Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Ogos 2014

DBKL Kantoi Lagi - Baca Kisah Ini.

Aku ingat kes neh. Masa neh la ramai yang dok sebarkan gambar2 kononnya lelaki dan perempuan tidur dalam khemah walaupun tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada 3 gambar yang dorang SEBAR tak silap aku.

Termasukla gambar pelakon wanita yang botak. Pasal seksi la kononnya. Pelakon berlakon seksi di tv. Ataupun pelakon2 seksi yang jadi isteri geng BN pun tak kena kutuk seteruk pelakon2 seksi yang sokong rakyat.

Ini diskriminasi yang dibuat oleh geng2 partisan. Apa pun tak boleh.

Tadi. Aku berkesempatan baca sesuatu yang menarik dari wall Fahmi Reza. Sejujurnya. Aku pun tak pernah tahu akan kebenaran gambar2 yang disebarkan tue dulu. Aku tidak menuduh tapi dalam mode memerhatikan aje. Dan sekarang baru aku tahu kebenarannya. DBKL memang lahanat.

Baca la ;


Bila DBKL tangkap seseorang atas sesuatu kesalahan, mereka kena tunjukkan bukti (evidence) bahawa orang tu telah melakukan kesalahan tersebut.

Pada 22 April 2012, DBKL telah tangkap aku atas kesalahan bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Mereka kata aku telah lakukan kesalahan "menyebabkan halangan dengan mendirikan 62 unit khemah di atas jalan di tempat awam (Dataran Merdeka) pada 21 April 2012”. Itu justifikasi yang mereka berikan untuk menangkap aku.

Masalahnya, DBKL tak ada sebarang evidence yang menunjukkan aku telah dirikan mana-mana khemah pada malam 21 April 2012. Mereka hanya ada evidence rakaman video aku bangun tidur dalam khemah yang mereka rakam masa operasi DBKL di tapak kem Occupy Dataran pada keesokan harinya. 

Jadi DBKL kena fikirkan strategi lain untuk buktikan aku bersalah.

STRATEGI 1: Kalau tak ada evidence, kita fabricate evidence.
STRATEGI 2: Kalau alasan untuk tangkapan tak kukuh, kita cipta alasan lain.

Percakapan ini berlaku dalam Mahkamah dalam kes berbicaraan semalam ketika aku di soal siasat di atas witness stand oleh peguam DBKL. 

——————————————————————————

PEGUAM DBKL: Encik Fahmi, pada 21hb April 2012 adakah kamu telah bermalam dan tidur di dalam khemah di Dataran Merdeka?

AKU: Ya.

PEGUAM DBKL: Dengan siapa kamu tidur pada malam tu dalam khemah tersebut?

AKU: Saya seorang saja.

PEGUAM DBKL: Kamu pasti kamu tidur seorang saja dalam khemah pada malam tu?

AKU: Ya saya pasti.

PEGUAM DBKL: Kamu dah tengok video clip rakaman DBKL yang kita tunjukkan?***

AKU: Saya tak perlu video clip untuk tahu saya tidur berapa orang dalam khemah tu. 

PEGUAM DBKL: Kamu nak saya mainkan semula video clip tu? 

AKU: Mainkan lah. Di mana dalam video clip tu yang menunjukkan saya tak tidur seorang dalam khemah tu?

PEGUAM DBKL: (Senyap)

PEGUAM DBKL: Kamu masih lagi kekal dengan kenyataan yang kamu tidur seorang dalam khemah tu?

AKU: Ya betul.

PEGUAM DBKL: Baik. Pada 22hb April 2012, pada waktu pagi kamu bangun dari tidur, siapa lagi yang keluar daripada khemah tu dengan kamu?

AKU: Saya seorang. Dalam khemah tu ada saya, dan ada barang-barang saya dan barang-barang orang lain jugak.

PEGUAM DBKL: Kamu pasti ya? Kamu seorang sahaja yang keluar dari khemah tu?

AKU: Ya, saya pasti.

PEGUAM DBKL: Saya nak katakan pada kamu bahawa pada pagi tersebut, dalam khemah tu, kamu telah tidur bersama dengan seorang wanita! 

AKU: Saya tak setuju. Benda tu tak berlaku.

PEGUAM DBKL: Kamu tak setuju tak apa... kita ada video clip.

PEGUAM DBKL: Siapa perempuan dalam video clip tu?

AKU: Dia salah seorang anggota Occupy Dataran.

PEGUAM DBKL: Apa hubungan kamu dengan perempuan tu? Adakah dia isteri kamu?

AKU: Dia kawan saya

PEGUAM DBKL: Kawan ya?

PEGUAM DBKL: Encik Fahmi, walaupun kamu kata kamu tidur seorang dalam khemah tu, tolong jawab soalan ini. Setuju atau tidak, seorang lelaki yang tidur dalam khemah yang bertutup dengan seorang perempuan yang bukan ada hubungan secara sah, ianya adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang…

(Statement peguam DBKL dipotong oleh peguam Occupy Dataran yang bangun membantah)

PEGUAM OCCUPY DATARAN: Yang Arif, saya tak nampak bagaimana soalan tu releven dengan kes ni! 

PEGUAM DBKL: Tidak Yang Arif, sebenarnya it leads to my next question. Saya nak katakan bahawa, inilah sebabnya DBKL terpaksa datang dan ambil tindakan… because to stop all these immoral activities and illegal activities that is taking place at Dataran Merdeka…

PEGUAM OCCUPY DATARAN: Yang Arif, it’s not pleaded...

HAKIM: Is it pleaded?

PEGUAM DBKL: It’s not pleaded Yang Arif.

HAKIM: If it’s not pleaded, then stop asking that question.

PEGUAM DBKL: Okay, kalau begitu saya move on Yang Arif.

AKU (dalam hati): (Terima kasih Yang Arif!)

——————————————————————————

***Evidence video clip yang mereka tayangkan dalam mahkamah menunjukkan rakaman yang dibuat oleh DBKL pada pagi 22hb April 2012. Video clip yang ditayang ni telah di edit dan bukan rakaman penuh kejadian. Clip pertama menunjukkan aku sedang duduk dalam khemah, baru bangun dari tidur sekitar jam 8 pagi masa DBKL tiba di kem Occupy Dataran (seperti dalam gambar Video Clip 1 di atas). Kemudian clip berikutnya tunjuk seorang gadis, salah seorang geng Occupy Dataran tengah tolong angkat beg yang aku keluarkan dari dalam khemah (seperti Video Clip 2 di atas). Mereka telah edit keluar bahagian di mana gadis yang tidur kat luar khemah aku tu bangun dari tidur untuk tolong aku angkat beg-beg tu, untuk beri gambaran kononnya gadis tu baru keluar dari khemah aku. 

Nice try, DBKL. A for effort! 



Rujukan : Fahmi Reza


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...