Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 5 Februari 2012

Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh..

Dah tua. Dah uzur. Jangan gila untuk berkuasa. Pemikiran dan pendengaran pun dah tak setajam dulu. Pentadbiran TGNA di kelantan pula di anggap lemah. Kenyataan yang selalu di keluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz juga selalu nya bercelaru dan mengelirukan. Apa haizhh nak jadi dengan tuk guru neh? Sila larh pergi. 

Tolong, tolong, tolong larh wehh....


Dulu beria2 katok mahathir konon nya lama sangat jadi PM. Tapi sekarang tgna sendiri lama sangat dah jadi MB. Apa cerita pula? Teruk sangat ke pemimpin pelapis pas kelantan sehingga tuan guru rasa berat sangat nak berundur ? Dungu ke dorang tue?

Nak marah? Boleh. 

Sila marah awang selamat disini. Di atas tue antara point isi penulisan dia. Aku tak faham apa motif dia menulis artikel tersebut. Samada nak mengesa nik aziz berundur ataupun nak memerli nik aziz yang mempertahankan jawatannya di kelantan. Aku siyes taktau dan tak minat nak amek tahu.


Cuma aku berminat nak mengulas isu yang dia tulis neh. Bagi aku kalau ko nak suruh nik aziz berundur sekalipun sila bagi alasan2 yang boleh diterimapakai. Jangan main tulis sebab nak lepas marah. Kalau macam neh sapa nak respect artikel ko? Benda diterbitkan di paper beb. Bukan blog macam aku. Logiklah kalau tak ikut standard kewartawanan. Tapi korang tue wartawan patut ada etika bukan asal nak tulis boleh main tulis jek. Tah pape.

Saranan mengesa nik aziz berundur bagi aku ia bukan saranan yang teruk. Cuma ia mungkin dilihat teruk sebab tukang saran tue sendiri berotak senget. Kalau yang saran tue ialah orang yang berakhlak elok, insya-Allah seme pihak boleh mengambil pendekatan untuk berhujah secara positif dan matang disini. 

Bagi aku tahap kesihatan, tahap kecerdasan dan ketajaman akal untuk menganalisis adalah ciri2 yang penting untuk jadi pemimpin. Kalau betul seseorang pemimpin itu tidak sihat, lebih baik berundur dan bagi peluang pada orang lain untuk memimpin. Jangan pula kita paksa dia memimpin dan terus memimpin sehingga dia rasa ini satu kewajipan dia untuk tidak mengecewakan orang lain.

Lain orang lain cara pemerintahannya. Kita kena bagi peluang untuk orang lain membuktikan kemampuannya. Bagi aku satu2 pemimpin, apabila memimpin terlalu lama, mereka mungkin dah masuk ke tahap tepu idea. Sebab tue kita kena pilih pemimpin baru yang boleh bawa perubahan. Jika sebelum neh buruk kepada baik, kali neh kita mahukan baik kepada yang lebih baik lagi. 

Bagi aku lebih bagus kalau TGNA boleh tumpukan kepada usaha memperkukuhkan pas. Pengalaman TGNA dalam mentadbir kelantan pula digunakan untuk membimbing orang baru. Yelah, senang sket nak pantau cara orang baru buat kerja selepas berundur kan. Barulah boleh lihat sendiri boleh ke tak boleh ke dia mentadbir. Kalau ada silap salah boleh tegur dan nasihat.

Mungkin juga rakyat kelantan sendiri selesa bersama tuk guru, kita tak tahu disini. Mungkin bukan sebab tuk guru tidak mahu berundur tetapi tuk guru terpaksa untuk tidak berundur pun boleh jadi juga. Apa pun ini urusan rakyat kelantan sendiri untuk decide. Bukan aku dan bukan pula awang selamat neh.  Bai. 

Nota : Sudah terjadi beberapa kali orang salah faham tajuk artikel di blog. Bagi menclearkan sesuatu, aku nak inform bahawa tajuk artikel  ==> Sila larh berambos Tuan Guru Nik Aziz weh.. [merujuk kepada penulisan awang selamat]. Walaupun aku melihat saranan agar Nik Aziz berundur ialah saranan yang positif, supaya dia boleh kukuhkan jentera pas, tetapi aku punya tajuk boleh di anggap begini ==> berundur bukan bererti mengalah tetapi mencipta strategi. 

Ameno : Mahathir di gesa berundur oleh umno sendiri.. bukan nya orang lain.. awang selamat neh meroyan jek.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...