Updated ;
27/12/2012 = 11.00 pagi.
- Pastikan korang sampai sebelum 10.00 pagi di sekitar kl. Maksudnya sebelum 10 pagi kalau takmo jalan jauh2 better berada di kl waktu tue ..
Ini locations yang korang mesti hafal.
27/12/2012 = 11.00 pagi.
- Pastikan korang sampai sebelum 10.00 pagi di sekitar kl. Maksudnya sebelum 10 pagi kalau takmo jalan jauh2 better berada di kl waktu tue ..
Ini locations yang korang mesti hafal.
- Central Market / Pasar Seni: start: 13:30
- Masjid Negara : start: 13:30
- Jalan Sultan : start: 13:30
- Masjid India : start: 13:30
- Brickfields, start: 12:30
- KLCC - Himpunan Hijau, start: 12:00
- NGO-leaders will lead the groups from the meeting points to Dataran.
Pilih hanya satu tempat dan hafal dalam kepala hotak masing2 supaya memudahkan.. ada ketua di setiap tempat just ikut arahan. Ketua takan bagi arahan provokasi.. kalau ada yang provoke2 tue jangan sesekali ikut dorang.
Sekarang neh menerusi rakan fb yang ada bagitau aku, ada individu2 yang start provoke2 cakap bersih neh himpunan untuk gulingkan kerajaan apa seme. BUKAN. INGAT INI BUKAN PERHIMPUNAN UNTUK GULINGKAN BN, JAGA BAHASA ANDA WALAUPUN DALAM FB. INI JUGA BUKAN PERHIMPUNAN UNTUK BERLAWAN DENGAN FRU ATAU POLIS. Kita datang cara baik untuk buat perhimpunan AMAN.
Jangan keluarkan kata2 yang boleh merosakkan reputasi BERSIH 3. Ingat pesan A.Samad Said, kita hanya duduk dan bantah secara aman. Selain dari itu, korang tanggungjawab sendiri. Jangan rosakkan harta awam dan jangan nak pandai2 memprovokasi polis.
Pastikan korang tahu seme benda2 yang penting sebelum pergi bersih. Jangan main baca itu baca neh lepas tue last2 apa pun taktau. Membazir masa jek baca kan? Oke sekarang neh kita buat step by step apa yang perlu korang tahu dan buat sebelum p demo bersih.
Ingat, korang kena baca neh sebelum pergi bersih. Persediaan terakhir takut tertinggal apa2 yang penting. Ekekekeke.. lets start.
1. Amek handphone sekarang. Pastikan korang save no yang tertera kat poster di atas tue. Penting oke. Bukan sekadar baca, share lepas tue no tak amek apa seme. Dah save no dalam hp ka? Bagus.
2. Amek dompet alternatif kaw. Dompet alternatif ialah dompet sampingan = dompet pendua ko. Dompet asal ko biar dalam rumah. Dompet alternatif ko isi rm50 dan ic dah cukup. Tak payah berangan nak bawa banyak2 duit der. Buang masa. Satgi dompet hilang masa tengah lari2 naya.
3. Korang student ek? Jangan bawa waima satu bukti pun yang menunjukkan or menandakan ko student. Aku tak galakkan korang pergi bersih atau apa oke cuma kalau korang nak pergi maka sila ikut tips aku. Jangan bawa waima satu apa benda bukti pun yang boleh menunjukkan bahawa ko ialah seorang pelajar. Kad maxtrix ka, kad library ka, kad komputer ka apa ka jangan dibawa langsung. Tinggalkan seme. IC dan rm50 dah cukup.
4. Owhh.. ko takut ek? Nak pergi bersih tapi takut tapi nak sokong. Time neh taktik berlakon sangat penting bagi orang2 macam ko. Ko tak payah pakai kuning ka hijau ka apa kalau dah takut sangat. Ko pergi jek macam biasa. Kalau polis tahan buatlah sebodoh2 yang mungkin. Cakap taktau apa2. Tak tengok tv, tak baca paper dan tak minat layan radio. Ko bagi jek alasan ko keluar jalan2.
Kalau ko berani pakai lah baju kuning atau hijau yang takde apa2 perkataan bersih atau lynas. Kalau polis tanya neh apahal baju kaler kuning ko berlakon lagi. Cakap tatau apa2 dan taktau pula kuning tue maksudnya bersih. Ko bagi jek alasan, alah abang polis cakap baru saya tahu. Saya manusia yang tak minat amek tahu hal semasa. Berlakon kena betul2. Kaji lakonan pelakon2 yang korang minat sebagai dorongan untuk korang berlakon pada hari sabtu akan datang neh. Ikut pengalaman aku, berlakon memang mudah. Siyes. Aku dah pernah buat kat bersih 2 dulu.
5. Kalau korang jenis yang memang berani mati nak tunjuk depan2 korang penyokong bersih apa seme pastikan jangan bawa barang berat sebab nak lari. Confirm kena lari sebab DBKL dah bagi amaran keras. Rujuk sini der. Handphone? Satu masalah gak tue. Lari2 kang sampai tercicir handphone. Eekekke. Kang naya. Macam mana nak selesaikan masalah korang? Sebab tue pentingnya beg sandang. Ikut pengalaman aku bawa beg sandang adalah langkah paling mudah dibuat. Ko campakkan kesemua benda2 penting dalam tue. Takde lah kelam kabut nak masukkan barang2 dalam poket apa seme.
6. Baju tshirt sudah semestinya. Tapi bab seluar tue janganlah pakai jeans kalau ada ahti nak lari. Aku tahun lepas pakai jeans memang menyesal nak mampos. Bukan apa bila dah terlalu banyak berlari dan berjalan akhirnya ko akan mendapati seluar jeans memang tak membantu kaki ko merasa aman. Patutlah aku tengok ramai yang pakai track suit pendek atau panjang tahun lepas. Kalau pakai jeans pun jenis longgar2. Demm. Aku taktahu dowh. Tapi kalau nak buat2 berlakon pakai apa pun takda hal kot. Ekekeke..
7. Kamera adalah alat paling penting. Walaupun guna handphone pun takdak hal. Sekarang pastikan kamera ko ada memori yang cukup untuk memudahkan korang terus snap apa2 yang penting. Jangan sampai alamak demmm.. gua kena delete pula gambar2 sebelum snap.. arhh sudah gambar yang gua nak snap termiss der..
8. Internet juga alat yang sangat penting. Takde BB no hal. Sapa guna maxis, celcom atau digi langgan lah internet satu hari. Tak rugi apa der. Senang kita nak share maklumat pantas di facebook dan twitter oke.
9. Charge larh barang2 penting sebelum keluar rumah. Penuh2 oke. Kalau ada bateri gantian pun cun.
10. Kasut. Ini tak kurang pentingnya der. Pakai kasut atau sandal yang benar2 menyelesakan korang. Ko ingat nak berjalan seminit dua minit ka? Haram. Lama dowh. Nanti sakit plak kaki ko kalau pakai kasut yang tak bersesuaian. Kalau pakai kasut pakai stoking takde luka kaki ko tue nanti.
11. Jadilah orang yang sentiasa alert kiri dan kanan. Kalau nampak provokasi even yang pakai baju bersih terus snap jek. Jangan dibagi can. Kadang2 depa neh berlakon. Siyes. Ada blogger umno yang dah beli baju bersih der. Rujuk sini. Tah hapa jadah dia nak buat. Rakam lebih baik sebenarnya. Tapi kalau ada jek unit amal laporkan terus kat depa. Biar depa ajar bebudak yang buat provokasi tue.
12. Kadang2 kita sendiri akan secara tak sengaja terbuat provokasi. Penting untuk kita belajar kawal keadaan dan emosi kita. Takpe, first time pergi demo memang rasa teruja tapi kalau dah lama2 akan terbiasa mengawal emosi. Aku pun macam tue juga. Eekekeke..
13. Pastikan teknik2 penting ketika berhadapan dengan polis dan dbkl korang dah hafal. Baca kat poster atas tue oke. Baca juga kat laman bersih. Pastikan korang benar2 faham sejauh mana polis berhak melayani korang.
14. Bawa lah air mineral kalau nak bawa. Kalau2 dorang buat gila, disuruhnya tutup seme kedai. Kita nak beli air pun susah der.
15. Jangan pakai barang kemas oke. Kena ragut wa tak jamin.
16. Hah.. satu lagi teknik terpenting. Jangan lah save no2 peguam pas tue sebagai bersih apa seme. Korang save jek dengan nama tertentu. Buatnya polis saja2 nak check telefon lue naya. Penting untuk kita sampai di tempat demo. Kalau ditahan sebelum tiba di tempat demo maka sia2 jek. Mana ada feel nak rasa demo kan? Kalau selepas tue belakang citer. Yang penting tetapkan matlamat sehingga belum sampai di tempat demo maka jangan melakukan apa2 perkara yang boleh menjejaskan perjalanan korang.
17. Jangan melawan kalau polis dan dbkl benar2 tahan korang. Biar dorang buat apa2 yang dorang nak buat, jangan kita dilihat sebagai membalas serangan mereka. Ini part paling penting neh.
18. Jangan buang sampah merata2 der. Walaupun dataran bukan rumah kita tapi jaga je kebersihan dataran tue.
19. Kalau ada apa2 info penting yang berlaku ketika berdemo, cepat2 update di fb dan twitter lepas tue pastikan korang tag page2 yang ada ramai fans. Senang dorang nak alert oke.
20. Bawalah garam atau kalau taknak diperasan sangat bawa hundredplus.
21. Kalau bawa kereta atau motor, park di satu lokasi yang selamat then berjalan ke lokasi. Toksah berangan nak bawa masuk kereta apa seme. Buat susahkan ko je kena pusing sana sini kalau2 polis tutup jalan der.
22. Datang pagi. Walaupun waktu puncak ialah pukul 2 petang tapi aku cadangkan datang pagi.
23. Bukan akhir sangat tapi pastikan ko benar2 sedar tujuan korang berdemo tue apa. Nak pergi cara baik dan balik pun cara baik. Takmo cari pasal dan cari gadoh. Elok baca doa der. Bagi orang islam larh. Tapi kalau kena sembur sabar oke. Eekekek..
24. Ada penyakit? Bab neh aku cadangkan lue duduk rumah lagi bagus. Tolong faham. Bahagian ko biar kami jek buat. Habis citer. Jangan risau oke.
Ameno : Berapa ribu arh mai.. ..