Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 April 2012

Dataran Merdeka Ditutup selama 48jam.



Alamak DBKL. Bersih lagi sehari tapi bermula esok start jam 6 pagi lokasi tersebut akan ditutup der. Semua laluan ke dataran merdeka akan dikepung. Kah dah cakap. Confirm punya lah depa memang takan bagi chance.


kah kah kah


DBKL oiii korang buat lawak ka? Lagi ko halang, ko kepung, lagi kami mai serbu. Bersikap terbuka lah. Lepas guna kami akan pulang balik oke. Tindakan ko neh akan menyusahkan ramai orang dan bukan kami yang menyusahkan orang ramai sebab kami tak tutup jalan yang tutup jalan tue DBKL.

Mungkin ramai yang cakap eley DBKL bagi lokasi lain tue apsal takmo guna. Itu satu ayat yang kurang tepat. DBKL arah guna lokasi lain. Bukan bagi. Dia arah guna lokasi lain, dengan masa yang amat suntuk, kita kalau tukar lokasi kena mohon permit lagi. Buatnya kat lokasi lain pun tak dapat permit kang naya. 

Dulu nak buat di stadium merdeka. Jika tahun lepas tak boleh pasal apa tahun neh dia nak bagi keizinan pula kan? Lagipun pihak pengurusan stadium merdeka cakap dorang akan pertimbangkan.. bukan bermaksud confirm lulus. Lain2 lokasi memang tak cun sebab nak pergi pun payah. Senang cakap tak strategik. Mesti di kl juga apa2 hal baru best. Eekekkek..

Baca kat bawah neh ;

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis. -SH-
 
Ameno  : Apa pun tak boleh larh depa neh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...