Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Julai 2019

Beri Anugerah & Seragam Tentera Kepada Ahli Politik, Ini Penjelasan Mat Sabu.

POLITIK | Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu dikecam kerana didakwa bersikap hipokrit apabila memberikan pangkat kepada ahli politik dalam satu majlis tauliah kehormat askar wataniah pagi tadi.

Hal itu kemudiannya membuatkan Mat Sabu dikritik netizens terutamanya dari blok pembangkang.

Ini kerana Muhammad Sabu pernah mengeluarkan kenyataan amalan memberikan pangkat kepada orang awam dan ahli politik akan dihentikan.


"Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awan ia perlu menjalani latihan ketenteraan," katanya pada 19 April 2019, memetik laporan Malaysiakini.


Di Facebook Menteri Pertahanan dan Ketua Menteri Melaka netizens pro pembangkang nampaknya sudah melakukan serangan dan kritikan.

Namun pentadbir halaman Muhammad Sabu dilihat memadamkan komen-komen berbaur kecaman keterlaluan.

Manakala pentadbir halaman Adly dilihat membiarkan komen-komen negatif tanpa dibalas.


Menteri Pertahanan kemudiannya memberikan penjelasan kenapa kementeriannya bertindak menganugerahkan gelaran pangkat dan pakaian seragam kepada ahli politik tertentu.

Ini penjelasan MINDEF;

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI TAULIAH KEHORMAT ASKAR WATANIAH

Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan pada hari ini. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali dan Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Nawawi.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyempurnakan pemakaian pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) kepada Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Amirudin bin Shari, selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi Negeri Selangor; dan juga kepada Yang Amat Berhormat Hj Adly bin Hj Zahari, Ketua Menteri Melaka, selaku penaung JAKPAW bagi Negeri Melaka. Pelantikan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka sebagai Penaung JAKPAW di peringkat negeri telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke-575 berkuatkuasa pada 24 Mei 2019.

JAKPAW merupakan suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di setiap negeri untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP). Tujuan organisasi jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem gunasama, mempromosikan Askar Wataniah (AW) di kalangan masyarakat dan menggalakkan penyertaan orang awam menyertai ASP menerusi komitmen majikan. Piagam Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan telah ditetapkan menerusi Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 1 Tahun 1996.

Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar/Ketua Menteri yang dilantik menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brig Jen (Kehormat). Selain daripada itu, perjawatan Pengerusi JAKPAW dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Perlantikan Pengerusi JAKPAW dibuat oleh Menteri Besar/ KetuaMenteri/Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat). Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972.

Perjawatan tauliah kehormat boleh ditamatkan sekiranya penyandangnya melakukan kelakuan yang boleh mencemarkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia atau tidak lagi menyandang jawatan mereka. Ia merupakan mekanisma terbaik sebagai galakan kepada rakyat untuk menyertai ASP melalui prinsip ‘Lead by Example’. - 23 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...