Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 April 2012

Penjelasan lengkap apa itu BERSIH 3. - PART 1.






Marilah kita berterus terang kat sini. Masih ramai yang tidak apa itu tuntutan bersih. Masih ramai yang suka mengaitkan kebencian dia dengan sesuatu hal kepada sesuatu hal yang lain. Kat bawah neh diharapkan korang boleh buka minda luas2 dan mempertimbangkan segala macam pandangan sebelum membuat penilaian kenapa BERSIH perlu ditolak.


Apa itu BERSIH 3?

Bersih 3 ialah sekumpulan NGOs yang menuntut pilihanraya yang adil, telus dan bebas. Ia akan diadakan pada 28 april 2012 bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

== > Jap, ada orang suruh datang pagi apa citer?

Sebagai persediaan awal. Usah kata pagi, nak mai malam pun hangpa punya suka. No hal langsung der. Tapi masa puncak ataupun masa yang ditetapkan korang mesti berada di dataran merdeka ialah 2 petang. Ini bermakna sebelum 2 petang ialah masa2 untuk korang buat persediaan ke arah itu.

Kenapa korang buat BERSIH 3?

Sebab BERSIH 2 gagal.

Lhor.. dah gagal nak buat lagi? Macam bangang jek.

Takde lah macam bangang der. Benda kalau tak mencapai objektif kena lah buat sehingga mencapai apa yang di inginkan. Macam ko belajar. Oleh kerana ko dah gagal dalam exam sem 1 takan ko terus nak berhenti, pergi mampos larh aku nak belajar aku kan dah gagal. Berambos je lah. Tak kan? Sama macam bersih. Objektif tak tercapai so kena buat bersih lagi dan lagi sehingga mencapai objektif yang disasarkan mengikut permintaan semasa.

Eley, berlakon je lah korang. 8 tuntutan bersih dah ditunai. KJ cakap dalam video debat semalam.

KJ bukan SPR. Kenapa dia bercakap bagi pihak SPR? Inilah kesilapan ramai orang bermula. SPR ialah SPR. SPR boleh bercakap guna mulut sendiri, tak perlu guna mulut politician. BN ialah BN dan BN bukan SPR. BN tak perlu bercakap bagi pihak SPR. Apa yang berlaku dalam debat itu ialah persepsi dan pandangan KJ yang bukan mewakili SPR dan bukan juga mewakili fakta. Ia hanya bersandarkan apa yang dia tahu semata2. Dan apa yang dia tahu bukan bermaksud perkara sebenar. 

Contoh ;

Ali : Wehh ada durian runtuh kat kampung pisang. 

Ali bagitau kita ada durian runtuh di kampung pisang. Jadi adakah ini boleh di anggap fakta? Tidak. Ini ialah satu perkara yang orang sampaikan kepada anda. Jadi, apa yang berlaku malam tadi ialah satu perkara yang orang bagitau anda tetapi samada ia adalah fakta atau auta, anda kena periksa kesahihannya sendiri.

Oke, sekarang SPR pun cakap benda yang sama. 8 tuntutan bersih telah ditunai. 

8 TUNTUTAN BERSIH YANG TELAH DITUNAIKAN OLEH SPR.

- BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH

- REFORMASIKAN UNDI POS

- GUNAKAN DAKWAT KEKAL.

- AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.

- TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI.

- KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.

- HENTIKAN RASUAH.

- HENTIKAN POLITIK KOTOR.

1. SPR cakap mereka setuju menguatkuasakan undang2 untuk membersihkan daftar pemilih. 

Ya, so buatlah. Nak tunggu apa lagi? Sesiapa boleh bercakap ya saya setuju, ya saya akan buat, ya itu, ya neh tapi apa? Sudah dibuat? Belum kan? Jadi pergi buat. Baru cakap. Jika belum buat maka BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI akan kekal menjadi tuntutan BERSIH.

==> SPR dalam beberapa kali melalui sidang media, forum dan debat mengatakan ia memerlukan kelulusan parlimen untuk menguatkuasa beberapa pindaan baru. Ini ialah proses bolak balik = tarik tali untuk membersihkan daftar pemilih. Jika mereka bersungguh by now daftar pemilih sudah semestinya bersih, jika tidak pendedahan ini dan ini tidak akan wujud. Ia adalah pendedahan terbaru kami.

Bersih telah memperkenalkan beberapa idea kepada SPR bagaimana dia patut membersihkan daftar pemilihnya, BERSIH juga bersedia berkerjasama dengan SPR namun sehingga kini SPR tidak mengedahkan budi baik BERSIH. Dan segala idea dalam PSC, hanyalah bersikap satu idea dan tiada kewajipan bagi SPR untuk melaksanakan tuntutan PSC. Rujuk sini.

1.1 SPR dah bersihkan 42,000 nama dalam daftar pemilih der..

Ini satu pandangan yang salah. SPR tidak bersihkan mereka. JPN yang berikan list 42,000 nama yang meragukan kepada SPR. SPR tayangkan nama tue err di mana? Owh SPR cakap dia dah publish kepada umum errr sekali lagi di mana?

Dan bagaimana 42,000 orang neh akan aware? Bagaimana ahli keluarga mereka akan aware? Ya, tiada sesiapa akan aware sebab tak terdedah kepada info tersebut. Sepatutnya JPN dan SPR buat satu sistem semak online. Yakni pengundi2 yang dimaklumkan telah meninggaldunia akan terpapar dalam satu website peribadi SPR DAN JPN. Dari situ SPR akan sentiasa uptodate untuk mengemaskini daftar pemilihnya. Ia bukan satu sistem yang sukar dibangunkan. Malaysia ada ramai yang pakar tinggal nak dengan taknak je seme neh.

2. SPR cakap rakyat malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos. SPR sudah sediakan segala keperluan tersebut.

Reformasikan undi pos bukan semata2 melibatkan rakyat luar negara, askar atau apa. Ia melibatkan beberapa aspek penting seperti ;

- banduan yang dipenjarakan. Seorang warganegara layak mengundi tanpa perlu peduli dia jahat atau baik. Kita taktahu siapa mereka dan bagaimana kisah hidup mereka dan kita tiada hak untuk merampas hak mereka sebagai warganegara yang sepatutnya berhak mengundi.

- Rakyat malaysia yang ada dua kerakyatan. Kita tidak boleh merampas hak mereka yang tinggal dan bekerja di luar negara kalau itu lebih baik buat mereka. Mereka juga rakyat malaysia dan mereka juga patut bersama2 diberikan hak untuk menentukan masa depan negara. Ahli keluarga mereka disini dan siapa boleh jamin bahawa mereka tidak akan pulang semula ke sini selama2nya. Jangan rampas hak mereka sebagai warganegara.

- Pengundian pos harus bebas tekanan dari pihak atasan. Tiada mana2 pihak yang sepatutnya mengeluarkan arahan hanya undi parti tertentu. Penjawat awam harus bebas diberikan hak untuk menentukan siapa yang mereka patut undi.

- Kegagalan SPR dalam memberikan akses penuh kepada pemerhati bebas. Kalau tidak macam mana nak pantau pengundian pos tue adalah adil seadil adilnya? Ini baru serba sedikit yang aku sudi nak tulis. Hakikatnya ada banyak lagi.

3. SPR dah tunaikan tuntutan dakwat kekal.

Ya, dah ditunaikan. Tiada argument pasal tue sehingga terbukti SPR melakukan hal yang sebaliknya.

4. SPR minta semua pengamal media berdaftar dengan pegawai pengundian di kawasan masing2 untuk membolehkan kepada akses media yang bebas dan adil der.

Lahaii... bahasa ringkasnya pembangkang nak masuk tv3, rtm, awani dan blablablab termasuk utusan tanpa ada satu kenyataan pun dispin dan wartawan arus perdana tidak boleh terapkan persepsi sendiri dalam penulisan berita yang berkaitan pembangkang. 

Contoh ;

Kalau dsai cakap dia nak mahsuhkan cukai maka wartawan kena lapor dsai nak mahsuhkan cukai bukan dsai gila dia nak mahsuhkan cukai negara bakal bankrupt dan blablabla. Kalau dia nak lapor bahawa najib cakap dsai gila maka dia kena cakap najib cakap dsai gila sebab dia nak mahsuhkan cukai. Ini ialah sedutan kenyataan tersebut. Jangan ko pun sibuk2 terapkan persepsi ko dalam berita2 seperti neh. Ko tue wartawan buat cara wartawan.

5. Kan SPR dah tambah masa berkempen kepada 10 hari dari 7 hari. Nak banyak2 buat apa der? 

Tuntutan kita 21 hari. Daripada 5 tahun, kita minta 21 hari untuk semua politician bergerak sampai ke akar umbi perjelaskan manifesto masing2, apa masalah kaw? 21 hari untuk rakyat kaji manisfesto berat sangat meh?

6. Kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.. kerajaan sedang dalam proses dan usaha berterusan sedang dilakukan.

Sorry to say, ini jawapan bangang. SPR ialah SPR, SPR bukan kerajaan dan bukan pula BN. Yang kita minta SPR kukuhkan institusi awam tue maksudnya bebaskan institusi awam daripada pengaruh politik dan mereka mestilah harus sedia menerima kritikan supaya rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan terbaik, kita cakap pasal PDRM dan DBKL juga ya disini. 

Maksudnya apa? Maksudnya ketika berkempen pepaham lar.. mereka2 neh tak harus menjadi alat kepada sesiapa pun.

Politik kotor dan rasuah pula kita minta SPR pantau permainan ahli2 politik semua sekali. Jika terbukti, tolong amek tindakan bukan melindungi mereka. Ini termasuk kes beli undi dan rasuah apa seme. Maksudnya apa? Maksudnya ketika berkempen kita minta adili kesemua pihak dengan telus dan saksama jangan bersikap terpilih atau siding mana2 pihak. 

Ko tue bebas, sebut betul2 BEBAS. Bukan nya milik BN. Gaji ko rakyat bayar bukan BN bayar. Gaji BN dan PR pun rakyat bayar, jadi rakyat boss, korang seme kuli batak, bukan macam sekarang, kami lak jadi kuli batak korang. Apa citer? 

Jawapan di atas ialah jawapan orang yang taktau fakta tapi degil nak mampos pergi berhujah. Jangan bercakap sesuatu yang ko tak faham. Aku dah penat ulang benda sama. Siyes. Penat.

Ini ialah part 1. Part 2 akan menyusul selepas neh.

Ameno : Memang betul2 penat.. ekekekekek

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...