirkan lebih ramai mereka2 yang cemerlang maka neh akan membantu kerajaan juga di masa akan datang. Sebab apa? Dah larh belajar pun kerajaan biayai.. kepada siapa larh mereka nak taburkan jasa kalau bukan pada negara neh kan?



Full stop. Sampai sini.

Sampai sini memang kita faham sejauh inilah perancangan2 yang telah didedahkan. Tetapi bagi pandangan aku ada beberapa persoalan yang pr sendiri kena fikirkan.

1. Bagaimana dengan kolej swasta? 

2. Sejauh mana ipta yang wujud boleh menampung jumlah pelajar yang benar2 mahu belajar?

3. Jika pendidikan percuma neh diperkenalkan apakah ipts akan lumpuh?

4. Apakah ada pelan perancangan bagi memastikan mahasiswa2 yang terhasil benar2 berkualiti? Kita tidak mahukan kuantiti, ada mahasiswa yang kredit dia sangat cikai. Maaf, bukan kutuk sapa2 oke, tapi sesetengah orang bangga anak dia mahasiswa apa seme tapi kalau tengok sijil adoimakk..  lepas tue bising pongpang2 tak dapat kerja atau gaji tak setimpal kelulusan. Tolong larh faham bukan seme graduan itu berkualiti oke.

5. Sejauh mana kerajaan akan menanggung pendidikan percuma?

6. Adakah pendidikan percuma terpakai untuk ipts? 

Oke, ini pula idea aku.

1. Pendidikan percuma terpakai hanya untuk pelajaran. Untuk makan apa seme, ko cari larh sendiri. Gua pun sedang belajar dan guna duit sendiri. Cakap terus terang.. belajar guna duit sendiri sambil bekerja apa seme lebih mengasyikkan sebab kita lebih menghargai apa yang kita ada. Ia mengajar kita berdikari + tahan lasak + cekal + iltizam. Siyes.

Dan memang betul pengajian di peringkat ipta takde lah begitu mahal berbanding ipts. Tapi still makan riban2 juga. Aku taktau larh pandangan korang macam mana tapi pandangan aku sendiri student zaman sekarang memang ramai yang malas2 lebih2 lagi siap ada elaun makan minum apa seme. Yang neh bagi aku, kerajaan tak perlu susah payah nak bagi. Sendiri nak makan sendiri cari larh der.

Ada juga orang yang dapat ptptn beli telefon canggih apa seme. Kalau beli laptop tue consider oke sebab utk study tapi beli smartphone? Apa barang? Beli motor pun takpe sebab nak pergi kerja or belajar tapi beli smartphone or ipad ? Apa barang ? 

Terdapatnya student2 yang akalnya manja. Jadi kalau boleh, perlu ada satu sistem dimana kalau depa nak mohon elaun utk beli motor atau komputer no hal kalau utk perkara2 melalut baik toksah. Student2 neh perlu dilatih habiskan masa bukan sahaja utk belajar malahan bekerja cari duit poket sendiri supaya lebih berdikari di masa hadapan. Semakin banyak tekanan kerja yang dia perolehi semakin bijak dia menanggani stress apabila berjaya tamatkan pelajaran kelak. Itu juga satu kaedah yang bagus supaya berjaya kurangkan aktiviti dorang yang melepak2 dengan gf dan bf di tempat2 yang takde faedah. 

2. Kurangkan kos pendidikan di kolej swasta. Kalau dilihat sekarang neh kolej mementingkan keuntungan yang melampau2. Benda yang boleh cas ratus2 main cekau riban2, sangat2 tidak patut. Tolong tetapkan sejauh mana kolej2 swasta neh boleh pergi. Jangan biarkan dorang melampau2 tetapkan kadar yuran dan etc.

3. Lebih molek juga, kos pendidikan di ipta dan ipts diselaraskan. Maksudnya apa yang ipta kena bayar, ipts pun kena bayar yang sama. Dan kerajaan boleh bagi kebaikan kepada ipts seperti pengecualian cukai kepada institusi dan tenaga pengajar dan etc2 utk selaraskan kos pendidikan di kedua2 jenis institusi neh.

4. Jadikan ipts separa kerajaan. Maksudkan kalau tak dapat nak ipta kan seme.. jadikan seluruh insitusi pendidikan yang wujud di malaysia separuh kerajaan. Untung sket kepada rakyat sebab memudahkan mereka belajar dengan kos yang munasabah. Jika kos pendidikan itu munasabah rasanya mereka pun takan pongpang2 pasal pendidikan percuma.. silap2 seme mampu bayar sendiri.

5. Tolong berikan peluang yang sama rata pada semua untuk belajar. Tak perlu pecahkan ikut kaum, agama atau apa. Tolong larh faham. Dikriminasi tak patut wujud lagi dah di malaysia neh. Dah 55 tahun hidup bersama apa salahnya pupuk semangat kasih sayang sesama rakyat malaysia tanpa kira agama dan bangsa?

6. Tetapkan balik sesetengah silibus. Ada banyak subject2 yang tak relevant dengan apa yang kita belajar tapi kita kena amek benda tue. Ia seolah2 bagai nak mewujudkan pertambahan kos pun ada aku rasa. So benda2 macam neh perlu ditetapkan semula. Apa yang benar2 kita belajar dan guna jek barulah kita disuruh belajar jangan larh campuradukkan subject2 yang takde kaitan dengan bidang kita. Tah pape larh weh.

Bagi aku dalam hal neh mudah jek. Sebagai manusia kita akan sentiasa mencari sesuatu yang boleh memberikan nilai pulangan yang terbaik hasil dari pelaburan kita. Kalau korang nak kan nilai pulangan yang terbaik, tolonglah melabur di tempat yang betul. Bai.

Pstt.. kalau korang ada idea share kat ruangan komen oke.. jangan segan2 cakap jek apa yang korang rasa dan fikirkan..  



Ameno : Dasar pendidikan percuma takan bankruptkan negara der..

Kantoi kali kedua.. isu mahasiswa bersama kondom

Hehehe..

Kantoi kantoi dan kantoi.

Itu jek aku boleh cakap. Terima kasih kepada rakan facebook yang menyiasat punca dari mana blogger bengap tue dapat gambar kondom tue. Kali neh memang bodoh tak layak lagi ditabalkan kat blogger bodoh tue. Dia lebih bodoh dari bodoh itu sendiri. Dasat.

kah kah kah

Lihat kat bawah neh ;



Cam tak gambar kat atas neh? Confirm korang cam kan? Ia mula2 diperlihatkan dalam gambar kat bawah neh ;


Aku sampai sini dah start tergelak2.. 

Bodoh gilee lahaiiii...

Sampai sekarang aku dok terkenang2kan kebodohan dia.. adoiiyaiii
 .
Link asal gambar tue ==> sini.

Masih ingat bagaimana papa gomo dan geng2 dia terkantoi fitnah anak lim guan eng? Adun pas dan pelbagai lagi kes2 yang aku dah tak larat nak sebut? Fikirlah der.. kalau sekali dua ada logik juga. Mungkin kita tersalah info atau dihadapkan dengan maklumat yang tak lengkap tapi kalau dah asyik kantoi dan kantoi sudah semestinya ada sesuatu yang tak kena disitu. 

Dan kalau korang benar2 ada akal, maksud aku penyokong2 umno, sudah semestinya korang tahu macam mana nak buat kan? Berhentilah mempercayai orang2 yang dah sering terkantoi dengan fitnah. Sekali dua ada maafnya, kalau dah berkali2? Ada sesuatu yang korang kena kaji masak2. Bukan dengan bloggers umno jekk dengan otak korang sekali korang kena kaji.. pasai apa dok percaya lagi entry2 blog bloggers pemfitnah. Bai.

Hasil siasatan : Rakan fb.

Ameno : Kelakar siot dorang neh..

Jumaat, 20 April 2012

Ibrahim Ali intip mahasiswa yang berkhemah di dataran merdeka.


Peh.

Ibrahim Ali pandai kaw. Dia dah jadi penyiasat sekarang neh. Korang lihat dan baca sendiri apa yang dia cakap kat dalam paper di atas neh ;

"Malam kelmarin saya pergi ke sana senyap2. Lama saya perhatikan dan tengok ada kereta berhenti dan menghulurkan duit serta khemah kepada pelajar ini".

kah kah kah

Adoii.. sakit otak aku.. sakit otak sebab gelak kuat sangat. Dari perut bawa ke otak. Punya kelakar larh statement ibrahim ali neh. Bukanlah perkara yang rahsia pun benda yang dia cakap tue. Aku dan ramai orang siap sebarkan lagi.. kepada sesiapa yang nak menaja dialu2kan.. apa benda yang dia siasat tue? Apa pun takde sebenarnya.

kah kah kah

Memalukan!

By the way, kepada kekawan yang nak menaja atau nak menyumbangkan apa2 secara direct kepada mahasiswa2 yang berdemo tue boleh larh berhenti buat sementara waktu sebab mereka dah mengosongkan kawasan perkhemahan untuk memberikan laluan kepada konsert diraja. Perkhemahan akan bersambung semula pada hari ahad neh. Selepas berlalunya konsert tue kalau nak menaja ke apa boleh larh berbuat demikian.

Errr.. kalau ibrahim ali nak menaja pun boleh. Dan errr... penajaan kepada mahasiswa tue bukan larh satu perkara yang sangat rahsia atau sulit taw.. kita orang seme dah tahu. Harap ibrahim ali kalau nak menyiasat ka, buat penaakulan ka analisis ka apa ka tolong larhhh.. tolong call detektif conan dulu. Insya-Allah dia pasti akan membantu..

kah kah kah

Ameno : Kelakar dowhh.. 

Ahad, 1 Januari 2012

SB yang mahu menumbuk Adam Adli kini berada di Tanjung Malim.

Polis yang mahu menumbuk dan memberikan amaran kepada Adam Adli minggu lepas kini dipercayai dikesan berada di depan balai polis tanjung malim. Lihat bawah neh ;


Gambar yang diperolehi menerusi twitter oleh AMK. 

Gambar neh dipercayai baru sahaja diambil dan diupload di twitter untuk tujuan sebaran. Untuk rekod SB neh pernah menampar muka adam ketika dia membuat laporan polis di bukit aman akibat di ugut oleh penyokong2 kerajaan.

Dan kini dia muncul di balai polis yang menahan adam adli. Taktahu apa yang dia ingin cuba lakukan tetapi diminta awas jika ada sebarang provokasi yang dia lakukan, minta elakkan. Kita taktau apa niat dia tapi yang pasti isu kecederaan mahasiswa dan mahasiswa yang ditahan oleh polis, sudah pasti akan di spin oleh polis sehabis daya untuk meletakkan kesalahan di atas bahu mahasiswa semata2.

Kalau nak anggap kedua2 pihak bersalah, ok. Tapi kalau nak letak kesalahan di atas bahu mahasiswa jek, memang tak boleh sebab mustahil mahasiswa jek yang patut dipersalahkan dalam isu neh. Isu kecederaan serius neh jelas, polis perlu bertanggungjawab. Sampai masuk ICU. Adil kah? Perlu ke membelasah orang sehingga masuk ICU? Lue fikirlah sendiri. SOP apa tah yang digunapakai. Adoii.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Jumaat, 18 Mac 2011

Panas! Poster hebat pro aspirasi..

Semalam aku telah di tanda oleh rakan facebook ke atas satu poster yang hebat. Aku baru perasan tadi sebab baru login facebook guna account pertama aku. Kat bawah neh adalah poster yang calon aspirasi buat ketika prk kampus berlangsung baru-baru ini ;


Hebat tak poster neh? Hebat kan..

Cukup tak sangka pro aspirasi dah mula mengikuti jejak langkah taktik penyokong umno dalam memperhebatkan diri dalam seni super impose.

Semoga mereka [pro aspirasi] cemerlang, terbilang dan gemilang membuat poster lucah. 

Ingat aspirasi! Ingat lucah!

Ha Ha Ha..

Ameno : Isu yg patut pro aspirasi + mahasiswa pakai ketika prk kampus ialah isu2 setempat yang melibatkan fasilitis kampus itu sendiri. Isu2 nasional macam neh apa guna pun korang jaja? Haizhh.. pelik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...