Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Februari 2012

Shahrizat bakal start kerja..

Laaa.. lepas bercuti 3 minggu aku ingat dia cuti terus. Tapi aku dapat info dari pejabat sana maklumkan bahawa shahrizat akan mula bekerja macam biasa beb. Lagipun hari neh dah hari khamis. 

Sepatutnya pengumuman minyak turun di buat. Heran gak aku kenapa takde info pasal neh lagi. Walhal benda neh dah disahkan oleh kekawan sana gak. Adakah mereka hold dulu sebab nak selesaikan isu shahrizat neh? Tue ka pasalnya shahrizat melancong ke SPRM semalam? Lihat kenyataan merajuk shahrizat kat bawah neh ;

“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.

"Saya datang ke sini kerana saya berkahwin dengan pengerusi (eksekutif) NFC dan sebab itu persoalan sama ada, ada konflik kepentingan atau tidak dalam membuat keputusan. Jadi itu merupakan isu yang sangat jelas," katanya pada sidang media di sini.

Mula2 aku macam tak percaya dia cakap macam neh. Tapi memang siyes dia cakap macam tue beb. Lihat sini. Link berita mstar. Memang kelakar siot. Shahrizat dakwa dia yang minta disiasat dan diteliti.

kah kah kah

Aku rasa rakyat malaysia yang mendesak ko disiasat. Dan ko ke sana pun sebab tunduk atas tekanan. Alahaiii makcik shahrizat pun pandai buat lawak. Nasib baik dia tak selak kain. Kalau tak mao lari berterabur orang2 sprm tue karang.

Tapi kan geng, isu penting disini ialah si shahrizat tue tak letak jawatan. Ini yang paling penting. Korang tak hairan ka? Setelah pelbagai pendedahan dibuat dia boleh slumber2 lagi jadi menteri? CSL pun letak jawatan beb lepas skandal seks bocor.

Pendedahan terbaru yang rafizi dedahkan [rujuk blog milosuam] sikit pun dia tak lut. Ini kerja gila. Takan najib tak boleh pecat dia? Takan najib takutkan dia selain dari rosmah? Biar betul beb? Ada apa pada shahrizat neh sehinggakan pemimpin tertinggi umno pun tak boleh sentuh dia? Benda neh kita kena siasat beb. Jeng jeng jeng..

Ameno : Kulit tebal gile

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...