Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saiful Bukhari. Papar semua catatan

Selasa, 12 April 2011

Entry berapi : Zulkifli nordin sasau.

Mula-mula aku nak korang lihat dua petikan printscreen kat bawah neh dulu  ;



Dah baca? Kalau tak faham meh aku elobrate sket.

1. Kat atas neh sebahagian dari artikel zul nordin yang aku petik dari blog dia. Kalau nak baca yang penuh korang leh klik sini.

2. Apa yang aku perasan ialah zul nordin mengungkap ayat-ayat yang macam aku tandakan di atas. Maksud aku, boleh ke kita mengambarkan diri sebagai Allah swt dan menjawab macam tue?

3. Aku taktahu benda neh. So harap yang arif boleh ulas lanjut. 

4. Adakah kita boleh teka/agak apa yang Allah swt bakal jawab kat kita di akhirat kelak? Lebih kurang beginilah persoalan yang bermain di minda aku.

Kat bawah neh aku nak bidas hujah zulkifli nordin.

16 SEPT BUKTI ANWAR PEMBOHONG.

1. 16 sept adalah sejarah. Kami pr menerima kekalahan itu. Dan dsai pun dah minta maaf berhubung insiden itu.

SAIFUL TELAH DILIWAT

2. Saiful pergi haji dengan nenek dia. Bukan dengan mak dia. Dan fakta2 mahkamah menunjukkan saiful tidak diliwat.

ENGGAN SERAH DNA

3. Tiada kewujudan sperma dalam dubur saiful. Yang ada cuma dna. Harap zulkifli nordin faham fakta sebelum ulas membabi buta. DNA anwar ibrahim boleh diperolehi daripada kes siasatan liwat I dan barang2 yang anwar ibrahim pegang ketika dia dipenjarakan sehari tahun lepas. Jadi tiada keperluan untuk fresh dna.

KENAPA ANWAR PERASAN DIA TERLIBAT DALAM SKANDAL VIDEO SEKS PADAHAL TAK SEBUT NAMA DIA PUN.

4.Alasan kenapa anwar buat sidang media menafikan dia lelaki dalam video seks itu mudah. Wartawan berita alternatif [yg telah tonton video terbabit] yang menyampaikan berita tersebut kepada pkr. Sebab itu anwar buat pc untuk menafikan ia. RCI akan dibentuk untuk mengesahkan dakwaan anwar dan jam omega akan diserahkan kepada pihak berkuasa jika diminta.

PAS DAN DAP HIPOKRIT.

5. Mat sabu yang mengelarkan anwar ibrahim aljuburi dah minta maaf secara terbuka dan tertutup kepada anwar. Jadi gelaran itu tidak patut digunakan dan dikaitkan lagi dengan pas. Karpal singh tidak bongkarkan liwat dsai II ketika dalam mahkamah. Dia cuma bongkarkan siasatan polis terhadap kes dsai. Kena faham dua perbezaan ini. 

1. Membongkarkan kes liwat ataupun 

2. Membongkarkan pihak yang sedang menyiasat kes liwat. 

Karpal singh melakukan yang no dua. Bukan yang pertama. Dia tahu pihak polis dan kerajaan siasat anwar. Jadi dia tanya ketelusan pihak polis ketika itu terhadap dsai kerana ketika itu dsai berada dalam kerajaan. Tidak hairan kalau karpal singh membela anwar ibrahim sekarang sbb dia tahu dsai mangsa fitnah.

Tidak pelik kalau karpal singh dan dap anti islam. Tapi pelik kalau umno anti islam. Harap zulkifli nordin faham perkara itu.

RAMAI AHLI2 PKR KELUAR TINGGALKAN PRK DAN MASUK UMNO.

6. Tiada alasan yang jelas kenapa kebanyakkan mereka angkat kaki keluar dari pkr. Mungkin juga umno bercita2 nak hancurkan pkr sama seperti mereka hancurkan semangat 46. Pkr ialah parti serpihan umno. Mungkin umno berdendam sangat dengan pkr. Sebab itulah satu persatu keluar pkr dan masuk umno.

Kaitan anwar ibrahim dengan amerika dan yahudi bukanlah kaitan yang luar biasa kerana anwar ibrahim mengakui secara terang2an bahawa dia berhubungan dengan mereka atas pelbagai urusan. Namun apa yang menghairankan ialah kaitan umno dengan apco. Kerana umno kelihatan benci yahudi tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan yahudi.

Kalau lah mereka mahu menerima penjelasan dan jawapan demi jawapan maka perkara ini tidak perlu di ulang2 tulis. Saje aku tulis kat sini. Senang. Bila geng2 umno meroyan tanya soklan2 macam zul katak, aku copy paste. Senang. Dorang kan robot. Tanya soklan sama je tiap2 hari. Heh.

Ameno : Nanti dia tak mengaku itu blog dia pula.. kah kah kah siot je ko..

Selasa, 5 April 2011

[Video Inside] Perjalanan kes liwat II Saiful-DSAI di mahkamah. [Completed]

Berikut di bawah ialah siri penerangan perbicaraan liwat II yang berlaku di dalam mahkamah.















Di bawah pula adalah beberapa screenshot dari video di atas.





Point penting yang kita semua mesti tahu ialah ;

1. Saiful jumpa najib dua hari sebelum kes liwat dilaporkan berlaku.

2. Doktor perubatan swasta mengesahkan saiful tidak diliwat.

3. Doktor kerajaan tiada bukti klinikal dan saintifik bagi membuktikan saiful diliwat. Tiada laporan klinikal/makmal terdapat kehadiran airmani di dubur saiful [rujuk gambar ke empat]. Apa yang mereka ada ialah MUNGKIN dna yang ada di dubur saiful berasal dari airmani. Dalam erti kata lain, mungkin juga tidak.

4. Rakaman saiful yang keluar dari cctv selepas perbuatan liwat tidak menunjukkan tanda2 seperti telah diliwat.

5. Rakaman cctv anwar ibrahim bersama rakan2 nya yang keluar dari kondo tersebut tidak disiarkan di dalam mana2 akhbar. Anwar pada ketika itu bersama 9 individu lain di dalam kondo tersebut.

Dan kesemua dari mereka tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. Sebenarnya 9 individu lain ini boleh membuktikan samada saiful berada atau tidak dalam kondo tersebut. Kenapa tidak dipanggil untuk memberikan keterangan? Pelik.

Berfacebook bersama digi rm1 sahaja!
Ada pertandingan menarik yang ditawarkan oleh coklat terkenal!

Ameno : Isu liwat dah terbukti konspirasi.. sekarang neh adakah isu zina juga adalah konspirasi?

Rabu, 9 Mac 2011

Saiful : Dada saya diramas.

Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital. 

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

 Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai. Oleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.
Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.



1. Doktor tue telah dihubungi ketika berada di rumah. Pelik juga kenapa nak memberikan kes seperti ini kepada doktor tertentu? Tak boleh ke bagi je kat doktor yang dah standby ada kot hospital tersebut?

2. Selalu gak aku tengok drama macam HOUSE. Selalunya kes macam neh.. doktor periksa dulu then berdasarkan hasil laporan doktor ia dikepilkan untuk membuat laporan polis atas kes liwat, rogol, dera, dipukul, ditembak dan bla bla bla.

3. Apa yang saksi iaitu doktor terbabit bagitau kat mahkamah tadi ialah berdasarkan kepada hearsay = dengar orang [saiful] cakap. Tanpa ada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa terdapat perbuatan liwat.

4. Saiful memang hebat. Boleh bercerita 2,3 kali dan berkali-kali kes liwat neh seolah-olah tiada trauma. Aku pernah tengok CSI dan lihat satu dokumentari kat channel dokumentari kes lelaki kena liwat. Bukan sahaja lelaki tersebut tidak mahu tunjukkan muka dia, malahan dia tak mampu nak ulangi detik-detik dia di liwat. Bagi seseorang lelaki, perbuatan di liwat ini sangat berat. Ianya lebih berat dari dibunuh. Tak percaya? Korang tanya lah lelaki2 yang korang kenal. Ada ke mereka nak mengaku mereka diliwat dan buat muka slumber? Atau siap boleh upload video solat jumaat dengan penuh bangga? Ataupun boleh berjalan-jalan beli kamera dengan muka bangga? Bukan kata saiful patut kenang kehidupan silam dia [diliwat andai benar] tapi at least mesti ada nampak babak-babak dia sedih dan trauma kan? Dia tak perlukan rawatan kaunseling pun untuk pulihkan diri dia. Andai benar dia diliwat dan masih cool.. [macam sekarang] aku terpaksa tabik dia. Siyes. 

5. Akhir sekali perkara yang aku nak korang faham kat sini dah di nyatakan oleh doktor terbabit. Doktor sendiri pun menyatakan dia tidak pasti jika terdapat perbuatan liwat kerana sebab-sebab di atas. Jika doktor pun tak nak beri penjelasan ya atau tidak sebaliknya memilih jawapan tidak pasti. Memang ada sesuatu yang tidak kena.

Lue fikirlah sendiri. Tahun meliwat malaysia 2011 kini kembali.

Kalau korang rajin buka lah belog member aku milosuam kat situ terdapat beberapa bukti printscreen yang papagomo dan saiful berpakat utk kenakan dsai dan saiful juga meminta papagomo memaparkan gambar2 saiful yang lebih sedih agar dapat menarik simpati orang ramai.  


Ameno : Pelik tapi benar. Ha Ha Ha..

Jumaat, 18 Februari 2011

Mani lelaki lain di dubur saiful.


Maafkan saya kerna bersikap ingin tahu tentang perkara yang melibatkan seks luar tabii ini. Boleh saya tanya begini tak ;

1. Jika saiful di liwat, bukan kah sepatutnya dsai memasukkan z**** dia ke dalam dubur saiful?

2. Jika ya, bukan kah sepatutnya tompokan air mani tersebut berada di b***** saiful?

3. Jika ya, bukan kah sepatutnya seluar di bahagian belakang yang ada tompokkan air mani?

Tetapi merujuk kepada statement di atas, tompokkan air mani berada di hadapan zip seluar saiful. Adakah saiful telah diliwat melalui.. ttetttttttt.. 

Ada berapa lelaki yang meninggalkan air mani mereka kat dubur saiful tue? Adakah saiful telah diliwat lebih dari dua orang lelaki? Ha Ha Ha..  

 

Ameno : Cubaan meliwat.. ataupun cobaan.. ?

Jumaat, 14 Januari 2011

Ya sudah sayfool menipu pasal ke mekah.



Ini betul2 berita yang membuatkan biawak depan rumah aku ketawa 18. Hampeh punya biawak. Biawak tue gelakkan aku pasal aku bulat2 kena kencing dengan sayfool. Cis.. hari neh hari ko biawak. Gelak lah puas2. Heh

Baca petikan di atas. Baca betul2. Berita di atas bukan ditulis oleh aku. Aku cuma penyampai wadah je. Atas permintaan tue, mereka suruh blogger bongkarkan. Aku tengok memang ada blogger yang dah bongkarkan. Tapi aku sedih sebab takde blogger pencacai umno macam aku bongkarkan isu neh. Walaupun aku pencacai umno tegar nak mampus, kaki bodek tahap jilat sampai mati tapi aku takde keberanian nak tipu benda neh. Aku takut beb, aku takut. Aku takut tak sempat jejak ke mekah. Seteruk2nya aku mengampu umno, aku masih mahu menjejakkan diri ke mekah. Siyes.

Neh beberapa klue yang aku dapat dari sini

1. Orang tue cakap sayfool edit gambar2 dia kat mekah. Dia dah check. Malahan dia dah simpan seme gambar2 tersebut. Sesiapa nak check boleh mintak kat dia kot untuk kepastian korang sendiri.

2. Nenek tersebut bukan nenek sayfool. WOW.. [sebab sayfool tak berada di situ ketika gambar di ambil]

3. Tengok gambar kat atas, ada komplain pasal cahaya, tapi aku perasan satu perkara. Perkara neh aku perasan dah lama. Aku heran apsal gambar dia dengan jarak org kat belakang tue tak kena dari segi ketepatan ketinggian. Faham tak? aku pun susah nak elobrate, aku nak cakap macam neh, dari jarak dia amek gambar tue, sepatutnya jarak org kat belakang tue, tak patut terlalu kecik macam tue. Hah.. itulah maksud aku. [neh aku nya persepsi sendiri berdasarkan gambar tue ketika mula2 aku tengok tanpa tahu ada yg merasakan apa yg aku rasakan]

Dan beberapa point selanjutnya korang rujuk sendiri kat sini

Aku takmo tuduh2. Aku tahu syak2 pun tak boleh. Aku minta maaf sayfool sebab aku syak ko. Aku syak aku punya pasal. Tapi pembaca sekalian, korang kajilah kebenarannya sendiri, jangan syak semata2 kerana aku syak. Masing2 boleh check sendiri dan masing2 boleh tahu kebenaran asalkan mengkajinya sendiri.

Ameno : Haizzzzz... entahlah susah nak ulas bab2 amal ibadat neh pasal aku pun perlu banyak belajar lagi..

Updated :

Ini adalah updated terbaru tentang penyiasatan KBSB samada sayfool benar2 ke mekah ataupun tidak. Dari hasil siasatan kita dapati begini ;

1. Sayfool memang ke mekah
2. tujuan kita tak tahu
3. ada beberapa gambar di edit
4. kenapa? kita juga tak tahu.

Untuk rekod ada yang nampak sayfool semasa di mekah. Sila baca sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...