Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 April 2012

Kisah UMNO yang malang..




Malang.

Anwar ibrahim mai perak semalam. Kat atas neh MMS dari kawan. Bukan email tapi MMS. So gambar kecik sket larh. Citer dia kat aku ialah ;

Anwar ibrahim datang ke perak atas program bertemu penyokong2 pr. Pagi sebelum dsai tiba tue.. pelbagai risalah di edarkan dari rumah ke rumah untuk memburuk2kan dsai dan nizar. Risalah neh ada depan masjid, dalam surau dan sebagaimana. Rasanya time subuh dorang edarkan kot. Rajin. Time solat subuh pun tak rajin macam neh. Namun apa yang kelakarnya.. risalah2 neh tak mendapat layanan penduduk sekitar. Ada yang pijak2 je.. 

Lepas tue.. dia dapat tahu yang budak2 pergi kutip balik risalah2 yang di edarkan ke rumah2 orang neh. Maksudnya orang2 umno letak risalah, then budak2 ingat permainan, depa pergi kutip balik semua risalah2 tersebut. Adoii.. kiranya tak sampai arh kat penduduk kawasan perumahan tue. Itulah ingat neh kawasan bandar ka? Budak2 kat kawasan neh 7 pagi dah bangun. Standard. Yang lebih awal 6 pagi bangun dah. Standard. Solat subuh lepas tue keluar main. 

Hehehe.. kesian kat korang. Sabar banyak2 larh ek. Lenkali buat bagi salam. Ketuk rumah orang then bagitau nak edar risalah. Yang pergi campak2 atas tanah sapa suruh. Camne larh orang nak perasan.

kah kah kah 

Kalau ikut dari citer dia tue, aku rasa kat mana anwar ibrahim berpijak kat situlah risalah akan di edarkan. Contohnya kalau dia nak pergi tanjung malim, so dorang akan edarkan risalah kat kawasan tersebut dan begitulah seterusnya. Maknanya dorang mesti aware dengan program dsai.

Kadang2 kesian juga tengok umno neh. Berhempas pulas ahli2 dia berjuang supaya rakyat sokong mereka kembali seperti dulu2. Tapi sayang sokongan yang diharapkan langsung tak membuahkan hasil sebagaimana yang di impikan. Ada jek slack sana sini. 

Macam2 dah dorang buat. Semua nya boleh dikatakan gagal. Gagal sebab masalah dan salah sendiri. Dorang tak faham apa yang rakyat inginkan. Kesian aku tengok. Takde sapa2 yang sudi jadi jujur di kalangan dorang. Meh larh aku bantu serba sedikit ye.

1. UMNO kena bersihkan parti sendiri terlebih dahulu. Yang mana corrupt, buang.

2. Lepas tue, kerajaan kena buka semua skandal rasuah dan tangkap semua mereka2 yang menyeleweng tak kira jawatan apa tanpa bias. Siasat adil seadil adilnya. Siasatan kena telus dan terbuka.

3. Semua projek2 yang bermasalah, pihak2 yang terlibat harus meletakkan jawatan sebab gagal laksanakan tanggungjawab. 

4. Bersihkan senarai daftar pemilih dan biarkan SPR menjadi badan yang bebas sebebas bebasnya. Pastikan hanya mereka yang berkelayakkan jek mengetuai SPR.. tanpa kira politik apa seme. Jangan lantik kroni bagai.

5. Media kena terbuka laporkan semua kes tanpa kira pandangan politik. Kerajaan kena terbuka menerima kritikan dan tidak boleh menekan media agar bersikap terpilih.

6. Hulurkan bantuan kepada semua rakyat tanpa kira pandangan politik, kroni dan apa2 sahaja. Sama jua dengan jawatan dalam kerajaan. Contoh kes, kenapa sesetengah tempat ada orang boleh dapat geran tanah rizab? Kenapa hanya orang2 umno jek yang selalu dapat projek sedangkan bila kita lihat usul, ada yang lebih baik dari mereka? 

Begitu juga dengan dana.. kenapa hanya berlegar2 kepada muka2 yang sama sahaja? Bila perkara2 seperti neh wujud, maka ia mengesan di ahti rakyat. Rakyat ingat sebab dorang sendiri yang rasai pengalaman tue jadi rakyat akan tolak umno disebabkan umno dipenuhi dengan mereka2 yang corrupt. Jangan pernah salahkan rakyat kenapa umno ditolak, jangan juga pandai2 nak salahkan pr dan dsai sebab bila umno menyeleweng dan corrupted, mereka menyeleweng dan corrupted atas keinginan sendiri, bukan paksaan pr dan dsai pun.

7. Jangan sesekali membandingkan diri sendiri dengan pr. PR itu bukan kerajaan pusat dan bukan pula memerintah malaysia neh selama 55 tahun. Jadi orang yang dah berusia, matang dan banyak pengalaman sepatutnya diri sendiri lebih baik dari orang lain bukan makin teruk.

8. Bersikap terbuka larh dalam menerima hujah2 anak muda yang kreatif, berdaya saing dan keterdepan. Masalahnya di sini ialah banyak sangat situasi yang tidak menerima hujah2 anak muda. Kreativiti mereka disekat sedangkan kalau disuruh mereka memacu proton sekalipun, percayalah, proton yang mereka akan cipta itu sendiri adalah lebih bagus dan murah berbanding dengan apa yang ada sekarang neh. Sebab apa? Sebab anak muda suka nak tonjolkan kreativiti dengan ikhlas bukan dengan sesetengah mentaliti yang hanya fikir keuntungan melampau2 jek.

9. Buat hubungan berhala2. Jangan buat program sana sini pongpang2.. suruh rakyat dengar ko bercakap. Hello.. tak payah mai sini pun takpe. Nak dengar ko bercakap buka tv je dah cukup. Bila ko mai kawasan orang, ko kena dengar apa yang orang nak cakap. Baru ko tahu apa itu masalah rakyat. Ini yang pr selalu buat. Sebab tue aku respect. Walaupun bukan begitu teliti ye cara dorang tapi dorang ada inisiatif dengar masalah orang.

10. Berhenti melindungi pesalah2 yang mencuri wang pembayar cukai dan berhenti menyebarkan auta. Dalam sejuta yang ko cakap, 100juta tak boleh pakai. Boleh nampak tak macam mana korang melayani rakyat? Jadi orang, cuba larh amalkan perkara2 yang baik. Tak mampu jadi alim takpe, tapi jangan jadi jahat. Faham tak?

Ini serba sedikit yang aku boleh beri untuk mengubah imej ko. Kalau umno ubah, insya-Allah dorang ada harapan. Tapi kalau masih takmo berubah bersedia larh untuk rebah. Aku dah tahu dari dulu larh. Lama2 dulu. Yang merosakkan umno tue sebenarnya bukan pemimpin umno tetapi penyokong2 umno sendiri. Sebab apa?

Sebab bila pemimpin2 mereka songlap sana sini, mereka neh larh ke depan membela penyelewengan2 tersebut. Ingatlah, sejauh mana pun pemimpin2 umno tue mencuri.. yang lebih teruk perangai nya bukan yang mencuri tetapi yang sokong pencuri tue meskipun bukti, fakta dan hujah seme dah cukup untuk dia nilai baik dan betul. Bai.

Ameno : Buang duit jek edar apa2 benda last2 tak sampai kat orang.. keh keh keh

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...