Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Februari 2012

Lim Guan Eng Sial. - Surat terbuka untuk Ibrahim Ali.

Sial. Lim Guan Eng betul2 Sial. Sial sial dan sial. Sial lagi, lagi dan lagi. 

SIAL.

Ya. Ibrahim Ali marahkan lim guan eng. Dia marah sehingga bercakap lim guan eng sial. Dia marah sebab lim guan eng meminta mca memutuskan hubungan dengan perkasa. Ibrahim ali marah sangat sebab kenyataan lim guan eng itu seolah2 memainkan sentimen perkauman. Bagi ibrahim ali kenyataan lim guan eng itu ialah kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa perkasa itu racist sedangkan yang cauvinis itu ialah lim guan eng. 

Kenyataan lim guan eng itu sangat jahat dan tidak bertanggungjawab. Lim guan eng bertujuan menghilangkan undi kaum cina terhadap mca sedangkan memang perkasa tiada hubungan pun dengan mca. Ini salah. 

Lihat sendiri di bawah neh ;

 

Kenyataan Ibrahim Ali neh bukanlah kenyataan yang racist.  Ini ialah kenyataan yang berbaur penghinaan tetapi bukan kenyataan racist. Kenyataan ibrahim ali neh hanya menyerang batang tubuh lim guan eng semata2. Dia tak serang kaum cina pun. Tapi still kenyataan dia neh ialah kenyataan yang sia2. Kenapa? 

Sebab dia mengarut. Dia nak marahkan seseorang mestilah atas sebab yang kukuh. Mana boleh marah orang atas sebab yang sendiri yang reka dan sendiri pula marah. Kan ke pelik tue?

Ibrahim ali taktahu. Sebab tue aku cadang nak bagitau dia. Orang macam neh kita tak boleh nak marah dia melulu sebab kadang2 dorang memang taktahu. Lepas dah di beritahu dan dia masih meroyan lagi time tue nak marah pun marah larh. Sebab dia sendiri yang pilih untuk ignore hal yang sebenar. Bukan nya kebenaran tak sampai kepada dia. Tetapi dah sampai dan dia pilih untuk tolak kebenaran tersebut.

Kepada ibrahim ali yang telah menang pru - 12 atas tiket pas ,
Pakcik sebenarnya bercakap tidak berpaksikan kepada realiti yang sebenarnya. Kenapa saya cakap macam tue kat pakcik? Yang sebenarnya saya dengar dengan teliti kenyataan demi kenyataan pakcik barulah saya memutuskan pakcik neh seorang ignorant.

Saya ada sebab yang kukuh cakap macam tue. Biar saya jelaskan kenapa. 

1. Saya dapati pakcik cakap pakcik tiada hubungan dengan mca. Jadi tindakan meminta mca putuskan hubungan perkasa oleh lge membuatkan pakcik rasa marah. 

2. Pakcik juga risau jika orang cina tidak undi mca. Aikk pakcik. Tadi kata takde kena mengenakan? Jadi ada apa hal org cina undi ka tak undi ka kat mca? Itu bukan hal pakcik pun. Remember? Takde kena mengena maa..

3. Lepas tue pakcik cakap ini kenyataan lge neh cuba memainkan sentimen perkauman. Pakcik2.. pakcik mungkin lupa pada sejarah tapi rakyat malaysia macam saya tak lupa pada sejarah pun. Atau lebih tepat lagi TIDAK LUPA KEPADA PERLAKUAN dan KATA2 pakcik yang bersifat perkauman dan keagaamaan.

4. Siapa yang suka hina kaum cina dan kaum india di malaysia neh kalau bukan pakcik?  Walaupun pakcik tak direct cakap cina itu babi tetapi cara pertuturan pakcik menjurus ke arah itu dan pakcik sendiri mengakui bahawa pakcik tak kisah di anggap racist jika perbuatan membela melayu itu boleh di anggap racist.

5. Ayat membela melayu itu sendiri pun pakcik spin. Yang hakikatnya pakcik membela bn dan umno. Bukan nya melayu. Jangan tipu2 pakcik. Kalau pakcik menipu dan orang terpedaya ada logiknya lagi. Neh dah larh pakcik menipu, orang tak percaya jadi apa pointnya pakcik masih menipu lagi? 

6. Bagi saya kalau pakcik sebenarnya nak memusnahkan orang melayu. Sebab tue pakcik sokong umno. Umnolah punca melayu melayau dan lemah di malaysia neh. Di perkotak katikkan, di pandang rendah dan sinis oleh kaum lain. Itu seme atas sistem yang umno gunakankan selama 55 tahun. Sistem neh yang pr nak hapuskan bagi membantu dan menaikkan kembali kredbiliti melayu di malasysia tapi pakcik jadi penghalang pula. Walaupun pakcik neh diibaratkan sebagai batu penghalang yang kecil tapi batu2 kecil macam pakcik neh bersepah atas jalanraya. Kalau terlanggar or terpijak tetap rasa sakit gak. So pakcik neh masih dalam kategori yang boleh membahayakan orang lain.

7. Lepas tue pakcik cakap pasal cauvinis. Cauvinis dap pakcik nampak. Cauvinis mca dan gerakan pakcik buat2 buta. Mca saman kerajaan kelantan pasal judi pakcik buat derk. Gerakan bersikap racist sepanjang pemerintahan di penang pakcik buat tongong. Pakcik, yang sebenarnya pakcik dan rakan2 dalam bn bukan marah pasal dap cauivinis. Saya tahu, pakcik tahu dan kita seme tahu hal sebenarnya.

Pakcik marah sebab bila dap pegang penang, projek2 kerajaan bn tergendala. Bila bercakap pasal projek ia melibatkan urusan wang. Wang neh faedahnya sangat besar. Kita perlukan wang untuk hidup selesa. Ini bukan pasal rakyat. Bukan pasal politik. Bukan pasal islam. Bukan pasal menjaga kepentingan kaum melayu. Tetapi neh seme hanya semata2 pasal wang. Kalau lim guan eng dan dap boleh bagi wang pada pakcik dan bn, pakcik dan bn juga akan berhenti menentang dap. Inilah hakikatnya.

Saya dah nampak niat pakcik yang sebenar. Saya dah tahu dan saya dah faham. Pakcik hanya akan bercakap mengikut arus wang. Pakcik sebenarnya tiada perjuangan. Pakcik cuma ada wang dan mahukan wang lagi dan lagi. Inilah persepsi saya. Pakcik boleh suka dan pakcik boleh rasa tak suka tetapi pakcik tak boleh ubah persepsi saya. Persepsi saya datangnya hasil dari sikap yang pakcik sendiri zahirkan. Bukan saya cari sendiri tetapi pakcik yang buat sendiri. Heh.

Kalau pakcik jenis orang yang ada pendirian, ada maruah diri dan faham untuk kenang jasa orang lain sedari awal lagi pakcik akan letak jawatan bila bertanding atas tiket pas tapi sokong bn dan hentam pas habis-habisan. Kalau pakcik menentang akan perkara yang betul takpe juga. Saya pun selalu juga meluahkan rasa bengang terhadap pas dan pr. Tapi masalahnya pakcik menentang akan perkara yang fitnah dan rekaan. Benda tiada, diadakan2 lepas tue mengamuk dan berdemo marah walhal benda yang dimarahkan tue ialah perkara yang fitnah. 

Sebab tue saya nak nasihatkan pakcik. Berhentilah buat drama politik. Raja lawak musim baru bakal bermula. Sila masuk ke gelangang yang sesuai dengan bakat yang pakcik ada. Politik bukan tempat orang macam pakcik. Raja lawak ialah medium pakcik yang sebenarnya. Jangan sia2kan pemerhatian saya terhadap bakat terpendam pakcik selama neh. Percayalah pada pandangan saya. Pakcik akan popular di pentas itu. Bai.

Ameno : Cermin pecah beli la baru.. adoii..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...