Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 11 Julai 2013

Wajah-Wajah Perogol Pegawai Pengiring SUKMA.

Ketiga2 nama yang dinamakan sebagai suspect ialah orang melayu. Anak2 melayu neh minum arak yang mereka perolehi dari luar dan merogol mangsa dalam keadaan tidak sedar/waras sepenuhnya.

Dan percaya kah anda mereka masih lagi budak2 bawah umur?

20 tahun sorang.
19 tahun sorang.
18 tahun sorang.

Aduhai.

Muda2 lagi. Kesian la dorang terjebak dalam kes neh begini akibat pengaruh arak. Aku percaya masing2 tiada niat nak merogol.

 


Yang kena rogol tue depa kata berbangsa cina. Tak disebutkan dalam mana2 berita. Tetapi itulah spekulasi yang tersebar. 

Dan untuk pengetahuan korang, ketiga2 suspect mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol yang dikenakan terhadap mereka.

Baca bawah ;

Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) - Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

Kalau betul merogol, elok mengaku bersalah dan bertaubat.

Tapi boleh jadi lepas merogol tak ingat bahawa dia dah merogol orang sebab tue tak boleh nak mengaku sebab tak ingat akibat pengaruh alkohol.

Apa2 pun kemungkinan pun boleh terjadi. Sebab tue kalau rasa2 diri tue muslim, jangan minum arak.

Dan aku berpendapat, sudah sampai masa nya untuk non muslim di didik agar minum arak takat yang ko mampu tahan. Nak minum arak tak perlu la sampai mabuk2 hilang kewarasan diri sampai nak melawan orang yang merogol pun takde kudrat. Pendidikan itu perlu, supaya kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Minum arak mungkin tradisi dan adat bagi bangsa tertentu. Tapi mabuk2? Aku percaya ia ditolak oleh semua bangsa di dunia neh.

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...