Rabu, 12 Oktober 2016

Review : Kosong Bintang Untuk Aplikasi Najib Razak, Berapa Banyak Duit Rakyat Lebur Kali Ini?





Ini ialah review yang jujur. Aku tidak melakukannya secara berpura-pura.


Pertama. Aku download aplikasi ini waktu selepas maghrib.

Kedua. Masa mendownload agak mengambil masa. Apakah kerana aplikasi ini berat? Internet aku tiada masalah.

Ketiga. Percubaan membuka kali pertama, gagal. Kali kedua, gagal. Kali ketiga, eh gagal lagi. Semua dilakukan secara berturutan. Rehat 5 minit. Lepas tu cuba lagi. Gagal kali keempat. Gagal kali kelima. Gagal kali keenam. Gagal kali ketujuh, juga. Oke. Ini bukan aplikasi. Ini ialah kegagalan.

Mesej yang terpapar.


Najib Razak tak responding? Betul ke? Kalau la betul alangkah indahnya dunia, kan?

KAHKAHKAHKAH!

Keempat. Kejap. Apakah aplikasi ini ada tujuan tertentu? Takan la dorang nak create aplikasi yang begitu memperbodohkan Najib kan? Langsung tak dapat buka. Bukan aku sorang aje kot. SPY ke? VIRUS ke? Otak konspirasi aku laju2 menguasai pemikiran aku. Dan jari aku pun laju2 UN-INSTALL. Aku cuak kot. HAHAHAHA.

Kelima. Aplikasi ini bodoh. Langsung tak dapat guna. Siapa yang biayai? Ada babitkan wang rakyat ke? Jika ada, berapa? Jika secara percuma, siapa dan kenapa? Ini semua bukan tuduhan. Tetapi pertanyaan. Untuk tujuan pencerahan. Najib Razak patut jelaskan. Tetapi jika dia secara seriyusnya 'not responding', aku akan abaikan.

KAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...