Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Ogos 2019

Wan Ji Mangsa Sabotaj Berterusan Pegawai Kerajaan?

Redzuan RF8 Media | Meskipun lebih setahun tiga bulan Pakatan Harapan memerintah namun kerajaan pusat dan negeri yang ditadbir masih tidak sunyi daripada sabotaj oleh anasir-anasir kerajaan sebelumnya.
 

 
Kes pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang diarah oleh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk ke mahkamah bagi didakwa kerana memberi ceramah tanpa tauliah walaupun ceramah tersebut dibenarkan oleh Pengerusi MAIM yang juga Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menjadi land mark kepada operasi sabotaj berterusan ke atas kerajaan PH.

Semalam, Wan Ji yang dihubungi pegawai kanan MAIM di bahagian penguatkuasaan diarah untuk ke mahkamah selepas selesai memberikan keterangan. Bagaimanapun Wan Ji berkata, pegawai terbabit sebenarnya akan meninggalkan perkhidmatannya di JAIM hujung bulan ini.

Katanya, kontrak pegawai kanan itu – yang didakwanya mempunyai hubungan baik dengan PAS dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) – tidak lagi disambung oleh kerajaan negeri.

“Perkara itu saya maklumkan kepada Pejabat Ketua Menteri Melaka,” katanya dan mendakwa mereka terkejut dengan apa yang dilakukan pegawai kanan JAIM berkenaan.

Bagaimanapun menurut Wan Ji pejabat Ketua Menteri Melaka akan membantu menguruskan hal itu “sehingga selesai”.

Terdahulu Wan Ji dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Jaim bagi membantu siasatan kes memberi ceramah tanpa tauliah di Bukit Beruang pada 14 Julai lepas.

Kata Wan Ji ceramahnya sebelum ini sudah mendapat keizinan daripada pengerusi Majlis Agama Islam Melaka.

Hal sama juga, katanya, diberikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Sofi Wahab.

“Saya berpendapat pihak kerajaan PH di semua negeri dan persekutuan perlu lebih berhati-hati dengan mana-mana pegawai kerajaan yang cuba mensabotaj,” katanya.

Sementara itu, malam tadi Wan Ji meneruskan kuliahnya di Melaka dan ia turut disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...