Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Februari 2012

Najib naik kereta kuda, rakyat berjalan apa masalahnya?


Ini ialah gambar najib dulu2. Ini gambar yang menunjukkan najib naik kereta kuda dan rakyat sedang berjalan mengiringi dia. Caption dari MSO. Kata MSO bahawa najib tidak mahu berjalan bersama2 rakyat sebab menunjukkan sikap bangsawan dia. [dipercayai].

Susah.

Susah aku nak balon najib dalam isu neh. Siapa tahu bahawa dia mungkin TEST naik kereta kuda tue? Siapa pula tahu kereta kuda itu dipersiapkan untuk dia? Siapa yang tahu? Orang yang berada di sana pada masa itu sahaja yang tahu. Sebab tue aku cakap susah. Susah aku nak mengatakan najib sebegitu sebegini hanya berdasarkan kepada sekeping gambar seperti neh.

Kalau disuruh aku mengulas sikap najib yang sekarang neh memang boleh. Memang najib takde ciri2 wasatiyah yang dia canangkan pun. Tapi sikap najib neh macam sama je dengan sikap2 kebanyakkan pemimpin pakatan rakyat. 

Pemimpin pakatan rakyat ada ka jalan kaki, naik bas dan guna motor pergi sana sini? Dorang pun beli kereta best untuk keselesaan masing2. Salah ka? Mana ada salah pun. Sejak bila menyelesakan hidup sendiri2 menjadi satu kesalahan di dunia neh? Jika pemimpin pembangkang tak salah, maka apa sebab pula najib salah berbuat demikian? Kedua2 komponen parti neh mendedikasikan kerjaya mereka untuk mengutamakan kepentingan rakyat.

Tapi kedua2 komponen parti neh ada sedikit masalah kecelaruan dalam memperjuangkan hak rakyat. Mereka tak faham apa itu topic PENTING dan apa itu topic TIDAK PENTING. Bila gagal membezakan hal neh maka timbul lah perkara2 yang menjurus kepada perkara yang mengarut.

Isu meningkatkan taraf hidup neh jika dimulai dengan taraf hidup masing2 sebenarnya tidak salah. Malahan ini lah yang utama. Jangan anggap ini salah dan berdosa. Jika pemimpin mampu memakai apa2 jua kenderaan sekalipun itu hak mereka. Yang patut dipersoalkan bukan taraf hidup tapi hujah mereka yang tidak selari dengan dasar kerajaan je yang kita persoalkan. Contohnya najib mengesa kita beli proton. Sokonglah product tempatan tapi adakah dia pakai product tempatan? Rosmah? Mereka tidak. 

Yang neh kita persoalkan. Bukan kita marah or dengki mereka yang kaya raya neh. Kita faham rezeki kita dan mereka berbeza2 atas tingkat usaha yang juga berbeza2 tapi yang kita tak faham ialah kalau pun tak mampu membantu kita mengubah gaya hidup kita maka janganlah jadi penyebab kepada kesukaran hidup kita daripada sukar kepada yang lebih sukar. Ini sahaja. 

Ameno : Orang2 yang dalam gambar tue masih SOKONG najib lagi ka? Muahahaa..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...