Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Ogos 2019

Ahli Parlimen DAP Minta Maaf Kongsi Petikan Ayat Selar Khat Di Facebook.

POLITIK | Ahli Parlimen Kepong meminta maaf kerana berkongsikan petikan ayat yang menyelar pengajaran Seni Khat di Facebooknya pada sabtu lepas.

Menulis di Facebooknya, Lim Lip Eng berkata beliau meminta maaf kerana telah mencetuskan salah faham dan berjanji akan berhati-hati dalam berkongsikan apa sahaja maklumat pada masa akan datang.



Lim bagaimanapun menegaskan petikan ayat yang dikongsikan itu bukanlah penulisan darinya sebaliknya hanya memetik kenyataan Fa Abdul.


"Yang sebenarnya : Berhubung status Facebook saya yang menjadi kecaman pihak tertentu, perlu saya ulangi bahawa yang sebenarnya ia bukan tulisan saya. 

Saya hanya memetik tulisan artikel dalam bahasa Inggeris daripada perenggan penutup rencana tulisan Fa Abdul, kolumnis Malaysiakini. Saya bukan penulis itu. 

Kesilapan saya ialah tidak meletakkan nama penulis tersebut di bawah petikan ayat itu. Saya memohon maaf atas perkongsian petikan ayat tersebut tanpa memetik nama penulis sebenar. 

Saya juga berjanji akan berhati-hati dalam membuat perkongsian status media sosial. Semoga salah faham ini dapat dijernihkan dengan penjelasan ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya petang ini. 


Sebelum ini Lim dikecam kerana dianggap menghina tulisan jawi dengan menyamakan ia dengan tahi lembu.


Penafian Lim dan tindakannya yang mahu melaporkan laporan HarakahDaily ke polis bukan sahaja tidak dilayan malahan menerima kecaman hebat dari netizens.

"Akhbar PAS, Harakahdaily telah melaporkan kononnya saya telah menyamakan khat jawi dengan tahi lembu. Perlu dijelaskan bahawa tulisan tersebut adalah petikan daripada perenggan penutup rencana tulisan Fa Abdul, kolumnis Malaysiakini. 


Harakah telah dengan niat jahat mendakwa saya sebagai pembuat kenyataan terbabit. Pejabat saya akan membuat laporan polis terhadap mereka yang telah membuat ugutan dan serangan terhadap saya tanpa usul periksa," katanya pada ahad. 

Menurut pengkritik, Lim dianggap bersetuju dengan kenyataan Fa Abdul kerana itulah beliau memetik ayat tersebut dan berkongsikannya semula.

Bagaimanapun, Lim yang mulanya berkongsikan petikan ayat Fa Abdul yang mengandungi ayat tahi lembu bagi mengkritik pembelajaran Seni Khat di SJKC Tahun Empat bertindak mengedit petikan asal dengan memadamkan perkataan tahi lembu.

Tidak dapat dipastikan kenapa beliau berbuat demikian disebalik penafian tegasnya konon tidak menghina Seni Khat.

Selang sehari beliau kemudiannya memadamkan terus pautan yang berkongsikan artikel Fa Abdul di Facebooknya. - 5 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...