Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 10 Ogos 2019

Dua Kali Ustaz Riduan Kantoi Fitnah, Isu Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi & Rehal..

NURUL ASYIKIN | Apa dah jadi dengan Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor sejak akhir-akhir ini?

Selepas menyebarkan sangkaan jahat terhadap drama Demi Tuhan Aku Bersaksi (rujuk sini), beliau menyambung fitnah dalam isu perobohan stuktur tak selamat atas bangunan DBP.

Kita boleh faham apabila beliau menganggap binaan buku itu sebagai rehal atas kecuaian yang dilakukan oleh DBP sendiri sepertimana dinyatakan dalam kenyataan media mereka.

Bagaimanapun kita tak faham kenapa seorang ustaz merasakan dia boleh melakukan tuduhan sesuka hati tanpa memeriksa kebenaran akan satu-satu isu yang beliau timbulkan terlebih dahulu.

Kita ambil contoh drama Demi Tuhan Aku Bersaksi. Ustaz Riduan menulis panjang lebar mengenai bantahannya terhadap drama tersebut.

Dengan tajuk : DRAMA SAMPAH MEMALIT LUMPUR HITAM PADA INSTITUSI TAHFIZ.

Katanya : Drama yang mengangkat isu seputar persemburitan yang berlaku di institusi pendidikan al Quran seolah mengambarkan sisi hodoh sekolah tahfiz yang kini pesat berkembang diseluruh negara. Apa motif penerbit drama ini?, ingin memberikan didaktik moral kepada khalayak atau sememangnya tolol , korup idea, selera pasar yang murah?.

Katanya lagi : Bayangkan Imej pelajar tahfiz yang berjubah, berserban ,dengan guratan wajah bersih mulus dan sering bersama al-Quran kemana-mana akan digambarkan dalam drama yang akan ditayangkan oleh RTM ini sebagai peliwat , peminat seks songsang dan sekaligus akan meremeh dan menfitnah keseluruhan nilai-nilai murni institusi pendidikan al Quran.

Dan lagi : Umat Islam wajib bangkit bersuara menolak drama ini dan kita merasa kepelikan pula bagaimana pihak RTM membenarkan persoalan drama sebegini pandir dan tidak sensitif dengan umat Islam.



1. Adakah seorang ustaz boleh memberikan ulasan dan kritikan panjang lebar terhadap satu drama yang belum pun ditayangkan (ketika itu) / menontonnya?


Boleh. Jika dia faham jalan cerita drama itu sebagaimana apa yang drama itu cuba sampaikan.

Tetapi apa yang berlaku ialah sangkaan dia terhadap jalan cerita drama Demi Tuhan Aku Bersaksi adalah jauh meleset sama sekali.

Dengan hanya menonton gambar, tak menjadikan kita tahu jalan cerita.

Sebab itu ada telefon. Adanya media sosial. Ia sepatutnya digunakan untuk kita menghubungi orang disebalik pembikinan drama tersebut.

Kita tanya dia. Saya baca kritikan awam. Betul ke apa yang orang ulas pasal drama itu? Oleh kerana saya ustaz, saya bawa title yang umat Islam rajakan, saya perlu berhati-hati mengulas supaya tak jadi fitnah pada imej Islam kerana nanti Islam akan terpalit sama atas kesilapan yang saya buat, jadi pengarah Demi Tuhan Bersaksi, betul ke?

Tak. Tak perlu tanya. Tak perlu siasat. Tak perlu semak fakta. Tak perlu buat apa-apa. Cukup dengan perasaan marah, benci, ada RTM dan boleh kaitkan dengan kerajaan masakini, kita perlu hentam dengan laju.

Cuba baca mereka yang dah menontonnya disini. Ada tak sama seperti apa yang orang belum tonton mengulasnya?

Dan setelah kebenaran telah sampai ke telinga Ustaz Riduan, adakah dia akan berlapang dada dan mengakui kesilapannya?

Atau terus hidup macam biasa seolahnya tak buat salah apa? Ya, oleh kerana dia PAS dia tak mungkin salah. Oleh kerana dia ustaz, dia tak boleh salah. Orang lain yang bersalah, kan?

Begitu juga dengan isu rehal. Apa masalahnya jika yang dirobohkan itu rehal sekalipun. Adakah Islam menyembah objek? Adakah Islam terletak pada binaan? Adakah aku beriman dengan Rehal? Rehal Tuhan aku, Rehal Rasul aku, Rehal Nabi aku, syurga dan neraka, hari kebangkitan semuanya ada di rehal itu?

Apa tujuannya menimbulkan sangkaan jahat terhadap keputusan JKR merobohkan binaan buku (bukannya rehal okay) atas alasan keselamatan?


"Rehal adalah lambang menuntut ilmu bagi orang melayu dan ada orang yang kepanasan melihat rehal, alangkah..," ini apa?

Kepanasan kat sini merujuk pada siapa?

DAP?
PAKATAN HARAPAN?
DBP?
JKR?
PEKERJA YANG MEROBOHKAN BINAAN?

Kenapa seorang ustaz macam dia tak boleh nak berfikir;

1. Aku patut tanya orang
2. Aku patut siasat apa yang berlaku
3. Aku patut ambiltahu perkara dibelakang tabir

Sebaliknya dia dengan lajunya bertindak menyebarkan fitnah dan fitnah dan seterusnya fitnah.

Adakah tarafnya seperti Faris Nasir?

Sama sekali bukan. Oleh kerana dia bawa gelaran ustaz, dan membayangkan diri sebagai pejuang Islam - bukankah menjadi tanggungjawabnya perlu berhati-hati dalam setiap tutur kata yang dilemparkan?

Hakikatnya binaan itu disahkan tidak selamat. Perobohan dilakukan atas dasar keselamatan. Andaikata ianya runtuh dan jatuh, menimpa rakyat yang tak berdosa maka lagunya - kenapa tak robohkan sejak awal? Kenapa tak pantau? Kenapa tak periksa awal-awal sebelum berlakunya kemalangan, nampak?

Dan macam biasa. Selepas terkantoi menyebarkan fitnah. Apakah Ustaz Riduan melakukan pembetulan? Adakah jarinya ringan membetulkan kesilapan? Tidak. Kerana dia PAS. Kerana dia ustaz. Dia tak mungkin salah. Tapi orang macam kita, memang salah.

Yang akan mereka kata pada kita - Pakatan Harapan menang dengan fitnah. Kau rasa kau bagus sangat?

Ok. Setelah kita melalui masa itu, kita mengaku. Kita dapati ada sesetengah isu adalah fitnah dan masalah yang diperbesar-besarkan.

Tetapi, adakah kau juga berbeza dari apa yang kau lawan? Itu soalnya.

Sekurang-kurangnya kami ada alasan. Kami juga manusia dan kami boleh terpedaya. Ya, kami telah terpedaya.

Tetapi kau pula bagaimana? Kau bukannya terpedaya. Tetapi memperdayakan. Itu menjadikan kau sama sebiji dengan apa yang kau lawan. Dalam erti kata lain, kau juga sedang cuba menang dengan fitnah. - 10 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...