Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 April 2014

Mayat Berbungkus Tepi Jalan Di Temui Lagi - Pembuang Mayat Bersiri?

Lagi sekali.

Tepi jalan. 

Lihat gambar2 berkaitan ;



Sebelum itu pada bulan Feb ;

Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat. "Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ. Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA

Rujukan :  http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140226/je_13/Mayat-siap-dikafan-ditinggalkan-di-tepi-jalan

Aku faham maksud polis tiada unsur jenayah tue merujuk kepada (mungkin dibunuh, dirompak dan sebagainya).

Namun meninggalkan mayat di tepi jalan juga bukan perkara yang betul. Jika berlaku kematian, tak sepatutnya orang yang menyedari hal tersebut membuang mayat orang di tepi jalan. Kalau taktau nak uruskan sekalipun, cuba cari orang2 yang berkenaan untuk bantu menguruskan hal tersebut.

Ke, buang tepi jalan supaya tak payah keluar duit satu sen untuk uruskan kematian orang?

Haiyaaaaa

Apa pun tak boleh la si pembuang mayat tue..

Rujukan : http://omakkau.blogspot.com/2014/04/penduduk-digemparkan-dengan-sekali-lagi.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...