Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 23 April 2012

Ini kenyataan penuh Shafie Afdal isu belanja Zahida Rafik rm1.5juta - Updated!

Kejap.


Aku nak fikir. Ada ke takde. Ada ke takde.. ermm takde kot. Alhamdullilah. Aku tak sebut. Keh Keh Keh. Shafie, kalau apa yang dicakapkan kat bawah neh ialah kenyataan betul, tolong betulkan balik dengan bukti.Sekarang baca kat bawah neh dulu.


Kat bawah neh statement shafie afdal berhubung perkara tersebut ;

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebar-luaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Sumber : sini

Ini idea aku shafie ;

1. Pertama ko deal dengan individu yang dedahkan isu neh.
2. Kalau kes neh di bawa ke mahkamah pun oke. Maksud aku antara ko, dia dan zahida rafik.
3. Lepas tue kita tengok siapa betul dan siapa salah.
4. Hentikan mengugut2 orang dengan istilah saman. Ia tak berkesan zaman sekarang. PR dah banyak kali kena ugut saman dah. Korang hanya kayakan peguam2 jek. Siyes. 
5. Selesaikan masalah dengan sebarkan bukti. Kalau sungguh pemandu tue curi duit then buktikan, kalau sungguh yang berlaku sebaliknya mengaku salah lebih baik.
6. Dalam isu neh rakyat takmo tahu awak skandal dengan sapa2.. kita tak minat hal2 peribadi mana2 menteri tapi kita cuma minat nak amek tahu kalau2 dorang ada guna wang rakyat. Tue jek. Kalau ada memang logik rakyat melenting, kalau takde, baguslah.

Tolong jangan nafi dengan mengugut2 orang. Itu cara yang tidak bijak sekali sebab ia akan menimbulkan persepsi.. alah dia ugut nak saman larh.. apa seme. Heh.

Lagi satu kenyataan yang shafie harus dibetulkan ialah bila dia cakap orang yang menyebarkan laporan polis tersebut berniat jahat dan politik. Aku rasa dia takde spesifikkan sapa2 so ini bermaksud mana2 individu yang terlibat dalam menyebarkan berita neh dia anggap berniat jahat dan bermotifkan politik.

Ini satu pemikiran yang salah. Tak semestinya orang yang sebarkan isu neh berniat jahat. Contohnya cam yb zuraidah, dia sebarkan sebab ada orang datang mengadu kat dia. Aku pula sebarkan sebab aku nak tahu kebenaran. Orang lain yang sebarkan pula mungkin ada alasan2 tersendiri. 

Ko patut rasa beruntung sebab kami tanya depan2. Bayangkan ek kalau kita bisik belakang2.. pstttt orang tue kan skandal dengan orang tue kan ada bayar2 rm1.5juta deer.. then pssstt2 sana.. psttt2.. sini..  mengata belakang2.. tak rimas ka macam tue? Lagi rimas kan? So better tanya depan2. 

Nak call, takde no phone. Sebab tue yb zuraidah tanya kat parlimen supaya ia masuk news untuk ko alert. Alamakk aiii.. orang yang sebarkan pula ko sibukkan, focus pada apa yang disebarkan tue jek yang penting. Betul atau salah. Kalau betul cakap betul, kalau salah, nafi. Tapi ketika nafi.. jangan tak bagi bukti. 

Sebab apa nak bukti? Sebabnya.. nor azman tue cakap dia ada bukti. Tunggu masa je untuk didedahkan.. arhh sudah. Mari kita lihat siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang bercakap sebaliknya. Bai. 

Updated ;

Kalau dia dah nafi, logiknya kita kena anggap penafian dia itu benar sehingga terbukti sebaliknya. Oleh itu aku percaya sekarang neh masa bola nor azman. Tolong dedahkan bukti seterusnya untuk kita sama2 menilai. Cepat der.. jangan lewat2kan ia.. penting untuk rakyat tahu sapa betul dan sapa salah oke.


Ameno : Hish.... focus pada benda penting larh.. shafie oii

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...