Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 April 2012

PTPTN, Pendidikan percuma dan 500 IPTS yang bakal bankrupt.

Kita dah cakap pasal PTPTN dan pendidikan percuma kat sini. 


Yang belum baca dari awal, baca lah dari awal dan sampaikan hujah masing2 tanpa perlu rasa apa2. Disini kita akan hormati semua pandangan tak kira lah pro apa pun ko. Yang penting pandangan mestilah dalam bentuk akal manusia bukan akal meroyan. 

Sekarang perhatikan respon balas yang wujud ;

1. Mahsuh pinjaman ptptn = tak logik sebab meningkatkan perbelanjaan kerajaan di kemudian hari. Jumlah subsidi akan meningkat = kerajaan terpaksa cut bajet untuk perbelanjaan lain semata2 untuk menampung pembayaran semula pinjaman ptptn. 

Memang tak logik bila ko fikir rm28billion tue kalau guna duit ko. Kalau guna duit pembayar cukai apa2 yang tak logik boleh jadi logik. Sebab itulah tujuan orang bayar cukai. Untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat kepada mereka setelah bersusah payah bekerja dan membayar cukai kepada kerajaan.

Di norway sendiri, meskipun pendidikan dia percuma tetapi rakyat dia membayar cukai yang sangat tinggi. Ini adalah fakta. Walaupun ia keluar dari mulut najib, tetapi ia adalah fakta.

Dan rakyat malaysia tak bayar cukai ka? Bayar juga kan? Makan kfc pun ada cukai. Kereta pun ada cukai ada tol lagi. Apa yang kita tak bayar? Seme pun kita bayar der. Dan seme tue bukan nilai cukai yang rendah oke. Jadi setelah membayar sesuatu kepada kerajaan, jika kita minta sesuatu sebagai balasan bukan lah perkara yang salah pun.  

2. Ko cakap pinjaman hapus tapi PTPTN masih wujud, akal keling ke apa neh der?

Memang betul ptptn perlu wujud meskipun pinjaman akan dihapuskan. Kira macam first batch larh neh. Langkah seterusnya ialah pendidikan percuma. Maksud aku, mula2 hapuskan pinjaman ptptn kepada mahasiswa2 setelah pr amek alih putrajaya = macam rewards.

Lepas tue dasar pendidikan percuma diperkenalkan di mana aku berpendapat bahawa semua pendidikan adalah percuma sehingga terbukti mahasiswa lalai dan cuai ketika belajar dan mereka kena bayar balik setiap satu sen yang mereka guna ketika belajar sebab tue duit pembayar cukai. Kalau nak main2 apa seme.. guna duit ko sendiri jangan guna duit orang.

Dan kena ada syarat dan protokol tertentu. Tak boleh larh kita bagi pinjam dan convert pinjaman kepada biasiswa. Tak sesuai kaedah tue sebab di khuatiri akan disalahguna oleh pihak2 tertentu. Dah ramai orang complain dah. Dia dapat result bagus2 tapi pinjaman dia still pinjaman tak jadi biasiswa pun.

So kaedah yang sesuai adalah sebaliknya. Semua pendidikan tinggi adalah percuma sehingga terbukti mereka gagal patuhi syarat maka kena bayar balik. Kerajaan tidak perlu menanggung biawak hidup.

Gambar : Bloggers umno menggunakan fakta neh dengan mengatakan mahasiswa cina lebih ramai cemerlang berbanding melayu tetapi mereka lupa peluang untuk mendapatkan pembiayaian pendidikan bukan hanya melalui ptptn jek. Kita ada MARA, BAITULMAL, JPA, PETRONAS, TNB dan lain2 lagi. Untuk kiraan lebih adil ialah dedahkan jumlah permohonan ikut bangsa.. dan baru kita boleh nilai. Walaupun tak dapat dinafikan ramai jek pelajar2 yang main2 zaman sekarang.

3. Aku tak setuju idea ko. Ptptn neh bukan untuk belajar jer.. nak sara hidup lagi.. hantar duit kat kampung lagi apa seme.. 

Aku rasa ko patut belajar cari makan sendiri dan bekerja untuk bagi duit kat mak bapak ko. Gunakan pendidikan percuma sebagai pemangkin untuk ko menjadi lebih berusaha di masa hadapan.  Masa ada 24 jam. Ko boleh gunakan untuk belajar, untuk cari kerja part time, untuk pergi class, tidur dan solat. Masa itu cukup untuk lakukan apa2 perkara di atas asalkan ko pandai uruskan masa. 

Ko tak payah fikir macam mana nak bayar balik pinjaman sebab masa tue pinjaman dah sah2 percuma, ko cuma perlu belajar rajin2 dan kerja part time rajin2. Bukan aku nak kondem sangat tetapi contoh banyak depan mata neh.. mahasiswa zaman sekarang memang MALAS. Sorry. Tapi aku percaya bukan majoriti. Bukan nak cakap apa. Kalau nak makan tue.. cari larh sendiri der. Dah besar panjang. Usaha larh sket. 

4. Alah sekolah pun kena bayar.. takan nak masuk universiti nak percuma apa? ATAU saya nak pendidikan percuma dari sekolah rendah lagi.. kerajaan neh memang teruk lah..

Oke, aku dah lama tinggalkan zaman sekolah. Aku tak faham sangat sekolah sekarang neh macam mana. Tapi dari yang aku tahu, pendidikan di sekolah kerajaan memang percuma. Yang kena bayar yuran ialah mereka2 yang berkemampuan jek. Yang tak mampu dikecualikan. Lepas tue mereka kena bayar duit buku dan barang2 persekolahan. Barang2 tue sebenarnya yang lebih mahal dari yuran sekolah.

Ini termasuk harga2 makanan di kantin sekolah. Semakin lama semakin kecil tetapi rate harga makan tinggi. Ini kot yang korang komplain kan ye tak? Kalau bab neh, ia bukan dalam kategori pendidikan percuma. 

Sebab budak2 yang miskin apa seme [kalau tiada unsur2 penyelewengan di sekolah tersebut] memang dapat bantuan makanan percuma. Buku teks pun percuma. Baju sekolah pun baitumal bagi. Siap ada beg sekolah dan dibuka kan tabung lagi. Bagi aku kalau pendidikan di sekolah kerajaan, ia di tahap memang semua orang mampu. Tapi kualiti pembelajaran mungkin berbeza2 bagi setiap sekolah yang berbeza2 larh der. 

Bercakap pasal pendidikan di sekolah rendah dan tinggi aku berpendapat bahawa yuran2 sekolah di tahap yang munasabah. Tapi kalau anak ramai memang masak larh nak membayar nya juga sebab faktor2 sampingan contohnya tambang bas sekolah. Tapi still, ada bantuan larh seme tue. Pasal kat sini, kat kawasan aku neh aku tahu larh berapa ramai bebudak neh belajar tanpa bayar satu sen pun sebab miskin. Buku pun cikgu belikan. Sebab tue aku susah sket nak faham.. err korang komplain pasal apa hah?

Kalau sekolah swasta ko jangan cakap. Aku pun nak juga cari jalan macam mana nak kurangkan kos yuran di sekolah swasta neh. Pening nak bayar der. Tapi kualiti pendidikan aku cakap memang sesuatu yang sekolah kerajaan tak boleh bagi.

5. Hah eloklah tue pendidikan percuma. tapi takde kualiti buat apa?

Kan dah cakap.. yang takde kualiti kena bayar balik. Yang ada kualiti jek kita percumakan.

6. Sama larh dengan apa yang kerajaan buat sekarang. Yang ada kualiti seme jadi biasiswa der..

Tak sama langsung. Bagi pinjaman dulu then convert.. belum tentu lepas. Bagi percuma dulu then convert pinjaman adalah lebih baik. Dan yang penting mesti hapuskan riba apa seme. Student jek pun. Walaupun dorang result teruk... jangan ada riba waima satusen sekalipun.

Lepas tue pinjaman neh sebenarnya punca kepada pertumbuhan ipts apa seme. Lambakan ipts bermaksud lambakan mahasiswa. Pointer 2.0 pun mengaku mahasiswa.. adeh. Sorry der. Jangan marah ek.

7. Kalau gitu lingkuplah 500 ipts yang wujud di malaysia neh. Dorang nak belajar takde duit.. nak cekau kat mana? Macam larh ipta boleh penuhi permintaan yang wujud.. 

Ginilah pandangan aku.. semakin lama semakin rendah tahap A dinilai. Patut kerajaan tingkatkan balik kualiti A tue.. contohnya 80 ke atas baru boleh dapat A. Lepas tue bermakna result SPM akan semakin membuktikan pelajar makin ramai yang pandai2 or bodoh2 dalam teknik menghafal. 

So neh mengurangkan lagi tahap perasan seorang pelajar. Bila dah kurang perasan baru dorang boleh nilai tahap bakat masing2. Buka lebih banyak ipta dan convert je semua ipts tue jadi ipta. IPTS tue dah banyak untung. 

Sejak ptptn tumbuh, dorang pun memunculkan diri sebab apa? Sebab pelajar2 diberikan modal = untuk melabur di mana2 ipts = dorang. Nampaknya matlamat PTPTN tue dah semacam unit permodalan untuk mengkayakan IPTS2 di malaysia neh pula. Kalau mereka bakal lingkup pun aku rasa takde hal sebab dah banyak dah dorang sebat duit pelajar2 neh. Kesian mahasiswa.

8. Aku sokong hapus riba jek... ptptn terus wujud pun aku takde hal.

Oke, takde hal juga. Boleh sokong dan boleh tak sokong pendidikan percuma neh.

9. Jangan cakap banyak, lue pun pinjam PTPTN der.

Nope. Aku tak pinjam.. tapi aku sokong perjuangan pendidikan percuma sebab ia baik untuk generasi akan datang.

10. Bukan perjuangan sangat pun.. lebih kepada niat nak lari pinjaman.

Salah. Mahasiswa tue tak cakap pun takmo bayar. Mereka sedar mereka kena bayar dan mereka akan bayar. Mereka sekarang memperjuangkan hal masa depan. Tolong jangan nilai mereka hanya semata2 mereka di gantung pengajian oke. Maksudnya depa sedang berjuang untuk masa depan anak2 ko. Jadi jangan nak kutuk2 sangat der. Kang ko juga merasa benefitnya.. time tue timer kasih confirm takde kan?

Sebenarnya bagi pandangan aku.. terlalu banyak kemudahan yang kerajaan tawarkan tetapi tidak diterokai oleh rakyat malaysia. Selain dari ipta apa seme.. kita juga ada sekolah2 voke dan pusat giat mara serta pusat2 pembelajaran yang berdasarkan kemahiran. Which is kalau korang tak pandai guna akal korang boleh guna tenaga dan bakat.

Tapi sayangnya perkara2 seperti neh tidak mendapat promosi yang cukup meluas. Apa yang tv2 kerajaan buat ialah promote muka2 pemimpin jek. Aku pun dah naik fedup. Aku harap bila pr amek alih putrajaya nanti tolong larh sistematikkan balik kecelaruan yang wujud neh. Apa2 dasar yang baik dari bn tue boleh dipertingkatkan lagi supaya ia benar2 sampai kepada golongan sasaran.

Dan semalam ketika aku menonton running man, aku dapati ada satu idea bernas boleh diperolehi dari rancangan tue. Kat sana rupanya ada pusat kerjaya. Dia macam pusat pameran seluruh kerjaya2 yang wujud di korea. Kalau di malaysia kita boleh buat satu pusat kerjaya yang gah pun bagus. Jadikan pusat kerjaya neh sebagai penanda aras kepada lepasan SPM.. kepada apa yang mereka mahu pergi setelah tamat belajar. 

Dedahkan kepada mereka kerjaya2 yang wujud dan ajar mereka mengenali bakat dan kreativiti masing2 supaya mereka tahu buat satu2 keputusan. Maksud aku, mereka harus di ajar mengenali potensi diri supaya bila mereka buat keputusan untuk sambung belajar mereka boleh pilih bidang yang mereka pandai atau ada keinginan [minat]. Universiti harus berhenti menetapkan bidang pengajian mereka sebenarnya. Sebab pembelajaran di sekolah tue kadang2 kita mahir subjek2 tertentu sebab kaedah pengajaran bukan atas minat pun.

Boleh dikatakan rata2 student hari neh hilang punca. Dorang nak sambung belajar sebab seme orang berbuat demikian tapi bila belajar otak jam. Satu hapa tak boleh pergi. Dapat ijazah pula pointer lebih kurang nak apply kerja bagus dah tak boleh.. last2 hutang kena bayar.. kerja tetap tak begitu menarik gajinya.. masa terbuang 3,4 tahun sia2 jek.

Bukan seme ibu bapa kenal potensi anak2 dia ye. Bukan seme. Nak jumpa ibu bapa macam tue susah sebenarnya. Ada, tetapi bukan begitu meluas. Kalau potensi menari, menyanyi, mengarut mungkin ada jek kot ibu bapa macam neh. Kebanyakkan nya ibu bapa bersikap majoriti. Dia nak anak dia belajar sebab dia nak, bukan sebab anak dia nak. Bagi aku pemikiran neh salah. Ibu bapa harus berhenti berfikir seperti neh.

Sebaliknya, kita harus diajarkan dengan sikap bahawa ilmu ialah perkara yang berterusan. Belajar tak semestinya harus melalui universiti. Berjaya tak semestinya seseorang yang bergelar mahasiswa dan pendidikan pula haruslah bersifat sesuatu yang mudah didekati. Bai.


Ameno : Biarlah depa nak pendidikan percuma daripada depa mengarut nak berzina dan buang anak.. lue habiskan masa dengan pakwe makwe orang tue habiskan masa dengan berjuang.. so lue cermin diri lue baru lue sibuk cakap pasal dorang.. thanks.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...