Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 April 2012

Apa anak-anak hantu neh cakap?


Dia cakap kat kita semua ;
Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.

Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.-MK-

Kita pecahkan statement di atas jap ;

1. Boleh berhimpun di tempat yang dirancang = dataran merdeka.

2. Tapi dilarang berarak ke dataran merdeka. 

3. Sebarang kumpulan yang datang berarak akan dikenakan tindakan.

4. Ia dibuat atas alasan keselamatan.

Kalau kita ramai2 datang dari mana2 arah pun walaupun tiada niat nak berarak tetap dilihat seperti berarak sebab datang ramai2 walaupun bukan datang sekali. So kalau dia cakap boleh berhimpun tapi tak boleh berarak memang kelakar gile. Bayangkan saja macam kenduri kahwin. Bukan kita ramai2 nak berarak pergi kenduri kahwin tapi itulah keadaan nya kalau dah masing2 menuju ke arah yang sama. Adoiiiyaii.

Anak hantu kedua pula cakap gini ;

"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih," kata Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menurutnya, PERKASA mengambil pendirian sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa umat Islam mengelak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

"Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH," katanya.

Ahli-ahli PERKASA juga katanya tidak akan turun menyanggah himpunan BERSIH kerana menghormati arahan mahkamah dan pihak berkuasa yang menutup Dataran Merdeka.

"Kita akur pada arahan. Kita dapat arahan mahkamah yang tidak membenarkan untuk turut serta," kata Rahman. -MK-

Kita pecahkan statement dia jap ;

1. Perkasa suruh orang melayu jangan jadi pak turut mana2 pihak.

2. Jangan tidak tahu berterima kasih.

3. Perkasa tidak turun menyanggah perhimpunan bersih sebab hormati arahan mahkamah.

Oke. Ringkasnya dia suruh kita jangan ikut suruhan sapa2. Jadi dia yang baru menyuruh kita neh boleh larh diabaikan sebab kita berpegang kepada pendirian tak perlu ikut sapa2 punya suruhan dan arahan. 

Err jap ada sapa2 paksa or suruh ko pergi demo bersih tak? Takde? Semua pergi atas kerelaan sendiri ka? Bagus.. maka nya kita harap perkasa boleh berbangga dengan kita sebab kita tak jadi pak turut mana2 pihak.

Bab tidak tahu berterima kasih atau tidak ia sesuatu yang sangat subjektif. Oleh kerana cara hidup, persekitaran dan pengalaman kita berbeza2 maka jangan terlalu jumud beranggapan bahawa aku dan ko merasai perkara yang sama. Boleh hadam tue atau perlukan pemahaman yang lebih mendalam? Aku tak banyak masa nak fahamkan orang yang faham oke terai upgrade akal dulu..

Perkasa tak turun sebab takde pengikut. Itu je sebab sebenar. Mari cakap pasal fakta disini dan lupakan ego masing2 oke. 

kah kah kah

Anak hantu ketiga plak bercakap ;

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini berkata tindakan perhimpunan BERSIH di Dataran Merdeka kini sudah menjadi isu keselamatan.

"Saya boleh katanya, sekarang terdapat unsur berkaitan keselamatan," kata Ahmad Fuad.

Ekoran itu, Ahmad Fuad berkata akan menemui Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini bagi menentukan kaedah dalam operasi bersama mereka. - MK

Aku boleh kata bahawa nya datuk bandar DBKL sedang mengarut. Terai take it easy datok.. anak nak kahwin kan 28 april neh? Take it easy.. biarkan sahaja himpunan aman berlalu.. anda tak rugi, kami pun lega. Apa yang dok pongpang2 jaja isu keselamatan bagai? Kucing pun gelak baca neh datok oii..

kah kah kah

Anak hantu keempat plak cakap ;

Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang penganjur dan orang awam berkumpul atau mengadakan aktiviti di Dataran Merdeka mulai esok sehingga 1 Mei.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kawasan ‘larangan’ yang dimaksudkan itu adalah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, ia bermula pada jam 12 tengah malam tadi.

"Penama yang dinamakan dalam perintah itu, penganjur dan orang awam adalah dilarang hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di kawasan tersebut mulai hari yang ditetapkan,” katanya.

Mohamad berkata, polis mengambil kira isu keselamatan dan kententeraman awam di pusat bandar, khususnya di Dataran Merdeka.

Menurutnya, jika pihak berkenaan masih berdegil dan tidak mengikut perintah, ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda RM 2,000 atau kedua-duanya.

“Jika pihak berkenaan didapati mengadakan perhimpunan di tempat lain seperti KLCC yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan, ia merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang yang termaktub. Berkumpul di sesuatu lokasi untuk tujuan perarakan adalah salah mengikut Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Beliau berkata, polis mempunyai pasukan yang memadai untuk memantau perhimpunan Bersih 3.0.
-SH-

Mula2 tadi dia cakap oke kan? Lepas tue dia cakap tak oke pula kan? Sekarang semua laporan berita dok pongpang2 label bersih 3 = perhimpunan haram. Inilah pandangan aku. 

1. Sebenarnya dari awal lagi memang dia takan bagi buat bersih 3.

2. Tapi dorang kena main wayang supaya tak nampak sangat macam tahun lepas.

3. Tahun neh depa guna strategi supaya boleh memperdayakan rakyat.

4. Dan kesan nya mungkin ada rakyat yang dah terpedaya dengan penipuan mereka. Hakikatnya kalau dorang dah izin dorang akan izinkan jek terus guna dataran merdeka tue. Bukan ada effect apa pun. Konsert selalu buat kat sana. Jalan sana selalu tutup. Bukan perkara baru atau luar biasa. 

Tapi memang sejak dari awal lagi dorang memang tak pernah izinkan bersih. Dorang saja2 cakap izin, keluar tv apa seme lepas tue dorang rangka strategi supaya dorang dilihat orang yang bertolenrasi dan BERSIH 3 dilihat sebagai pihak yang pentingkan diri sendiri. 

Tapi sorry to say lah.. sapa2 yang terpedaya tue akan tetap terpedaya bersandarkan kepada kemampuan akal dia menganalisis keadaan. Orang yang ada kemampuan akal untuk menganalisis lebih dalam memang takan terpedaya. Kemampuan akal orang2 yang dah terpedaya neh bukan sesuatu yang aku boleh tolong der. Tolong larh faham.. kebijaksanaan aku menganalisis bukan sesuatu yang boleh didermakan begitu sahaja.. oke?

kah kah kah

Ameno : Banyak anak hantu sekarang..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...