Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Julai 2013

Mahathir Sound Mustapha Muhamad Dan Najib Razak.


Ini seriyus. Kes neh benar2 seriyus. Sebab itulah kita kena amek perhatian. Aku tahu. PKR dan DAP tidak sependapat dengan kita dalam hal neh. Mereka pro kepada perjanjian TPPA. Tetapi PAS bersedia memberikan respon sebaliknya.

Aku harap kita tak bergantung kepada mana2 partisan untuk membuat apa2 keputusan. Ingat geng. Bila harga ubat mahal yang kena ko dan aku.

Trut trutt trutt truttt..

Ya saya.

YB PKR/DAP/BN. Saya nak beli ubat. Harga ubat mahal disebabkan TPPA. Mohon YB bagi duit pada saya untuk saya beli ubat. Kan YB bersetuju jek dengan TPPA tue.

KEPALA HOTAK KAMU.

Mungkin itu jawapan yang korang akan terima. Dalam erti kata lain apa yang aku ingin sampaikan ialah berpijak la di dunia nyata geng. Terima la hakikat. Ini la realitinya. Bila kita susah hanya diri kita jek yang terpaksa berjongkat jongkit cari kayu untuk papah diri sendiri agar mampu terus berdiri.

Kita dah takde orang lain. kita hanya ada diri kita dan sekumpulan yang dinamakan rakyat biasa macam aku dan ko untuk saling tongkat menongkat. Kalau kita tak bersatu untuk bela diri kita sendiri maka siapa lagi yang kita nak harapkan untuk jaga hak dan kepentingan rakyat biasa macam kita?

Kita kena bersatu tolak TPPA meskipun pada akhirnya akan ada penyokong2 tegar dari PR dan BN terpaksa melawan pemimpin2 yang korang sanjungi.

Walaupun kita menerima maklumat tidak rasmi bahawa PAS mungkin memahami permasalahan kita dalam isu TPPA tetapi tidak la bermakna kita kena buat keputusan ikut apa yang parti putuskan. Kita dah buat keputusan dari awal lagi. TPPA meragukan. Dan apa2 benda yang meragukan wajar kita tolak. 

Selagi ;

1. Isi kandungan perjanjian tidak didedahkan sepenuhnya.

2. Dokumen perjanjian dirahsiakan.

3. Kesan kepada rakyat Malaysia tidak dikaji sepenuhnya.

4. Rakyat dalam keadaan blur2, tak faham, tidak tahu, tidak alert, tiada pendedahan dan sesi penerangan.

Kita tidak boleh sesekali membiarkan diri kita untuk setuju kepada TPPA. Tidak.  Jangan sesekali bersetuju dengan TPPA. Baca juga ulasan dari Prof Agus kat sini mengenai TPPA.

==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/pr-tidak-tolak-tpp-ubat-mahal-80-oke.html

Kat bawah neh pula ulasan Mahathir. Meskipun ada di antara korang tak suka dengan dia tapi aku kira hujah dia berkaitan TPPA ada kebenaran disitu. Harap Mahathir terus konsisten membantah TPPA dan tidak membuat pusingan Uturn sehingga terbukti ia benar2 tidak menjejaskan rakyat marhaen macam kami.

Baca bawah ;

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.
Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.
Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.
TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.
Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.
Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...