Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 April 2012

Pemimpin-pemimpin pembangkang terkantoi.

Adooii..


Aku baru nak karang skrip pasal bersih sekali terserempak pula dengan pendedahan kat bawah neh. Moga2 korang seme bersabarlah dengan apa yang bakal didedahkan kat bawah neh. Sabar banyak2 ek. Aku pun tengah sabar gak neh. Siyes.

Lihat bawah ;

Cerita satu ;

(Date:4/15/12, Time:23:12:22:03, Duration:03:17:12:00, Place:KualaLumpur, File:mmio010max)
code:ma/ce/malaysia/kualalumpur# bar code:17098273650000000012 number:+60122053277+60122841025
------cut----------
Terjemahan:

Eli: u ada call anwar bout Bersih?


Tian Chua: This morning belum, why?


Eli: we have big poblem, budak kita kat dataran dah tak tahan, kita kena bagi makan lagi banyak


Tian Chua: nonit la (terjemahan: tak payahlah), kita bagi orang kita, Melayu biar Pas urus


Tian Chua: u tau teng akan jadi chairman Bn,


Eli: Hmm, Selangor maybe kita lost, Sultan sudah campur, Hassan Ali banyak kacau, Nasharudin patut buang sekarang sebelum dia lagi buat kacau, jangan tunggu, pls la


Tian Chua: one more, saya susah hati bendera parti kita belum sampai, masih sangkut di China,


Eli: thats why i tak setuju cetak sana, ask anwar to pay lah, kuan yew just say Penang,


Eli: tak boleh cakap pasal kuan yew, orang melayu sudah tau byk


Tian Chua: ok, malam ne anwar ada Penang, tapi maybe cancel, ummi ada sana kacau, Pekida Perkasa semua jahanam ada sana


Eli: i tak confident anwar, hes look play save


Tian Chua: no la, dia kurang sehat, kurang tidor, boyfren u simpan mana, dah lepas or, simpan dulula, jgn bawa balik malaysia


Eli: k tq


-----cut-----


sumber : DAP


http://mymassa.blogspot.com/2012/04/perbualan-telefon-tian-chua-eli-wong.html



Cerita dua

Pergaduhan Anwar dan Lim Kit Siang semalam sudah sampai ke kemuncak. Dalam perbualan telefon di antara Anwar dengan Lim Kit Siang, LKS mendesak Anwar supaya mendesak Haji Hadi untuk memecat YB Nasharudin Mat Isa sebelum PRU13. Ikuti sebahagian rakaman perbualan telefon Anwar-Lim Kit Siang, Rakaman Penuh tunggguuuu ...

....cut....



LKS : i know but we must stop YB Nasharudin


Anwar : Is not me, u better call Hadi



LKS : no no if u really hope our Chinese and Christian, u must take action immediate


Anwar : ok but timing timing, our boys in Dataran,we have Hijau, Lynas so many, u can't do like this!


LKS : so what? please, u never change...


Anwar : ok ok i will call Hadi, but this case, Hadi shud be, not me


LKS : Ambiga sgt marah...u and Hadi, a muslim leader, please 


Anwar : ok i try...


...cut...


(Date:4/22/12,Time:14:16, Duration:2:03:21:01, Place:Petaling Jaya,File:mmio010max
)

 http://mymassa.blogspot.com/2012/04/rakaman-perbualan-anwar-lim-kit-siang.html

Cerita aku.

Ini sebenar dua cerita bodoh yang aku memang takan layan. Tapi disebabkan ada pula yang soh ulas dan cakap ramai kekawan umno dia percaya kat blogger neh meh larh aku ulaskan serba sedikit. Tadi tue aku cakap aku tengah sabar kan? Nak tahu tak aku tengah sabar pasal apa? Aku tengah sabar dari gelak. Sekarang aku nak gelak puas2 dulu oke.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah 

Sekarang citer pasal isu kat atas neh. Menurut rakan fb, dia cakap blogger neh memang dah banyak kali sembur cerita2 karut. Aku sama sekali tak heran sebab blogger umno bm memang hampir kesemua nya takde hujah. Kalau korang nak tengok blogger umno yang cerdik sket, layan bloggers umno yang menulis dalam english. Siyes. Cerdik sket at least dorang ada bangkit persoalan yang benar2 ada point.

Hujah

1. Tengok neh ==> Time:23:12:22:03, Duration:03:17:12:00

- Ini yang blogger umno kat atas tulis sendiri. Kat cerita satu dan cerita dua pun ada oke. Time kita tahu apa dia kan, duration = tempoh. Korang fikir ada logik ka seseorang tue nak berborak dalam telefon lebih kurang 3 jam 17 minit? Tian chua dan Elizabeth wong? 

2. Lepas tue perhatikan neh pula ==> Tian Chua: This morning belum, why? 

- Elizabeth wong tanya tian chua dia ada call tak anwar ? Lepas tue tian chua reply macam kat atas neh. Sila perhatikan time di atas. Dia tulis apa? 23 kan? 23 = 11 malam kan? Oke, sabar jangan gelak dulu. Bukan tak logik ek perbualan neh berlaku waktu malam tadi yang tak logik tue jawapan tian chua.

3. Keseluruhan perbualan di atas sebenarnya sangat tak logik. Apabila dua orang yang sama bangsa, mereka sudah tentu akan berbual dalam bahasa sendiri. Sekarang neh tidak dinyatakan samada dia translate dari english ke bm atau dari chinese ke english dan bm? Jika ya, kenapa translation dia sangat2 tidak kemas? 

Contohnya word jahanam. Kalau dia nak cakap ooii aku translate dari chinese ke bm la.. so apa kah word jahanam dalam bahasa chinese? Aku punya analisis sebenarnya sangat2 detail tapi ia perlukan banyak perkataan untuk ditulis kat sini dan aku pula memang malas nak buang masa untuk posting neh sebab nak focus bersih, tolong faham.

4. Isi perbualan pun sebenarnya sangat2 tak logik. Macam orang sakit otak.

5. Sumber dap? Maksudnya perbualan tue dirakam oleh dap lah ek? Macam mana dia rakam? Masukkan cip dalam hp elizabeth atau tian chua ka? Kalau aku polis memang habis seme aku siasat der. Tapi masalahnya aku fikir secara general, cukuplah aku cakap benda kat atas neh memang tak logik langsung. Orang bebal jek percaya.

6. Untuk perbualan kedua, cukuplah aku cakap, kalau korang arif bahasa english sudah semestinya kesalahan yang paling besar korang kesan disini ialah masalah grammar dan bina ayat yang sangat teruk. 

Hello.. LKS dan DSAI orang yang bukan calang2 dalam bahasa english, ko fikir bahasa english dorang akan seteruk neh? Aku malas nak cakap aku tengah belajar cambridge neh.. boleh jek aku dedahkan satu persatu tang mana salahnya tapi perlu ke? Tak kan? Aku takmo buang masa untuk posting maharaja lawak dari dorang. Rugi.

Itu tak masuk bab masa. Tak silap aku nasha muncul di tv3 pada 23/4 atau 22/4 pada waktu malam. Tapi tengok masa yang dinyatakan tue? Time nasha tak keluar tv lagi..  kalau nasha tak keluar tv aku rasa sapa pun taktau apa aktiviti nasha sebab takde sapa nak peduli.. jadi? 

Macam biasa.. buang masa aku jika aku explain panjang2 kat sini. Ini pun aku rasa dah terlalu panjang. Kalau bukan nak membuktikan betapa bodohnya mereka aku pun malas nak layan. Oke bai, tapi sebelum tue sila gelak puas2. Posting macam gini pun ada juga orang yang percaya jika rujuk ruangan komen kat blog tersebut. Kelakar betul.

Ameno : Dorang neh elok masuk maharajalawak je.. daripada buat fitnah better buat lawak.. dapat juga menghiburkan orang ramai.. ekekekke.. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...