Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 8 Ogos 2019

Penjelasan Isu Potongan 10% Derma Jumaat Tabung Masjid Untuk Diberikan Kepada Kerajaan Penang.

POLITIK | Sejak semalam terdapat pihak yang menyebarkan dakwaan Pulau Pinang telah menggenakan peraturan bahawanya setiap tabung masjid perlu memberikan 10% kutipan derma kepada Kerajaan Negeri.



Hal itu mulai menjadi kecoh apabila satu tangkaplayar WhatsApp disebarkan dan pihak-pihak yang mempercayai dakwaan itu menyebarkan kepada pihak lain sehingga mendatangkan kecaman terhadap DAP dan kerajaan negeri.



Bagi menguatkan dakwaan itu, mereka menyebarkan surat yang mengesahkan tuduhan mereka.




Apakah sebenarnya yang telah berlaku?

1. Dakwaan pihak-pihak yang berbual di paparan tangkaplayar itu adalah fitnah. Dan berita separuh benar.

2. Fitnahnya - kerajaan negeri Penang mahukan kutipan wang masjid sebanyak 10%.

Jawapan : ★ Kutipan 10% yang ditolak dari derma setiap masjid di negeri Penang pada hari jumaat bertujuan untuk menyumbang kepada Tabung Wakaf Sumbangan Masjid.

Tabung Wakaf ini diwujudkan dengan niat untuk membantu menambahkan aset wakaf, mewujudkan jaringan dana kewangan umat Islam, memelihara tanah dan hartanah umat Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab umat Islam bagi menjaga kepentingan pemilikan hartanah.

Cadangan diterima pada 22 November 2018. Disetujukan pada 26 Jun 2019. Sepatutnya dilaksanakan mulai Julai 2019.

★ Kutipan akan dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Penjelasan mukasurat kedua;

3. Majlis Agama Islam Pulau Pinang terbuka kepada perbincangan dan kritikan awam.

4. Bagaimanapun kritikan perlulah berasaskan kepada maklumat tepat dan fakta, bukannya berdasarkan andaian dan fitnah.

5. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahupun DAP tidak akan mengambil wang derma tersebut dan melayannya sebagai wang cukai seperti apa yang sesetengah orang sangkakan.

6. Majlis Agama Islam akan melayan kutipan derma itu sebagai satu tanggungjawab institusi masjid yang sepatutnya berperanan membantu umat Islam dalam urusan berkaitan wakaf dan memelihara pemilikan hartanah. Ringkasnya ia akan dibelanjakan ke atas perkara-perkara berkaitan masjid, hartanah dan wakaf yang mempunyai hubungan dengan umat Islam sahaja.

7. Segala urusan berkaitan audit, uruselia, laporan kewangan boleh diminta bagi proses memeriksa ketelusan. - 8 Ogos 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...