Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label DATARAN MERDEKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DATARAN MERDEKA. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Video kontroversi Janji Demokrasi tersebar.

Pehhh..

Cekap jek blogger umno merakam video tersebut dan terus upload di youtube ek? Saksikan video kat bawah neh terlebih dahulu geng ;


 

Blogger umno kata video di atas memaparkan aksi liar penyokong bersih. Mungkin tak sopan tetapi nak cakap liar macam tak kena. Setiap orang ada guideline tersendiri bagaimana mereka mahu menghormati orang lain. Aku takmo jadi hakim sesiapa meskipun aku sendiri secara peribadinya tidak bersetuju dengan aksi tersebut.

Untuk rekod, AJK bersih janji demokrasi tidak menyeru kepada apa2 perlakuan seperti dalam video di atas. Telah pun dikeluarkan statement dan notis bahawa JANJI DEMOKRASI ialah perhimpunan aman bukan perhimpunan provokasi. Sesetengah dari mereka mungkin telah melanggar arahan.

Aku juga nak ulas beberapa perkara. Aku taknak letakkan kesalahan ataupun tuduhan kepada sesiapa sebaliknya aku harap bloggers umno juga boleh bertindak matang dalam menganalisis sesuatu tindakan. Jangan main tuduh2 jek.

1. Kalau diperhatikan video kat atas, kebanyakkan yang memijak dan melakukan provokasi ialah mereka2 yang tak pakai baju bersih dan tak nampak muka nya.. apa pasal? Mula2 yang pijak gambar rosmah dan oppa najib.. ada nampak muka2 orang lelaki yang berbaju hitam? Ada tak wajah lelaki berbaju merah sehingga mendorong peserta2 bersih yang lain terpengaruh? Aku tak tuduh apa2.. just menganalisis jek oke.

2. Kenapa blogger umno buat2 buta dengan perbuatan pemuda bersih kat bawah neh ;



Nak tahu apa dia buat? Dia kutip gambar rosmah yang berterabur tue. Mungkin itu jek gambar yang dia nampak so itulah yang dia kutip. Kenapa taknak buat artikel

PEMUDA BERSIH SELAMATKAN GAMBAR ROSMAH YANG TERABUR ATAS JALANRAYA DARIPADA TERUS DIPIJAK OLEH ORANG YANG LALU LALANG.

Kadang2 orang yang lalu lalang maybe tak perasan. Kalau ada orang yang perasan, tak semestinya seme orang pun akan perasan. Jangan nak buat penilaian sembrono jek beb.

Berkenaan cara layanan mereka terhadap gambar oppa najib seperti biasa aku sama sekali tidak akan menyokong kepada apa2 perlakuan seperti itu. Bukan sebab aku berlagak baik or oppa najib tue member kamcing aku sebab kami agak sekorean tetapi sebab aku fikir aku takan dapat apa2 kepuasan dengan memperlakukan gambar dia seperti itu.

Akhirnya ia akan berbalik semula kepada aku. Seronok nya sekejap jek. Dapat pijak gambar. Tetapi perbuatan yang sedikit itulah yang akhirnya akan dinilai2 orang. Jangan lupa, walaupun sejuta kebaikan yang kita buat, keburukan juga lah yang akan diperbesar2kan. Sebab tue aku cakap tak sesuai.

Apa pun aku cabar blogger umno buat report polis. Aku pun nak pastikan juga bahawa yang benar2 memulakan insiden provokasi itu adalah penyokong bersih dan bukan nya SB. Bukan apa, kalau ia SB akhirnya kebenaran akan terbongkar. Kalau ia peserta bersih, marilah kita sama2 belajar untuk berhimpun guna akal bukan guna emosi. Bai. 

Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3 : Gambar terkini di dataran merdeka.




























Sumber : Dari pelbagai pihak = bloggers umno, JKK, Twitter, Zunar. 


Nampaknya belum bersih 3 mereka dah mula bersih.. tak sabar2 ke apa?


kah kah kah


Apa pun neh hadiah dari DBKL untuk kita seme..




Aik,


DBKL.. main tipu ek? Nak alihkan pandangan orang ek? Tak baik wooo.. perhimpunan ada oke.. ada. 


kah kah kah


Ameno : Malam masih muda ..

Jumaat, 27 April 2012

Apa anak-anak hantu neh cakap?


Dia cakap kat kita semua ;
Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.

Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.-MK-

Kita pecahkan statement di atas jap ;

1. Boleh berhimpun di tempat yang dirancang = dataran merdeka.

2. Tapi dilarang berarak ke dataran merdeka. 

3. Sebarang kumpulan yang datang berarak akan dikenakan tindakan.

4. Ia dibuat atas alasan keselamatan.

Kalau kita ramai2 datang dari mana2 arah pun walaupun tiada niat nak berarak tetap dilihat seperti berarak sebab datang ramai2 walaupun bukan datang sekali. So kalau dia cakap boleh berhimpun tapi tak boleh berarak memang kelakar gile. Bayangkan saja macam kenduri kahwin. Bukan kita ramai2 nak berarak pergi kenduri kahwin tapi itulah keadaan nya kalau dah masing2 menuju ke arah yang sama. Adoiiiyaii.

Anak hantu kedua pula cakap gini ;

"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih," kata Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menurutnya, PERKASA mengambil pendirian sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa umat Islam mengelak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

"Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH," katanya.

Ahli-ahli PERKASA juga katanya tidak akan turun menyanggah himpunan BERSIH kerana menghormati arahan mahkamah dan pihak berkuasa yang menutup Dataran Merdeka.

"Kita akur pada arahan. Kita dapat arahan mahkamah yang tidak membenarkan untuk turut serta," kata Rahman. -MK-

Kita pecahkan statement dia jap ;

1. Perkasa suruh orang melayu jangan jadi pak turut mana2 pihak.

2. Jangan tidak tahu berterima kasih.

3. Perkasa tidak turun menyanggah perhimpunan bersih sebab hormati arahan mahkamah.

Oke. Ringkasnya dia suruh kita jangan ikut suruhan sapa2. Jadi dia yang baru menyuruh kita neh boleh larh diabaikan sebab kita berpegang kepada pendirian tak perlu ikut sapa2 punya suruhan dan arahan. 

Err jap ada sapa2 paksa or suruh ko pergi demo bersih tak? Takde? Semua pergi atas kerelaan sendiri ka? Bagus.. maka nya kita harap perkasa boleh berbangga dengan kita sebab kita tak jadi pak turut mana2 pihak.

Bab tidak tahu berterima kasih atau tidak ia sesuatu yang sangat subjektif. Oleh kerana cara hidup, persekitaran dan pengalaman kita berbeza2 maka jangan terlalu jumud beranggapan bahawa aku dan ko merasai perkara yang sama. Boleh hadam tue atau perlukan pemahaman yang lebih mendalam? Aku tak banyak masa nak fahamkan orang yang faham oke terai upgrade akal dulu..

Perkasa tak turun sebab takde pengikut. Itu je sebab sebenar. Mari cakap pasal fakta disini dan lupakan ego masing2 oke. 

kah kah kah

Anak hantu ketiga plak bercakap ;

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini berkata tindakan perhimpunan BERSIH di Dataran Merdeka kini sudah menjadi isu keselamatan.

"Saya boleh katanya, sekarang terdapat unsur berkaitan keselamatan," kata Ahmad Fuad.

Ekoran itu, Ahmad Fuad berkata akan menemui Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini bagi menentukan kaedah dalam operasi bersama mereka. - MK

Aku boleh kata bahawa nya datuk bandar DBKL sedang mengarut. Terai take it easy datok.. anak nak kahwin kan 28 april neh? Take it easy.. biarkan sahaja himpunan aman berlalu.. anda tak rugi, kami pun lega. Apa yang dok pongpang2 jaja isu keselamatan bagai? Kucing pun gelak baca neh datok oii..

kah kah kah

Anak hantu keempat plak cakap ;

Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang penganjur dan orang awam berkumpul atau mengadakan aktiviti di Dataran Merdeka mulai esok sehingga 1 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kawasan ‘larangan’ yang dimaksudkan itu adalah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, ia bermula pada jam 12 tengah malam tadi.

"Penama yang dinamakan dalam perintah itu, penganjur dan orang awam adalah dilarang hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan tersebut mulai hari yang ditetapkan,” katanya.

Mohamad berkata, polis mengambil kira isu keselamatan dan kententeraman awam di pusat bandar, khususnya di Dataran Merdeka.

Menurutnya, jika pihak berkenaan masih berdegil dan tidak mengikut perintah, ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda RM 2,000 atau kedua-duanya.

“Jika pihak berkenaan didapati mengadakan perhimpunan di tempat lain seperti KLCC yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang yang termaktub. Berkumpul di sesuatu lokasi untuk tujuan perarakan adalah salah mengikut Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Beliau berkata, polis mempunyai pasukan yang memadai untuk memantau perhimpunan Bersih 3.0.
-SH-

Mula2 tadi dia cakap oke kan? Lepas tue dia cakap tak oke pula kan? Sekarang semua laporan berita dok pongpang2 label bersih 3 = perhimpunan haram. Inilah pandangan aku. 

1. Sebenarnya dari awal lagi memang dia takan bagi buat bersih 3.

2. Tapi dorang kena main wayang supaya tak nampak sangat macam tahun lepas.

3. Tahun neh depa guna strategi supaya boleh memperdayakan rakyat.

4. Dan kesan nya mungkin ada rakyat yang dah terpedaya dengan penipuan mereka. Hakikatnya kalau dorang dah izin dorang akan izinkan jek terus guna dataran merdeka tue. Bukan ada effect apa pun. Konsert selalu buat kat sana. Jalan sana selalu tutup. Bukan perkara baru atau luar biasa. 

Tapi memang sejak dari awal lagi dorang memang tak pernah izinkan bersih. Dorang saja2 cakap izin, keluar tv apa seme lepas tue dorang rangka strategi supaya dorang dilihat orang yang bertolenrasi dan BERSIH 3 dilihat sebagai pihak yang pentingkan diri sendiri. 

Tapi sorry to say lah.. sapa2 yang terpedaya tue akan tetap terpedaya bersandarkan kepada kemampuan akal dia menganalisis keadaan. Orang yang ada kemampuan akal untuk menganalisis lebih dalam memang takan terpedaya. Kemampuan akal orang2 yang dah terpedaya neh bukan sesuatu yang aku boleh tolong der. Tolong larh faham.. kebijaksanaan aku menganalisis bukan sesuatu yang boleh didermakan begitu sahaja.. oke?

kah kah kah

Ameno : Banyak anak hantu sekarang..

Tiga lapisan pagar menanti peserta BERSIH 3. [VIDEO INSIDE]

Tiga lapisan ek?

Lihat video kat bawah neh. Sumbangan rakan facebook.

 

10 lapisan pagar pun aku rasa takde sapa nak heran. 

kah kah kah

Satu tips yang sangat2 penting untuk peserta2 demo BERSIH 3 ialah ;

Jangan lompat. Korang kalau nak masuk, aku tak suruh tapi sebenarnya cara terbaik langgar jek beb. Langgar jek dah oke dah. Takan boleh mati der. Jangan susah2 buat gini beb ;



kah kah kah

Idea bernas kan? So are you ready?

Ameno : Apa pun tak boleh.. duduk dan bantah pun tak boleh sekarang.. ekekeke..

Khamis, 26 April 2012

Penjelasan lengkap apa itu BERSIH 3. - PART 2.

Part 1 kat sini.



Eley ko cakap macam gud2 tapi BERSIH tue agenda PR jek sebenarnya.

Dan ko pula? Siapa? Bercakap bagi pihak diri sendiri ataupun sebab ko pro bn? Jadi ko sebagai penentang bersih juga boleh di anggap ada agenda sendiri sebab sokong bn maka ko berpendapat adalah logik untuk ko bantah bersih sebab bn pun bantah bersih.

Aku tak faham kenapa bn bantah bersih sebab bersih bukan menentang bn sebaliknya bersih sedang mencuci spr. Oleh kerana itu bn tiada sebab untuk terasa langsung. Aku makan cili aku patut rasa pedas. Aku heran juga kalau aku yang makan cili, ko pula yang rasa pedas. Faham tak?

Jika bersih dituduh ada agenda maka ko bukan dituduh tapi terbukti memang ada agenda. Untuk membetulkan tanggapan sesetengah pihak, BERSIH bukan alat pembangkang meskipun tidak dinafikan PEMBANGKANG MENG-ALAT-KAN bersih untuk kepentingan mereka. Ia dua perkara yang berbeza. BN juga turut di undang untuk sama2 mendesak SPR mereformasikan sistem mereka. BERSIH tidak memusuhi BN. Tetapi BN sendiri tidak mahu bersama2 dengan BERSIH. 

Di satu sisi yang lain, tidak salah sebenarnya jika PR mahukan sistem piliharaya yang bersih dan menjadikan BERSIH sebagai agenda mereka. Ia bukan sesuatu yang salah untuk memperjuangkan keadilan bukan?

Ambiga lead bersih dan dia sokong LBGT, ko tak takut dosa ka?

Aku dah penat cakap pasal neh. Bab LGBT tue aku dah jelaskan banyak kali. Majlis peguam bersama2 LGBT atas nama undang2. Maksudnya disini ialah mereka mahu hak2 LGBT dalam perlindungan undang2 diperluaskan. Which is aku sendiri tak setuju sebab sekali ko buka pintu kepada mereka bermakna ko baru sahaja akur dengan dosa tersebut.

Contoh ;

Ahmad seorang bapok. Dia telah diraba di tempat kerja. Dia mengadu ke polis. Polis log  report tapi tindakan tiada ataupun wujud dikriminasi. Jadi Ahmad rasa bengang. Dia bagitau peguam dia dianiaya. Bagaimana kes neh harus berjalan? 

Mungkin kawan sekerja ahmad hanya pegang dia sebab mereka sesama lelaki, tetapi ahmad baca tindakan itu sebagai me-raba.. jadi bagaimana kes neh harus digambarkan? 

Majlis peguam merasakan LGBT ditindas dari segi undang2 sebab tue mereka bersama2 LGBT dalam hal berkaitan undang2. Ambiga itu sendiri bukan golongan LGBT. Dia sendiri pun sumpah siyes aku percaya fak gile nak main sesama pompuan.

Seterusnya belajar mencari maklumat dan informasi sendiri. Jangan dengar apa yang orang salurkan. Susah sangat ke nak kaji bagaimana LGBT boleh menular di malaysia? Susah sangat ke nak periksa dan buat research apakah sebenarnya yang menyebabkan mereka merebak disini?

Untuk rekod, seksualiti merdeka yang diharamkan pada tahun lepas pun atas kerana ada orang berikan informasi kat aku dan aku pergi sebarkan isu neh di blog non stop. Kerajaan sendiri pun tak aware kalau aku tak tulis di blog. Belajar cari fakta tolong larh ek.

Dan ambiga lead bersih bersama2 A.Samad Said. Di bersih kita cakap pasal SPR, bukan pasal LBGT. Sila belajar membezakan situasi dan isu. Jangan generalisekan semua perkara. Itu sangat tidak adil.

SOKONG AMBIGA bermaksud SOKONG LGBT juga der.

Aku taktau mana ko dapat kefahaman tue. Untuk rekod, teori ko salah. Sokong bersih bermakna sokong bersih. Sokong bersih bukan bermaksud sokong ambiga. Bersih ialah bersih dan bersih boleh bertukar pengerusi pada bila2 masa. Contohnya tahun neh kita ada A.Samad Said sebagai pengerusi bersama.  

BERSIH hanya akan huru harakan negara.

Kenapa hanya bersih? Perkasa juga berdemo. JMM juga berdemo. Even umno juga pernah berdemo di jalanan. Kenapa hanya BERSIH je dilontarkan dengan tuduhan seperti itu? Yang hakikatnya bersih mendapat sambutan maka apa2 demo yang mendapat sambutan akan di anggap menghuruharakan negara walhal hakikatnya ia menunjukkan kepincangan pihak2 yang dituntut untuk melakukan perubahan.

Kenapa tidak ko solat hajat je. Demo neh bukan islamik pun der.

Baik ko duduk solat 24 jam dan tunggu duit jatuh dari langit. Demo neh bukanlah sesuatu yang boleh digambarkan islamik ke tak islamik apa seme. Sesuatu jalan / cara untuk menuntut keadilan asalkan tidak berlanggaran dengan hukum dah cukup. Demo bukan haram. 



Tahu kah ko bahawa bersih boleh merugikan negara dan peniaga2 tempatan? 

Taktau. Jika ko tahu maka sila berikan data dan stastistik yang boleh membenarkan kata2 tersebut. Cakap petik dari utusan lepas tue pongpang2 kat sini. Kucing aku pun tergelak sakan karang.

Sekarang aku bebas, bukan sokong BN. Aku rasa BERSIH susahkan rakyat macam aku oke. Aku tak suka jalan jam lah bangang..

Owh oke. Hari2 jalan tetap jam bersih ada ataupun tidak. Err jap ko tinggal di dataran ka? Ko pergi kerja kat sana ka apa ka? Selalunya orang yang sibuk2 pongpang neh takde kaitan pun dengan kl dan dataran bagai. Nak kata tinggal dekat2 pun takde. Komplain jek walau satusen takde kaitan dengan kehidupan dia.

Tak. Tapi POLIS akan tutup jalan apa seme. Ini menyusahkan aku oke.

Tahu takpe. Polis yang tutup jalan, BERSIH pula yang ko marahkan. Ko sound lah POLIS napa tak beri kerjasama pada BERSIH tapi kalau konsert joget2, bogel2, karut2, lucah2 apa seme on aje.. cuba cakap? Kalau kerjasama diberikan, maka segala perkara juga akan lancar seperti biasa.

Kami alert pasal sistem pentadbiran negara. Kami bukan pergi terpekik terlolong tengok konsert kpop oke. Semua demo pasti akan mendatangkan kesan. Seterusnya bagaimana cara kita nak pastikan bahawa kesan positif adalah lebih banyak dari kesan negatif. Dah alang2 rasa menyusahkan better ko join jek demo neh der.

Benda bukan satu hari, hanya beberapa jam. Ko tak rugi apa pun dalam masa beberapa jam neh. Kalau taknak ikut campur sekalipun ko bebas jadi pemerhati.

Aku neh pelik sket. Ko cakap SPR biasa tapi 5 negeri jatuh kat tangan pembangkang apa citer?

Nasib baik je tue. Kegagalan sebelah pihak baca protes rakyat menyebabkan mereka tidak berjaga2 sekaligus tidak membuat apa2 langkah untuk memastikan terus menang dalam pru. Ini mungkin jawapan klise tapi inilah yang aku percaya berlaku. Korang boleh pilih untuk tidak percaya. Aku percaya sebab dah mendengar pandangan dari rakan2 yang terlibat dalam SPR. Sebab tue aku dah apply nak jadi petugas SPR. Demm.. tak approve siot. Ekekeke..

Toksah pergi lah. BERSIH neh HARAM. Lagipun orang melayu bodoh2 berdemo, kaum lain seronok tepuk tangan.

BERSIH bukan HARAM. Dan kerajaan dah bagi green light kat BERSIH. Apa yang berlaku cuma masalah lokasi sahaja. Bersih boleh disertai oleh semua pihak. Dan komen2 pasal kaum apa seme neh aku cadangkan lebih baik tengok cermin sambil cakap benda2 kat atas neh. Lepas tue kaji satu persatu barang2 yang ko ada dan tanya pada diri sendiri kat sapa aku beli seme barang2 neh. Lepas tue fikir sapa yang tepuk2 tangan dapat bina kekayaan guna duit2 ko. Oke, tq. 

Yang bersih degil sangat nak berhimpun kat dataran napa? BERKUMPUL lah tempat lain.

Alasan ambiga mengatakan masa dah suntuk tue mungkin sesetengah orang cakap tak kuat tapi aku fikir dia ada point yang betul. Tiket bas dah dibeli. Kalau ke stadium merdeka tue kita nak apply permit lagi. Memang DBKL cakap senang, dia bagi proposal tapi belum tentu selepas kami setuju tukar lokasi maka ia boleh terus digunakan. Kena tunggu kelulusan apa lagi. 

Itu tak masuk rakan2 yang dah book hotel apa seme. Bayangkan tiba2 kalau ia dibuat di stadium bukit jalil.. mahasiswa dok berkumpul kat dataran tue. Kena balon hampir setiap hari. Simboliknya dataran tue pada kami. Aku sendiri kalaupun ambiga setuju, aku tetap tak setuju. Ia seolah2 kami baru sahaja memperlecehkan perjuangan mahasiswa2 kat situ dalam beberapa hari neh.

Aku tetap taknak pergi bersih dan tak boleh terima bersih.

Ko punya pasal. Tapi pastikan jangan ko menyalurkan kebencian ko terhadap bersih dengan menfitnah bersih. Jangan juga dok cakap sesuatu yang ko tatau hal sebenarnya. Dalam erti kata lain, ko berhak taknak pergi tapi ko juga patut faham ko tiada hak nak bercakap apa2 yang berlaku pada bersih 3 sebab ko tiada disana. Jika ko ada disana samada sebagai pemerhati atau apa itu lain citer tetapi jika ko tiada disana maka bersikaplah sebagaimana yang sepatutnya iaitu jangan bercakap atas perkara yang ko sendiri tidak jelas tentang fakta sebenarnya. 



Kalau nak bagi komen serba ringkas logik juga tapi ramainya orang suka bagi komen beria2 cam dia jek betul dan seolah2 dia berada di lokasi kejadian siap selit2kan persepsi dia sebagai fakta. Ini kebanyakkannya pembenci2 BERSIH suka buat. Suruh pergi tinjau sendiri takmo, tapi bercakap komen pongpang2 mao pula. 

Lepas tue bila kita bagi fakta bukti apa seme mereka tolak tapi beria2 cakap bebas.. sepanjang yang aku tahu, golongan atas pagar menilai kesemua hujah dengan adil dan akhirnya mereka paling2 koman pun mereka akan bercakap pergilah buat apa2 yang korang nak buat, yang baik aku sokong yang buruk aku kondem. Orang yang faham fakta sama sekali tidak akan menolak bersih.Yang tolak semua nya ada agenda. Ya agenda, mereka itu penyokong KOTOR. Ketahuilah kebenaran neh oke.

Nota : Akan dikemaskini kelak. 

Ameno : Yang tak pergi better diam2.. bukan tak boleh bersuara tapi kalau lue tak berani amek risiko nak siasat sendiri apa perlu lue bercakap pongpang2 der? Lue boleh faham tak macam mana wa memperkecilkan keberanian lue? Ekekekek..

Rabu, 25 April 2012

Hot : Ini ke video seks mahasiswa di dataran tue?

Korang lihat dulu video yang badut cakap ada aksi panas mahasiswa tue ;


Aku tak minat nak bekap sesiapa dalam isu neh. Buang masa aku jek kalau dok bekap membekap neh. Satu sen apa pun aku tak dapat dengan bekap membekap. Tapi aku ada sedikit pandangan berhubung video di atas neh. Aku harap badutrakyat ko boleh teliti serba sedikit pandangan aku dan bersikap berani lah dengan respon semula dengan menjawab hujah aku dengan hujah bukan mengarut. Tolong ek.

Hujah aku.

1. Boleh tak apa seme benda ko jangan babitkan dengan nama adam adli? Maksud aku, apa kena mengena dengan perbuatan2 mereka tue dengan adam adli? Aku yang bukan adam adli pun rasa macam fak gile larh korang sikit2 sebut nama adam adli.. sikit2 adam adli.. apa kaitan nya adam adli dengan mahasiswa kat dalam video neh? Korang nampak dengan jelas kan muka2 dorang? Nama dorang je lah ko sebut. Takan itu pun nak diajar lagi? Bangang.

2. Apa asas ko mengatakan mereka buat benda2 tak elok? Ko tahu ka umur fahmi reza tue berapa? 35 tahun menurut malaysiakini. Kalau dia dah kahwin ko tahu ka? Aku taktau apa2 oke. Aku takmo bekap sapa2 oke. Cuma kalau nak tuduh2 orang boleh tak ko bagi bukti yang lebih jelas disini? Lepas tue nak cakap, cakap lah der. Sehingga kini aku belum lagi nampak bukti sahih perempuan tue dan fahmi reza tidur bersama2 atau keluar dari khemah dengan keadaan yang tidak sepatutnya.

3. Lepas tue nak cakap ia mengaibkan sebab tue taknak paparkan? Sepanjang yang aku tahu, tiada mana2 bloggers umno yang faham apa itu aib. Tiada juga mana2 bloggers umno yang faham apa itu dosa, Allah, Islam dan kebenaran. Terus terang aku cakap, ko cakap aib sebab benda tue takde. Kalau ada, ko orang pertama yang akan paparkan ia. Perangai ko neh, satu dunia dah tahu. Nak cuba tipu sapa lagi? Orang bodoh boleh larh percaya der. Orang bodoh je lah.

4. Bab aurat. Aku tak nafikan sewajibnya kita menegur muslimah kalau dia menayangkan aurat. Tapi sebelum dok pongpang2 tegur apa seme pastikan dulu bahawa orang yang ingin ditegur tue ialah orang islam. Jangan sampai tersalah anggap dan tersalah tegur pula.

5. Aku tak nampak apa2 kejadian yang mengatakan berlakunya seks bebas atau apa2 gejala yang tidak bermoral dalam video tersebut. Apa yang ada cuma lah persepsi yang ditanam oleh orang yang keluarkan video neh. Dia menggunakan ayat untuk membentuk persepsi. Dia bagi gambar then dia tulis ayat, so bila otak korang tertangkap benda tue maka korang sendiri automatik akan membentuk persepsi yang sama. Ini yang dia cuba buat. Tapi bukan seme orang, dia mampu tanam persepsi. Sebab ada sesetengah orang lebih suka kawal minda dan pemikiran dia sendiri, contohnya aku. 

6. Laki dan perempuan tidur bersebelahan? Aku taktahu apa hubungan dorang. So aku taktau nak cakap apa. Kalau dorang laki bini camne? Or adek beradik ka? Or ada hubungan kekeluargaan ka? Tak ka naya main tuduh2 jek. Jadi adalah lebih baik dengar penjelasan dari seme pihak yang terlibat sebelum buat analisis.

Tapi inilah nasihat aku kepada mahasiswa2 dan pendemo2 yang berkhemah di dataran tue.

1. Kalau anda perempuan beragama islam, wanita muslimah, tolong jaga aurat sekurang2nya tutup perkara2 yang perlu ditutup kalaupun belum mampu tutup rambut supaya tidak menimbulkan sangkaan buruk.

2. Elakkan tidur bersebelahan lelaki dan perempuan. Anda mungkin tiada apa2 niat tetapi kita tak boleh nak kawal persepsi orang. Khusus utk mereka yang beragama islam.

3. Kalau anda laki bini, sebaik2nya biarlah umum mengetahui hubungan anda kerana dibimbangi ada yang akan salah anggap.

4. Tolong jaga tingkahlaku anda ketika berdemo atau protes. Anda mungkin tak kesah dengan pandangan2 pihak2 yang menentang perjuangan anda tetapi kami atau lebih tepat aku, sangat2 kesah. Kenapa? Sebab sedikit sebanyak tingkahlaku korang sebenarnya akan mencalarkan perjuangan yang kita nak bawa neh. Nak kena fikir camne aiii nak menjernihkan kembali tanggapan orang lain especially atas pagar.

Aku takmo tengah syok2 bawa kereta lepas tue kena hadap dengan masalah seperti brake problem, handbrake sakit, seltbelt hancur dan etc2. Aku nak bawa kereta tue laju2 tanpa apa2 masalah cuma nak focus betul2 macam mana nak menang dan langgar seme halangan kat depan jek. Halangan dalam kereta tak perlu sebab kereta tue adalah sebahagian dari geng aku. Tolong faham. Tenkiu. Bai.

Ameno : Aku sampai sekarang blur kenapa unit amal balik awal ari tue..

Selasa, 24 April 2012

Dataran Merdeka Dah kena tutup..


Aik?

Dorang tutup dataran merdeka beb.

Dorang pagar dengan pagar besi, pita kuning dan benda alah kotak2 tue. Apa ke nama dia tah aku tatau. Maksudnya disini pada 28 april nanti kena rempuh arh ke lokasi tersebut kalau nak duduk dan bantah. Alamak aii.. tak boleh nya nak bantah elok2. Kasi arh chance weh. 

Aku tak pasti samada seluruh kawasan dataran merdeka akan di pagari ataupun hanya tempat perkhemahan jek yang telah dipagari. Sapa2 yang berada di lokasi or berhampiran boleh larh tolong tinjau2kan suasana dan inform kat kami disini.

Alamak aiii.. tak sangka DBKL semakin lama semakin tegas. Mungkin sebab nak dekat2 BERSIH kot.. adoiii.. ari tue hishammuddin cakap lain.. sekarang lain pula tindakan nya.. apa citer seme neh beb?

Harus di ingat dataran merdeka harta awam bukan hak sesiapa pun. Dengar citer mdc pernah anjurkan program kat situ.. so program mcd = bertaraf nasional ka beb? Sapa2 ada info pasal neh tolong bagi detail sat.. Nak tunjuk kat orang betapa bias nya layanan mereka terhadap bersih.

Ameno : Depa buat macam bersih 2 larh neh.. 

Jumaat, 20 April 2012

Ibrahim Ali intip mahasiswa yang berkhemah di dataran merdeka.


Peh.

Ibrahim Ali pandai kaw. Dia dah jadi penyiasat sekarang neh. Korang lihat dan baca sendiri apa yang dia cakap kat dalam paper di atas neh ;

"Malam kelmarin saya pergi ke sana senyap2. Lama saya perhatikan dan tengok ada kereta berhenti dan menghulurkan duit serta khemah kepada pelajar ini".

kah kah kah

Adoii.. sakit otak aku.. sakit otak sebab gelak kuat sangat. Dari perut bawa ke otak. Punya kelakar larh statement ibrahim ali neh. Bukanlah perkara yang rahsia pun benda yang dia cakap tue. Aku dan ramai orang siap sebarkan lagi.. kepada sesiapa yang nak menaja dialu2kan.. apa benda yang dia siasat tue? Apa pun takde sebenarnya.

kah kah kah

Memalukan!

By the way, kepada kekawan yang nak menaja atau nak menyumbangkan apa2 secara direct kepada mahasiswa2 yang berdemo tue boleh larh berhenti buat sementara waktu sebab mereka dah mengosongkan kawasan perkhemahan untuk memberikan laluan kepada konsert diraja. Perkhemahan akan bersambung semula pada hari ahad neh. Selepas berlalunya konsert tue kalau nak menaja ke apa boleh larh berbuat demikian.

Errr.. kalau ibrahim ali nak menaja pun boleh. Dan errr... penajaan kepada mahasiswa tue bukan larh satu perkara yang sangat rahsia atau sulit taw.. kita orang seme dah tahu. Harap ibrahim ali kalau nak menyiasat ka, buat penaakulan ka analisis ka apa ka tolong larhhh.. tolong call detektif conan dulu. Insya-Allah dia pasti akan membantu..

kah kah kah

Ameno : Kelakar dowhh.. 

Selasa, 17 April 2012

Inilah bapa paling best sekali di dunia.

Ini pun kena respect gak.

Bersemangat gila bapa kepada mahasiswa yang bercamping kat dataran tue der. Memang bapa yang memahami perjuangan anak. Cayalah. Jeles siot aku.

kah kah kah


 

Bagus pakcik bagus. Pakcik memang memahami. Sesetengah orang, keluarga dorang tak memahami. Sudah larh tak faham menyemak pula tue. SUdah larh menyemak, mengarut cakap macam gud2 pula tue. Cam guna tenaga duit dia seme plak apa2 benda yang kita nak juangkan neh.

Kepada keluarga2 yang memahami perjuangan anak2 dia, syabas di ucapkan anda memang best. Kepada keluarga yang tak faham, nasihat aku err apa ek? Diam lebih bagos kot?

kah kah kah

Sorry.. i terjujur. Bai

Nak beli kereta baru? 

Ameno : Apa pun tak boleh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...