Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Ogos 2019

Masyarakat Cina Kantoi. Rupanya Belajar Jawi Sudah Ada Di Buku Teks Tahun 5 SJKC.

NURUL ASYIKIN | Orang yang rasis akan seringkali terkantoi memperbodohkan diri mereka sendiri. Begitulah yang berlaku pada kumpulan pendesak yang anti tulisan jawi diperkenalkan di silibus Bahasa Malaysia tahun empat SJKC bermula 2019.

Telah Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee memperjelaskan tujuan KPM menambahbaik silibus Bahasa Melayu tahun empat SJKC dengan memperkenalkan Seni Khat atas nama memupuk perpaduan, menaikkan semangat patriotisma dan meningkatkan pengetahuan murid terhadap sejarah tanahair serta mendekatkan mereka kepada identiti nasional.

Nampaknya penjelasan KPM itu disambut dengan hinaan, cercaan, makian dan kutukan terhadap mereka yang anti masyarakat melayu, muslim dan Islam khususnya.

Kononnya belajar jawi bermaksud Islam sudah masuk ke SJKC. 

Kononnya belajar jawi merupakan satu pemaksaan.

Kononnya belajar jawi bermaksud melayu mahu doktrinisasikan pemikiran bukan melayu.

Kononnya belajar jawi merupakan satu beban dan menyusahkan anak-anak yang dihimpit dengan pelbagai tekanan dari subjek lain. Mereka terpaksa bahagikan masa untuk menguasai empat bahasa.

Empat bahasa? Betapa bodohnya masyarakat cina (bukan semua). Tulisan jawi bukannya bahasa. Tulisan jawi ialah sistem tulisan bagi Bahasa Melayu sebelum ianya diselaraskan kepada Roman (atau disebut rumi bagi kebanyakan rakyat).

Ini bermakna bagi Bahasa Melayu (atau disebut Bahasa Malaysia) kita ada dua jenis sistem tulisan;

i) Jawi
ii) Roman

Adakah jawi ialah bahasa baru? Sudah tentulah tidak. Mak bapa yang berasal dari SJKC walaupun bukan semuanya tapi kebanyakan dari mereka bodoh sejarah tanahair tapi dengan takmalunya nak mengaku pula sebagai RAKYAT MALAYSIA dan mahukan hak samarata. Sebelum tuntut hak samarata jadi dulu bangsa Malaysia yang sebenar, usah jadi klon dan tiruan.

Mana ada rakyat Malaysia yang tergamak menghina sejarahnya sendiri seperti tekanan yang tulisan jawi terima pada ketika ini.

Sudahlah begitu, dek kerana rasis yang memang ada dalam hati, mereka terlepas pandang. Pembelajaran jawi di SJKC bukanlah perkara asing bagi masyarakat cina Malaysia.
Lihatlah gambar-gambar ini;




Nampaknya sudah ada rekod yang anak-anak SJKC telah belajar mengenai jawi ketika berada di tahun lima. Jadi ia bukanlah perkara baru dan pelik pun.

Subtopik Seni Tulisan juga berada di silibus Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan tetapi anak-anak ini belajar lebih awal, mungkin di tahun dua atau tiga.

Ia diperkenalkan bagi mendedahkan anak-anak melayu kepada jenis-jenis bahasa dan tulisan yang ada di Malaysia.

Selain sebagai pengetahuan am, ia juga bertujuan supaya anak-anak melayu ini kenal bahasa dan sistem tulisan kaum yang berbeza dari mereka.

Anak-anak melayu ini tidak marah apabila difahamkan apa itu Bahasa Mandarin dan Tamil. Ini dibuat KPM bagi memupuk perpaduan dan persefahaman antara kaum. Kan nampak pelik jika kita duduk di satu negara tapi tak tahu apa jenis bahasa dan tulisan yang kaum-kaum berbeza dari kita menggunakannya, betul tak? 

Ini bermakna tindakan memarahi, mempertikaikan, mengecam dan memaki hamun KPM dan Dr. Maszlee oleh sesetengah masyarakat cina adalah didorong semangat rasis.

Mereka cuba nak memecahkan kehormonian negara. Mereka hasut masyarakat cina untuk anti orang melayu dan orang Islam. Mereka gunakan tulisan jawi untuk menajamkan perasaan marah bagi menjayakan hasutan itu.

Lama kelamaan, orang cina akan membunuh orang melayu. Selepas itu orang melayu akan naik hantu. Dan orang melayu akan membalas dendam. Selepas itu apa yang berlaku? Anda boleh fikirkan sendiri. 

Hakikatnya, anak-anak SJKC telah lama belajar jawi. Penambahbaikan sukatan matapelajaran adalah perkara biasa. Ini dibuat bagi memperkemaskan silibus mengikut perkembangan semasa kerana anak-anak ini semakin cepat belajar dan cekap.  

Adapun yang mempertikaikan tentang pembelajaran coding di sekolah juga merupakan satu kebodohan.

Telah KPM masukkan sukatan mengenai coding seawal peringkat sekolah rendah dan mempunyai perancangan untuk memperdalamkan lagi sukatan tersebut bermula 2020. Jadi buat apa KPM nak tambahkan coding sedangkan ia sudah pun berada di dalam silibus dan dirancangkan untuk ditambahbaik? Keputusan sudah dibuat, orang kata dah EXECUTED pun. So, nak banding dengan sekolah Thailand buat apa? Duduk dalam gua lama sangat ke sampai ketinggalan begitu teruk?

Rujukan : https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/06/26/coding-is-already-part-of-school-curriculum 

Terdapat pihak-pihak yang dengan sengaja mahu mencari salah Menteri Pendidikan. Tujuan mereka ialah mahu memburukkan imej Dr. Maszlee dengan harapan Tun Dr. Mahathir memecat Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

Pihak-pihak ini bukannya kumpulan liberal. Kerana orang liberal tidak akan menyekat kebebasan bersuara. Mereka ialah liberal murtad. Liberal yang lari dari landasan sebenar liberal. Mereka ialah libertad. Bodoh dan rasis. Liberal tidak rasis. Tetapi libertad ialah rasis. 

Mereka tidak sukakan pendekatan Dr. Maszlee yang mahu menyatukan anak bangsa dengan usaha-usaha berterusan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mereka tidak suka cina, melayu, india duduk ketawa bersama-sama di satu sekolah.

Mereka tidak suka cina dan india menghormati ajaran Islam.

Mereka tidak suka melayu menghormati perbezaan agama dan kepercayaan dengan matang.

Mereka mahu menghancurkan itu. Bagi mereka selagimana wujudnya kaum cina, india, melayu yang tidak rasis, selagi itulah agenda mereka akan diganggugugat. Dan janganlah anda sesekali menjadi catur mereka. Sesungguhnya orang yang rasis adalah libertad. - 5 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...