Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Julai 2019

Kenapa KambingHitamkan Merpati - Presiden GERAKAN Tegur Exco Johor.

UTUSAN ONLINE | Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor menjadikan burung merpati sebagai ‘kambing hitam’ berhubung isu pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang.


Dominic berkata, alasan burung merpati menjadi punca pencemaran tersebut sehingga menyebabkan kesihatan murid sekolah di Pasir Gudang terjejas adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Burung merpati sudah sinonim dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu dan berada di merata tempat, bukan hanya di Pasir Gudang. Saya tidak pernah mendengar pencemaran udara berlaku disebabkan burung merpati sehingga menyebabkan ada orang terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Berdasarkan kajian saintifik, memang terdapat kuman pada najis burung merpati tetapi ia hanya boleh menjejaskan kesihatan manusia sekiranya berlaku sentuhan fizikal secara langsung, bukannya melalui penyebaran di udara,”
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar memaklumkan insiden murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang berkemungkinan berpunca daripada pencemaran najis serta hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.

Mengulas lanjut, Dominic turut menggesa Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin untuk menetapkan tempoh tinjauan dan mengarahkan agensi-agensi berkaitan mengenal pasti punca pencemaran udara di Pasir Gudang. - 25 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...