Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 10 Julai 2013

Zahid Hamidi Berperang Dengan Gobind Singh Di Parlimen. [Video Inside].

Zahid Hamidi out. Maksud aku alasan yang dia gunapakai. Out. Ada ke patut dia cakap Gobind ada kepentingan dalam kes keganasan yang melibatkan Zahid Hamidi pada tahun 2006 sebab Gobind jadi peguambela kepada mangsa tersebut.

Memang la seorang peguam bela kena bekap mangsa. Itu logik. Dah mangsa melantik Gobind supaya mendesak Zahid Hamidi agar bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas mangsa. 

Kes tersebut meskipun telah dibuat laporan polis, tetapi tiada tindakan yang dibuat ke atas Zahid Hamidi. Maksudnya, siasatan ke apa ke langsung takde. So mangsa rasa teraniaya la. Meskipun ia melibatkan percintaan yang mendapat halangan dari Zahid selaku bapa kepada wanita yang ada skandal dengan mangsa yang dipukul oleh Zahid Hamidi, still PDRM patut siasat juga. Kalau siasatan dijalankan dengan telus, takde la mangsa rasa teraniaya kat sini.

Apa pun quote menarik dari Zahid Hamidi ;

" Karektor dia dan karektor saya, dia lebih hebat kaki pukul dari saya ".

Merujuk kepada Gobind Singh. Yang menyebabkan Gobind Singh mencabar Zahid ulang semula kenyataan tersebut di luar parlimen agar Gobind Singh boleh menyaman Zahid Hamidi. Secara tak langsung Zahid Hamidi dah termengaku bahawa dia memang kaki pukul.

KAH KAH KAH 

Parlimen huru hara disebabkan sikap Gobind Singh yang melakukan provokasi ala peguam terhadap Zahid Hamidi. Sebenarnya tindakan dia tue ada sebab tersendiri. Bila dah desak2 dan provok2 macam tue, kemungkinan besar Zahid Hamidi akan rasa tertekan dan mula la keluarkan macam2 hujah untuk bela diri. Silap2 hujah2 merapu semua ada. Itu yang sampai tersebut perkara di atas tue. Tertekan. Dek kena provoke. Skill biasa yang wujud pada kebanyakkan peguam. Peguam syariah mungkin tak la. 

Hehe. 

Tonton video kat bawah neh. Sampai tercabut anak tekak Zahid Hamidi suruh Gobind diam.

KAH KAH KAH


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...