Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Oktober 2016

Bukan Polis Tetapi Pekerja Stor Sebenarnya - Mangsa Keganasan Gerakan Merah Jadi Bahan Fitnah Penyokong #BERSIH5, #MERAH.


Apa nak jadi dengan kita neh. Tak serik-serik. Tak belajar daripada kesilapan lampau. Masih ingat dalam BERSIH 3 bila mana kita menjadi fobia-sefobia-fobianya tuduh semua yang melakukan kerosakan dan keganasan ialah SB?

Sikap kita yang sebegitu akhirnya membentuk satu pemikiran iaitu sesiapa sahaja yang melakukan kerosakan ketika berdemo ialah SB. Seolah2 para pendemostran ini tiada yang cacat-cela sikapnya.

Sungguh pun begitu, aku dah berubah pendapat ya. Aku tak lagi memegang demo yang baik ialah demo tanpa keganasan dan kerosakan harta benda.

Lagi ganas dan lagi kasar satu2 demo tu lagi berjaya demo tersebut. Ini pendapat aku sejak 3 tahun selepas. Ketika BERSIH 3 aku berpegang bahawa demo aman mampu mengubah dunia. Hahaha.

Berbalik kepada tajuk asal. Kusaini Bin Kassim, individu yang dibelasah dan diterajang dua kali oleh pendemo MERAH telah dituduh sebagai ;

1. Anggota polis

2. SB

3. Sengaja mencipta provokasi 

4. Supaya nantinya polis dapat menggunakan insiden tersebut bagi menghentikan BERSIH 5 pada 19 Nov kelak.

5. Mungkin darurat akan diisytiharkan.

6. Menyamar sebagai BERSIH dan akhirnya dikantoikan SB, bodohnya lahai.

Ini tuduhan-tuduhan oleh geng #Kuning.

Manakala ;

1. Anggota polis

2. SB

3. Sengaja mencipta provokasi (dengan langgar kumpulan MERAH)

4. Untuk memburukkan imej Gerakan Merah

5. Gerakan Merah difitnah dan dianiaya

6. Akhirnya kebenaran terbukti.

Ini tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh geng #MERAH.

Sementara itu impak dari penyebaran tuduhan tersebut ;

1. Geng Kuning akan berhenti memandang Kusaini sebagai mangsa. Dia ialah SB. Dia layak dibelasah. Padan muka sebab kantoi.

2. Geng Merah akan mendapat millage persepsi. Ahhh kena fitnah. Kesian kan GERAKAN MERAH. WHAT THE FACK la SB neh kan.

3. #BERSIH dan #MERAH terasa dipermain2kan polis. Mungkin polis berniat nak melaga2kan kedua2 kumpulan ini. Auww jahatnya abang polis kita.

4. Masyarakat akan berhenti atau kurang bercakap lagi tentang keganasan yang dilakukan oleh MERAH kepada Kusaini.

Nampak tak?

Yang sebenarnya. Dah dijelaskan sejak dari awal lagi. Ini ialah ulang taip untuk fahamkan korang. Jangan penuhkan otak dengan cerita yang tak sahih. Apatah lagi takde bukti yang menyokongnya.

Kusaini nak balik rumah. Dia balik berdua. Dia ada kawan juga. Kawan dia pun rider. Ketika menghampiri persimpangan, nampak banyak ahli GERAKAN MERAH. Kawannya berasa takut. Kawannya mengajaknya berpatah balik. Kawannya pun berpatah balik. Dan dia pun berpatah balik juga. Ketika berpatah balik itulah dia jatuh. Di ulangi JATUH. Bukannya dia pergi REMPUH GERAKAN MERAH (versi team pro #MERAH) lalu JATUH atau dia dijatuhkan oleh GERAKAN MERAH (versi team pro #BERSIH). Ketika jatuh itu, dalam keadaan nak bangun membetulkan diri dan motorsikal tanpa sedar dalam beberapa saat tentera semut merah telah mengelilingnya dirinya. Lalu dia diluku beberapa kali, dibelasah, diterajang, dibaling telur dan botol.

Ini ialah cerita sebenar.

Kusaini ialah mangsa kejadian. Bukannya pemangsa. Kenapa korang karang script baru. Mangsa patut diberikan keadilan. Bukannya patut diberikan 'fitnah dan tohmahan'. Kusaini bukan polis. Kusaini telah menafikan di media. Gambar dia dengan baju polis ialah suka-suka untuk koleksi peribadi. Aku pun ada gambar dengan baju askar. Nasib baik aku tak sebar. Kalau tak, tak pasal-pasal aku kena dakwa. Seram bhai. Kusaini akan disiasat kerana dikatakan menyamar sebagai polis. Kesian kan. Dah la kena belasah. Kena fitnah. Sekarang didakwa pula. Untuk apa dia memperbodohkan diri dia sokong BERSIH kalau team BERSIH sendiri berpaling darinya? Lemparkan fitnah dengan sesuka ahti? Hello. Dia kawan kau okey. Kenapa korang pijak dan tikam belakang dia?

Apa pekerjaan dia?

Aku tahu. Ikut gambar laporan polis yang tersebar tu la. Apapun aku belum terima pengesahan dari Encik Kusaini so taknak memandai2. Dan, aku rasa ada yang tahu, ada yang tidak tahu. Walau apa pun pekerjaan dia aku harap dia selamat dari dikenakan sebarang tindakan dan tidak dibuang kerja kerana kes ini.

Untuk GERAKAN MERAH yang tidak mahu bertanggungjawab, enggan mengaku salah selepas berbuat kasar pada Kusaini dan menyebarkan cerita karut, terima kasih. Anda terbukti bukan ABATA sebaliknya ABABI (perkataan 'aku' dan 'babi' yang diringkaskan).

Untuk kumpulan #BERSIH yang terperangkap dengan dakyah fitnah dan penyebaran palsu serta memandai2 membuat tuduhan dan tohmahan sebarangan, terima kasih kerana menikam belakang teman seperjuangan anda sendiri.

Kbai. 

Gambar : Netizens (fb).


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...